Part 27

8.9K 284 2
                                    

Pagi itu mereka berangkat ke Terengganu. Mereka singgah di Pantai Batu Buruk. Kelihatan Maira begitu teruja melihat pantai di situ. Dia berasa sangat tenang. Dia cuba untuk ke sana namun kakinya tak bergerak. Hadief yang melihat keadaan itu terus mencempung Maira. Maira terkejut lalu memandang abangnya itu.

" Today, adik cakap je nak ke mana. Abang akan bawa . Nak ke buaian tu ke? " tanya Hadief

Maira mengangguk. Lalu Hadief bergerak ke arah buaian. Semua yang melihat itu tersenyum bahagia. Adam mengambil gambar itu sebagai kenangan. Petang itu mereka bergurau senda di pantai itu.

Semua tersenyum bahagia melihat Maira tergelak bersama sama Firna. Naurah turut di situ.

Malamnya mereka berehat di villa yang ditempah oleh Adrian. Semua kepenatan termasuklah Maira. Dia sudah tertidur setelah penat bermain tadi.

Tengku Khalid memandang Airil yang sedang bergurau bersama Adam itu.

" Alang " panggil Tengku Khalid

Semua memandang Tengku Khalid termasuk Airil juga.

" Ye pa? " tanya Airil. Dia pelik sebenarnya.

" Along dah kahwin. Angah pun. Kamu bila? Calon takde ke? Papa tengok Adam tu dah ada Iris. Hadief dengan Diana. Hadiey pulak Aryna. Kamu tu? Tak laku ke anak papa ni? " tanya Tengku Khalid

Airil tersentak. Manakala yang lain menahan ketawa. Ayat last papa mereka tu memang wins habis.

" Betul cakap papa tu, Alang. Jangan lah kamu kerja je. Takkan lah pilot sorang ni takde orang nak. Mama pelik juga " ujar Tengku Qaisara. Dia kalau boleh tak mahu menjodohkan anak anaknya lagi. Serik.

Airil menggaru kepala serba salah. Dia bukan tak mahu cuma dia belum jumpa yang sesuai je.

" Nanti lah ma, pa. Airil tak ready lagi. Lagipun Airil masih nak jaga Aisya tu. " ujar Airil

Tengku Khalid mengeluh. Dia takut sahaja anaknya ini tidak berkahwin.

" Ohya. Ni mama nak bagitahu. Nanti anak sedara Mak Mah akan bekerja di rumah kita ye. Tu pun Mak Mah kesiankan Sara. Dia tu masih belajar lagi. " terang Tengku Qaisara.

" Sapa ma? Isya ke? Yang Mak Mah cerita tu? " tanya Firna

Tengku Qaisara mengangguk.

" Boleh lah tu Airil. Jodoh depan mata gaknya tu " usik Naurah

Airil terbuntang mendengar ayat Naurah.

" Eh kak long ni. Apa kena dengan Airil lak? Takde kaitan ea " tegah Airil bersungguh.

" Kau jangan Ril. Buatnya kata kata kak long kau jadi. Hah nasib " usik Adrian

Semua tergelak apabila melihat Adrian dan Naurah mengusik Airil.

Malam itu mereka sungguh bahagia tanpa menyedari kemusnahan menghampiri mereka.

Maira bangun awal pagi itu. Tiba tiba dia merasakan kakinya seakan akan tergerak. Dia cuba menggerakkan kakinya. Dia terkedu melihat kakinya boleh digerakkan.

" Angahhhhh!!!!!!! " jerit Maira kuatt sambil mengalirkan air mata

Ashraff yang sedang melangkah turun tersentak mendengar jeritan adiknya memanggil dirinya. Manakala yang lain di bawah memandang Ashraff yang terpacak di tangga.

" Ya Allah adik! " Ashraff terus berlari ke arah bilik Maira.

Dia melihat Maira sedang menangis di atas katil. Dia terus memeluk Maira.

" Dik! Kenapa?? Sakit dekat mana? Kenapa nangis ni? Okay tak? " tanya Ashraff bertalu talu. Dia berdebar apabila adiknya menjerit tadi. Semua menerjah masuk bilik itu je.

My Precious GirlWhere stories live. Discover now