Part 31

8.3K 261 4
                                    

" Mel? " panggil Tengku Farah

" Mummy, apa semua ni? " sayu Melissa melihat keadaan tiga wanita itu.

" Mummy buat semua ni untuk kita sayang. Tapi Mel dah tahu pula so rasanya takyah lah mummy nak sorok. Em apa kata Mel duduk je dekat sini. Susah lah nanti kantoii " ujar Tengku Farah lalu keluar. Pintu dikunci.

" Mummy jahat. Tak sayang Mel lagi " nangis Melissa. Isha terus memeluk Melissa.

Semua terdiam mendengar apa yang disampaikan oleh Izz. Maira tergamam. Mel hilang juga? Ya Allah apa aku nak buat ni.

" Sya nak naik atas. Pening " ujar Maira lalu naik ke bilik. Semua memandang simpati.

Di bilik, Maira menerima satu mesej. Dia tergamam melihat gambar yang dihantar itu. Kelihatan semua kakaknya juga Melissa dalam keadaan teruk. Dia tak percaya apa yang dilihatnya.  Tertera di situ tempat persembunyian mereka.

Maira bertekad dia akan pergi ke sana seorang diri. Dia tidak mahu menyusahkan sesapa lagi termasuk Izz.

Pagi itu, terdengar jeritan Tengku Qaisara.

" Abang!! Sya hilang!! " nangis Tengku Qaisara. Tengku Khalid tergamam. Semua yang berada di ruang tamu tergamam. Termasuk Izz, GG dan SK. Aiman dan Sara juga.

" Macam mana boleh hilang!? " tanya Adam. Dia risau adiknya sekarang.

Izz menahan marah. Hadief yang melihat itu memintanya supaya sabar. Adrian mengeluh. Satu persatu hilang.

Maira melangkah masuk. Tiba tiba dia merasakan kepalanya dipukul. Dia pengsan.

Seketika kemudian dia bangun. Sekelilingnya kelihatan Firna, Naurah, Isha dan Melissa yang diikat di kerusi. Dia juga turut diikat.

" Dah bangun sayang? Why? Terkejut? Hahahahha aunty tak jahat mana lah. Tapi setakat racun you, buat you jatuh tu simple. Liat juga nyawa you ek. But don't worry. Nanti mati juga " sinis Tengku Farah.

Maira tak sangka. Selama ni ibu tirinya yang melakukan semua ini.

" Mummy, don't. Jangan buat semua ni " rayu Melissa.

" No sayang! Mummy nak kita senang! Mel ingat senang ke nak dapatkan harta tu?! Tak okey! So, terima apa mummy buat! " marah Tengku Farah.

Melissa tergamam. Dia tak sangka mummynya berubah.

" Aunty, lepaskan dorang. Aunty nak Sya je kan. You get it. So lepaskan dorang " pinta Maira

Tengku Farah tersenyum sinis. Dia mendekati Maira.

" No dear. Kita nak biar dorang tengok penderitaan you. How about this? " ujar Tengku Farah lalu mengelar sedikit lengan Maira

Maira terjerit kesakitan.

" Mummy!!! Stop it!! " pinta Melissa. Dia tak sanggup melihat semua ini.

Tengku Farah yang marah itu terus menampar Melissa sehingga berdarah.

" Aku kata jangan masuk campur kan!!! " hambur Tengku Farah.

Melissa menangis manakala Maira pucat. Firna sudah lemah kerna ditembak di kaki.

Izz bangun. Dia perlu melakukan sesuatu.

" Izz, ke mana? " tanya Rayqal

" Cari dorang. Aku tak sanggup dah. Kau tengok vid tu kan. Blood everywhere. " Dingin Izz.

Rayqal diam. Tiba tiba dia teringat sesuatu. Dia cuba mencari Melissa menggunakan rantai yang dipasang pelacak yang diberikan pada Melissa.

" Akuu jumpa dorang dahh!!! " jerit Rayqal. Izz terus mendekati Rayqal.

Dia tersenyum sinis bersama Rayqal.

" Nampaknya kita ada misi. " ujar Izz sinis.

Silver Knight, Adrian, Ashraff,Airil dan Adam tersenyum sinis. Tiba masanya mereka yang dulu kembali.

" Ryn,kau kawal sini dengan GG. Aiman, kau pun. Aku amanahkan aunty dengan uncle dekat kau. " arah Izz. Aiman mengangguk serius.

Mereka semua melangkah keluar.

Tengku Farah menahan marah apabila Maira tidak mahu menandatangani borang tersebut.

" Kau tanda atau kak long kau ni mati? " ugut Tengku Farah lalu mengarahkan pistolnya ke arah Naurah. Maira tergamam. Dia cepat cepat tanda borang itu. Namun ianya tidak sah kerna Tengku Farah tidak tahu bahwa Tengku Khalid belum menurunkan hartanya lagi.

" Bos! Dekat luar habis budak kita kena belasah. Aku rasa ada orang nak selamatkan budak budak ni " ujar anak buah Tengku Farah.

Firna tersenyum sinis.

" Aku dah cakap dah. Izz takkan diam diri bila kau kacau kesayangan dia, Farah. Silap silap kau mati dulu " ujar Firna menahan sakit.

Tengku Farah marah. Dia menyuruh setiap anak buahnya memegang setiap wanita dan gadis itu. Tiba tiba pintu terbuka.

Izz melangkah masuk bersama yang lain. Adrian tergamam melihat lelaki lain memegang isterinya. Ashraff menahan marah apabila melihat Firna cedera. Rayqal pula mengepal tangannya erat apabila melihat Melissa yang lebam sana sini itu. Airil geram melihat tunangnya yang tidak berdaya itu. Manakala Izz memandang tajam lelaki yang memegang Maira. Dia tahu gadis itu menahan sakit. Darah masih terlihat lagi di tubuh gadis itu.

" Wah wah hero datang nampaknya. Why? Tergamam tengok keadaan kesayangan masing masing? " sinis Tengku Farah

" Sanggup ek kau dera anak sendiri " ujar Rayqal

" Dia yang cari pasal. So what " selamba Tengku Farah melontarkan ayat itu tanpa menyedari Melissa yang berwajah kusam itu.

" Lepaskan dorang. " arah Izz

Tengku Farah tergelak.

" Boleh boleh tapi after aku bunuh semua " ujarnya.

Maira terpana.

" Aunty!! Apa nii. Janji nak lepaskan dorang after Sya tanda semua tu. Aunty tak boleh buat semua ni " Maira merontakan untuk dilepaskan.

" Kau yang bodoh percaya " ujar Tengku Farah.

Izz yang tidak dapat menahan marah terus melepaskan tembakan pada anak buah Tengku Farah. Yang lain terus bertindak. Ashraff menyambut tubuh Firna yang hampir jatuh begitu juga Adrian. Maira dan Melissa terjelepuk jatuh. Isha merapati mereka.

" Ya Allah Naurah " ujar Adrian. Naurah masih tidak sedarkan diri.

" Firna bangun. Aku taknak kau mati lagi ngek " arah Ashraff

" Belum lagi lah. Cuma kaki sakit " lemah Firna. .

" Ya Allah Sya Mel " Isha memeluk kedua duanya.

Maira tersenyum sayu. Dia tak tahu kenapa dia rasa dia akan pergi saat ini. Melissa berasa tidak sedap hati.

My Precious GirlWhere stories live. Discover now