Part 29

8.1K 272 7
                                    

Isha menahan marah di hatinya apabila along itu meminta bunga yang tidak dibayar oleh bapanya.

" Kau dah kerja tempat orang kaya. Takkan duit takde. Kalau takde, apa kata jual je badan kau hahahaha " ujar Ah Cai.

" Apahal ni " dingin Airil

Isha tersentak. Airil berdiri di hadapan Isha. Dia perasan lelaki di hadapan pagar itu memandang tubuh Isha. Pengawal keselamatan pula dia suruh jangan dibuka pintu itu.

" Apasal ni Isha? " tanya Airil tegas

" Em. Ni along. Mereka..mereka minta saya bayar hutang bapa saya tapi tapi saya takde gaji lagi. 500k tu tak sedikit Encik. " terang Isha dari belakang.

Airil mengangguk. Dia faham situasi ni. Tiba tiba pagar terbuka. Kelihatan Maira dan twins pulang bersama Sara serta Izz.

" Apahal ni Alang? " ujar Hadief pelik.

" Along. Minta hutang dekat Isha. " tegas Airil.

" Wahh manyak cantik ini gadis lorhhh " ujar Ah Cai sambil cuba menyentuh Maira yang berdekatan dengannya. Namun tak berjaya.

" Jangan berani kau sentuh dia dengan tangan kotor kau " dingin Izz sambil menarik Maira jauh.

Hadief dan Hadiey sudah bertegang muka.

" Sya, Sara pergi masuk dalam. Diey, ambil cek dekat bilik aku. " arah Airil tegas.

Maira dan Sara pun masuk ke dalam setelah Maira mengucapkan terima kasih pada Izz. Hadiey keluar lalu menyerahkan cek pada Airil.

" 600k. Cukup kot aku rasa. Lepas ni, kau jangan berani ganggu dia ni lagi. Kau tak kenal lagi aku sapa. " dingin Airil sambil melemparkan cek pada Ah Cai.

Isha tergamam melihat Airil sanggup menolongnya. Hadief dan Hadiey terlopong melihat tindakan Alangnya. Izz hanya mendiamkan diri.

" Cukup lorh. Thank you ah. Halah you jangan risau. Duit sudah langsai maaa " ujar Ah Cai lalu pergi.

Isha serba salah.

" Em Encik Airil. Terima kasih ya. Saya tak tahu nak balas macam mana lagi. " ujar Isha segan.

" Senang je. Be my girl. " selepas Airil berkata begitu, dia terus masuk ke dalam rumah.

Isha terpaku di situ mendengar permintaan Airil. Hadiey terlopong manakala Hadief dan Izz tersenyum kecil.

" Habis lah Kak Isha. Alang tu kalau cakap serius dia buat. Jom Izz masuk. " Hadief mengusik Isha lalu masuk ke dalam. Izz menarik Hadiey yang masih terlopong.

Airil menekup mukanya di bantal. Dia tak percaya dia boleh berkata begitu.

" Mati kau, Ril. Apasal lah kau pepandai cakap macam tu tadi. Mampus kena sakat dengan twins " rungut Airil.

Namun dia tersenyum kecil apabila mengingat muka terpaku Isha tadi. Dia akui Isha itu memenuhi cita rasanya. Habis mama sakat lepas ni.

Di meja makan, semua senyap. Tiba tiba Tengku Qaisara melontarkan satu ayat yang membuatkan Airil terpaku.

" Mama dengar ada orang tu suruh Isha jadi girl dia. Aritu bukan main tolak, ni apa cerita ni " usiknya.

Hadiey dan Maira sudah tergelak kecil manakala yang lain tersenyum. Airil hanya diam menunduk.

" Mama, diam diam je dah lah. Ril tak buat apa pun " elak Airil.

Tengku Qaisara tersenyum. Dia tahu anaknya malu.

" Makan diri haih alang ni. Poyo hahahah " usik Maira.

Airil menjeling adiknya namun Maira hanya mengejeknya.

" Kak Isha ni dalam diam ea " rungut Sara.

" Mana ada lah. Dia tak serius kot " elak Isha. Padahal dia berharap ianya benar.

Sara menjulingkan mata.

" Kak, abang Ril tu kalau cakap, dia memang serius. " terang Sara.

Isha diam. Lalu dia meminta diri untuk tidur.

Pagi itu Airil terserempak dengan Isha di dapur. Isha yang perasan itu terus ingin berlalu namun Airil menghalang.

" Saya cakap benda betul. Saya memang serius. Saya tak pernah nak bercinta ni bagai. Tapi sejak jumpa awak, I know you're the one who I need to be mine " ujar Airil sambil memandang Isha.

" Taraf? Papa mama saya tak pandang semua tu. Sama macam kak ipar saya semua. Kak Naurah orang biasa same like Kak Firna. So takde beza. Kita manusia sama je, Isha. Jadi, bagi saya peluang untuk kenali awak " terang Airil.

Isha terpaku mendengar bait bait kata Airil lalu dia mengangguk. Airil tersenyum bahagia. Dia bahagia Isha menerimanya. Manakala yang lain hanya memerhatikan dari tangga.

" Maaa!! Airil nak tunang minggu ni juga!! " jerit Airil.

Tengku Qaisara tergelak melihat anak lelakinya itu. Dia bersyukur Isha menjadi pilihan anaknya.

Isha sudah lari ke belakang rumah. Dia malu kerna semua melihat dirinya.

Hujung minggu itu, majlis pertunangan Airil dan Isha berjalan lancar. Kelihatan semua muka bahagia.

Tengku Farah menahan marah. Dia tak sangka makin ramai pesaingnya. Dia harus membuat sesuatu.

My Precious GirlWhere stories live. Discover now