Part 51

9.4K 257 1
                                    

2 tahun kemudian

Maira memicit kepalanya. Sungguh dia pening dengan tempahan yang banyak ni. Nasib ada team dia.

" Haishhh kalau bukan sebab aku sayang kau Mel, takdenya aku siapkan baju kahwin kau Mel " geram Maira.

Yess! Maira sekarang dah jadi wedding planner. Dia memilih untuk menjadi seorang wedding planner berbanding pereka fesyen seperti Fakhira. Lagipun Naurah, Firna dan Isha sudah mengambil alih tugas mamanya itu sebagai seorang pereka fesyen. Takkan dia mahu jadi yang sama. Iris pula seorang model.

Banyak yang berlaku sepanjang dua tahun ni. Twins sudah berkahwin setahun yang lalu. Malah Aryna dan Diana tengah sarat mengandung. Fakhira dan Rayyan? Dah tunang sebulan yang lepas. Sara dan Aiman? They already married last week. Aira? Dia move on tapi sekarang bersahabat baik bersama Maira juga. Melissa? Dia akan kahwin bersama Rayqal tak lama lagi. Izz? Dia sekarang dah jadi CEO syarikat yang arwah papanya tinggalkan untuk dia. Dia masih dengan Maira tapi belum declare apa apa. Maira pula sudah berjaya di serata dunia. Dia mempunyai butik sendiri iaitu Autumn's Boutique. Sapa je tak kenal wedding planner terbaik ni kan.

" Hello. Hah Mel, datang butik. Try ni gaun kau " ujar Maira apabila Melissa mengangkat telefon. Maira memperkemaskan lagi gaun itu.

" Hah okey okey. Kejap lagi aku sampai dengan Qal " jawab Melissa.

Maira merehatkan diri di sofa berdekatan. Tak cukup tangan betul dia kalini.

" Hanie, everything okey kan dekat hall? I malas nak pergi sana ni " Tanya Maira pada Hanie.

" Chill Aisy. Everything okey. Sam dah uruskan dekat sana. " tergeleng kepala Hanie dibuatnya dengan bos dia ini.

Melissa melangkah masuk. Kelihatan Maira sedang merehatkan diri di sofa. Kesian dia ni. Penat sangat lah tu.

" Sya, okey tak? " tanya Melissa. Maira tersedar. Kelihatan Melissa dan Rayqal sudah sampai.

" Ohh sorry weh. Aku tertidur. " kalut Maira.

Melissa dan Rayqal tergelak kecil. Mereka tahu gadis ini penat sangat untuk hari bahagia mereka. Maira yang bersungguh ingin menolong mereka jadi nak tak nak terima jelah.

" Okey jom try baju " ajak Maira.

Rayqal duduk di sofa sementara menunggu Melissa. Tersenyum kecil dia apabila mengingatkan bahwa dia lah paling last kahwin antara ahli SK. Yang lain sudah bahagia pun. Namun dia bersyukur apabila Melissa bersedia untuk berkahwin tahun ni.

" Qal, okey tak? I rasa okey. Cantik sangat " tanya Melissa.

Rayqal terpana. Serius memang cantik sangat gaun tu. Lagi lagi apabila Melissa memakainya.

" Cantikk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Cantikk. Miracle one " pegun Rayqal.
Maira tergelak mendengar pujian Rayqal. Dia lega apabila pelanggannya menyukai designnya. Dia sanggup skip makan semata mata untuk ini. Dia mahu yang terbaik buat Melissa.

" Okey. Aku ambil ni. " senyum Melissa. Dia sayang sangat dekat Maira. Kalau bukan Maira, pasti dia tidak merasakan semua ini.

Maira mengangguk.

Izz melangkah ke dalam butik itu.

" Hanie . Bos ada? " tanyanya pada Hanie.

" Ada. Dekat office dia. Masuk lah " ujar Hanie. Izz mengangguk lalu melangkah ke atas.

" Haih untung Cik Aisya. Dapat pakwe handsome macam tu. Kalau aku lah kan, haih jauh " keluh Hanie.

" Berangan lah kau sana Nie hahaha " perli Tina di sebelah Hanie.

Hanie menjeling kawannya itu. Geram je tengok. Suka patahkan semangat orang taw.

Tok tok!

" Masuk " ujar Maira.

" Sayang oii. Bila nak balik ni? Aunty call aku cakap kau tak balik lagi " ujar Izz sambil membuka pintu sedikit.

" Ohh Izz. Sikit lagi ni. Baju Melissa ni kena perfect. Nanti buruk, tak lawa dah Mel lusa ni kang " ujar Maira yang masih menyiapkan baju Melissa.
" Ye tahu. Baju tu dah lawa dah sayang. Jom balik. Aunty risau " arah Izz tegas.

Maira mengeluh. Dia tahu bila Izz dah macam tu, dia pasti tidak boleh kata tidak. Dia mengemas mejanya. Semua barang yang diperlukan dimasukkan ke dalam begnya.

" Okey dah jom " ajak Maira.

Izz dan Maira melangkah turun. Kelihatan semua sudah pulang. Maira memastikan semuanya dalam keadaan baik. Lalu dia pun mengunci semua pintu kedai.

" Izz, lapar lah. Makan jom " pujuk Maira.

Izz mengangguk lalu membawa Maira ke sebuah restoran. Dia tahu sangat Maira skip makan lagi. Geram betul rasanya.

My Precious GirlWhere stories live. Discover now