Part 35

7.7K 252 0
                                    

Izz terdiam mendengar cerita yang disampaikan Aiman dan Sara.

" Saya sendiri pun dia tak ingat apatah lagi awak. Saya bagitahu ni pun sebab senior Hadief suruh. Mereka sendiri pun terpaksa menahan sedih hati tengok Sya dalam keadaan macam tu tiap tiap hari " terang Sara. Aiman di sebelah hanya memberi kata semangat pada Izz.

" Senior ada minta kita balikkan memori dia juga. Cuma buat masa ni jangan paksa. Nanti kepala dia makin sakit sebab nak ingat. " ujar Aiman.

Izz diam. Dia sendiri pun tidak tahu nak cakap apa. Dia sendiri juga sedih. Gadis yang dia tunggu selama ni supaya sedar dah lupakan dia. Apa lagi dia boleh buat.

Rumah Maira

" Aku sayang kau Sya "

" Izz ! Kau ni ! Comot lah aku sengall! "

" Be my girl Sya "

" Kau gila apa? Aku tak geti skate lah "
" Aku ada lah. Pegang je "

Maira tersentak bangun. Badan dia semua berpeluh. Mimpi itu. Suara itu. Siapa lelaki itu.

" Izz? " ujarnya. Kepalanya sakit.

Isha masuk ke bilik. Kelihatan Maira menahan sakit.

" Ehh Sya!! Calm down sayang. Tarik nafas, lepas " pinta Isha. Maira mula tenang semula.

Maira mengalirkan mata. Isha tersentak.

" Kak,siapa Izz? Siapa dia? " desak Maira.

Isha tergamam. Dia.. Dia tahu nama Izz? Tapi dari mana.. Ya Allah. .

" Nanti akak bawa pergi jumpa Izz. Sekarang Sya tidur dulu " arah Isha. Maira mengangguk lalu tidur. Isha risau.

Airil yang sedang berehat itu tersentak apabila Isha duduk di sebelahnya.

" Panggil Izz ke sini " arah Isha.

Airil memandang pelik tunangnya.

" Kenapa? " tanyanya.

" Maira tanya siapa Izz. Saya nak jawab apa,awak. Sampai bila nak sorok Sya dari Izz ni " ujar Isha. Ye, memang kesemua abang Maira mengambil keputusan untuk mengelakkan Maira dari Izz. Mereka mahu Maira hidup lebih aman.

" Tak boleh Isha. Kita kena jauhkan mereka. Untuk kebaikan. Ni pun Sya masih duduk dekat kerusi roda. Saya dengan yang lain dah bincang. Minggu depan Hadief dan Hadiey akan sambung belajar ke luar negara. Fantastic Highschool tawarkan pelajaran ke sana. Papa suruh mereka terima. Jadi kami decide nak hantar Sya ke sana juga. Adam dan saya akan pergi hantar mereka ke sana. Mungkin beberapa bulan juga lah. Adam pun dah convo. Dia ingat nak sambung master dekat sana je. Awak, jaga diri boleh? Saya pergi tak lama pun " terang Airil. Isha tersentak. Dia tak sangka semua ni.

Airil hanya tersenyum kecil.

" Dan along harap Isha tak cakap dekat sapa sapa. Semua dalam rumah ni dah tahu kecuali Isha dengan Maira. Jadi, tolong ye " ujar Adrian tiba tiba.

Isha mendiamkan diri lalu mengangguk. Namun terlintas satu perkara di kepalanya.

" Kalau saya ikut boleh? Saya rasa nak sambung belajar lah. Dalam bidang fesyen. Em yuran tu mungkin cukup kot duit dalam bank " ujar Isha. Airil tergamam.

" Serius? Bukan dulu taknak ke? " tanya Airil. Isha mengangguk. Dia yakin. Sekaligus dia dapat menjaga Maira juga.

" Papa okey je Isha. Pasal yuran, papa sponsor. Boleh juga Isha jaga Sya dekat sana " ujar Tengku Khalid yang baru keluar.

Isha tersenyum. Dia memandang Airil. Lama kelamaan Airil mengangguk setuju. Mereka tersenyum sesama sendiri.

" Korea , ma? " tanya Maira.

" Ye sayang. Abang Dief dengan Diey dapat belajar dekat sana. Abang Am pula nak sambung master dekat situ. Airil akan teman kamu semua sementara waktu. Kak Isha pun kata nak belajar bidang fesyen dekat sana. Alang alang tu Abang Ash kata dapatkan rawatan untuk Sya juga. Kaki Sya lemah kan. Jadi kita usaha. Boleh ye? " pinta Tengku Qaisara.

Maira mengangguk. Dia okey asalkan familinya ada. Tengku Qaisara tersenyum bahagia.

My Precious GirlWhere stories live. Discover now