Part 2

13.1K 385 6
                                    

Tengku Adrian Mikail memberi salam ketika sampai di depan pintu rumah. Ikutkan hati, taknak dia jejak kaki ke rumah ni tapi apakan daya. Mama tersayang minta dia balik juga.

" lahh along dah sampaii. .masuk lahh.. Mama masak fav along taw. . Mesti along makan bertambah. .papa mummy adik adik semua dah tggu dah tu. Meh meh " ujar Tengku Qaisara dengan ceria.

" Aunty tu ada ke " Adrian sinis.

" Apa along ni. Tak baik. Dia pun mummy kamu jugak " ujar Tengku Qaisara .

" Pape je lah maa " Adrian malas.

Adrian melangkah malas ke arah meja makan . Dia melihat adik adiknya yang lain menunggu dirinya. Adrian mengambil tempat duduk di sebelah Ashraff, anak kedua.

" Lambat lah along nii. Mel dah lapar taw tunggu along. " ujar Mel dengan mengada.

" Bila nak mula makan nii ? Angah nak cepat ni. Patient ramai lagi tu " dingin Ashraff.

Tengku Khalid hanya memandang. Dia tahu anak anak lelakinya memang tidak suka ibu tiri mereka. Dia tahu salah dia kerna mempercayai kata kata Tengku Farah. Dia mengeluh.

" Alang, baca doa. " perintahnya.

Tengku Farah hanya menjeling sahaja anak anak tirinya tu. Dia tahu mereka tidak suka kehadiran dirinya. Tapi apa dia kesah. Yang penting, suaminya akan membelanya.

Tengku Qaisara hanya diam. Dia tak mahu masuk campur hal itu. Dia lebih suka diamkan diri. Alangkah bahagianya jika anak perempuannya yang dulu hilang, muncul. Pasti keceriaan akan ada dalam keluarga ni.

Setelah makan, memasing buat kerja sendiri. Adrian kembali ke office. Ashraff ada emergency case di hospital. Airil pula luangkan masa di gim. Adam pergi kelas petang di college. Hadiey dan Hadief keluar hang out dengan gang mereka.

Tengku Farah dan Melissa sudah pulang ke villa mereka. Hanya tinggal Tengku Khalid dengan Tengku Qaisara sahaja di ruang tamu tu.

" Tengku. Ni airnya. Sila lah minum ye. " ujar Mak Mah.

Tengku Qaisara hanya memberikan senyuman. Dia ingin menanyakan sesuatu kepada suaminya. Tapi takut sekiranya suaminya itu terguris hati.

" Emm.. Abang? " ujarnya.

" Ye, sayang. Kenapa " respon Tengku Khalid.

" Abang dah cari anak kita? Saya rindu dia, bang. Dah 16thn kita berpisah dengan dia. Sampai bila saya kena tunggu,bang ? " tanya T.Qaisara pilu

" Abang dah jumpa dia, Sar. Tapi abang takut dia tak dapat terima kita. Abang takut tu. Anak lelaki kita pun hampir lupa kehadiran adik perempuan mereka satu satunya tu. Tapi saya dah tak sanggup nak tengok dia dibuli lagi. " ujar suaminya.

" Abang dah jumpa dia? Kenapa tak bagitau saya?  Ya Allah dia dibuli ke bang ? Abang, jom lah kita jemput dia. Saya rindu dia bang. Dia takkan marah. In Sha Allah bang. Kita usaha dulu. Kita pujuk dia slow slow bang. Saya dah tak sanggup nak tanggung rindu ni banggg " tangis T.Qaisara.

Airil hanya mendengar sahaja perbualan mama papanya di sebalik tangga. Dia terkejut mendengar kenyataan tu.

" jadi selama ni aku ada adik? Perempuan? Ya Allah . Kenapa papa mama rahsiakn smua ni?  " ujarnya .

Malam itu, 6 beradik tu berkumpul di rest room. Airil hanya senyap memikirkan perbualan ibu bapanya tadi petang. Adam perasan sikap alangnya yang berbeza malam itu.

" Alang, kau pahal? Senyap je tadii..Ada pape ke kau rahsiakan dari kiteorg?  " tanya Adam.

Yang lain melihat Airil. Airil tersentak dari lamunannya.

" Arhh.. Aku..aku.. " gagap Airil

" Aku apa? Kau ni bebal lah taw. Cakap lee betul betul " geram Ashraff

" Long, kita ada adik perempuan ke? Maksud aku, adik kandung. Bukan si Mel tu. Takyah buat muka terkejut tu. Aku dah dengar semuanya tadi. Masa papa mama cerita berdua " cerita Airil.

Adrian terkejut dengan kata kata Airil. Dia tak sangka rahsia yang dia simpan selama ni terbongkar.

" Adik!? "

" Litle sister!?  "

" damn! Pahal aku tak tau duh "

" Serius ah kita ada adik kandung weh?!  "

" pehhhh dream aku termakbul duh nak adik perempuan yg official "

Memasing terkejut dengan kenyataan tu. Mereka mula memandang Adrian untuk menceritakan semuanya. Adrian mengeluh dan menceritakan semuanya kepada mereka. Mula mula dia tidak mahu tapi melihat semangat mereka, dia tak tahan nak simpan rahsia ni lagi.

" jadi papa buat semua tu sbb kita?  "

" sbb kita tak ckup duit masa tu? "

" Ya Allah kesian adik "

" Aku tak sangka lak cerita mcm ni wujud "

" So ,apa plan?  "

" Kita tggu je lah papa dengan mama "
Memasing hanya termenung memikirkan masalah ini. Dan pastinya mereka tidak akan bagitau nenek dengan anak sihir tu. Kang naye je adik dorg kang.

My Precious GirlWhere stories live. Discover now