Part 22

9.2K 292 9
                                    

Airil bermundar mandir di hadapan wad ICU itu. Dia resah dan risau apabila melihat adiknya jatuh di depan matanya. Dia tak sangka perkara sebegini akan terjadi. Sapa yang rancang semua ni? Sapa musuh Aisya? Takkan Aunty Farah hm.

Kelihatan semua adik beradiknya sedang menghampiri.

" Wehhh Sya mana? "

" Macam mana boleh jadi macam ni? "

Twins bertanya serentak. Mereka tak percaya adik mereka boleh rebah macam itu sahaja.

" Nahh. Gelas adik tu " ujar Adam lalu menghulurkan plastik.

Airil mengambilnya. Adrian yang masih pelik terus bertanya.

" Kau nak buat apa dengan gelas tu? "

" Aku nak bagi Izz. Kejap lagi dia datang. Lepas tu aku suruh dia analisis gelas ni . Sebab Sya pengsan lepas minum air dalam ni " ujar Airil

Semua hanya mengangguk. Tiba tiba pintu wad kecemasan terbuka. Ashraff keluar dengan muka lesu.

" Macam mana dengan adik, Ngah? " tanya Hadief dengan risau

Ashraff mengeluh.

" Keracunan. Racun tu bahaya tahu tak. If kita lambat bawa adik tadi, she die maybe " ujar Ashraff

Semua menghela nafas lega. Namun Ashraff menyambung.

" But adik koma. I don't know bila dia akan sedar " ujar Ashraff

Setiap patah perkataan tersebut membuatkan Adrian, Airil, Adam dan twins terkedu termasuk Izz yang baru tiba.

" She what? Koma? Hahah kau jangan main main Ash " ujar Izz dengan dingin

Ashraff hanya diam. Izz tahu apa yang diperkatakan itu betul. Shitt! Sapa yang tagune ni?

" Mana gelas tu? " tanya Izz dengan muka tegang

Airil menghulurkan gelas tersebut. Lalu Izz mengambilnya. Dia akan berikan ini pada rakannya yang tahu hal hal sebegini.

" Kalau boleh aku taknak sapa sapa pun lawat dia. Except parent korang dengan you guys je. Kita tak boleh nak percayakan orang lain sekarang ni. Aku sebenarnya dah lama rasa yang ada orang ikut Sya ni. So, korang faham faham lah sendiri " terang Izz.

Masing masing menganggukkan kepala mendengarkan keterangan Izz.

" Nanti aku suruh Farhat jaga pintu masuk ni " arah Airil

" So sapa jaga Sya malam ni? " ujar Hadiey. Dia dan Hadief pasti tidak boleh kerna sekolah. Manakala Izz perlu menyerahkan bukti itu. Ashraff pula banyak pesakit.

" Biar aku jaga. Lagipun cuti sem ni aku tak buat apa pun " arah Adam yang tiba tiba mencelah.

Semua setuju dengan keputusan Adam. Izz mengeluh dengan apa yang terjadi. Dia perlu pastikan dalang di sebalik semua ni terungkai. Kalau tidak, pasti nyawa Aisya dalam bahaya.

" Esok aku jaga dia. " pinta Izz.

Malam itu Adam berjaga sahaja. Dia tidak mahu lepas pandang sedikit pun dari adiknya. Maira yang sedang terbaring di atas katil tu dipandang sepi.

" Dik, bangun lah. Jangan tidur lama sangat taw. Nanti achik takde kawan " sebak Adam apabila melihat muka pucat Maira.

Namun tiada reaksi daripada Maira. Farhat yang berada di luar turut melihat sekeliling. Apabila mendengar arahan Airil, dia pasti dia perlu lebih berhati hati.

Izz menunggu dengan sabar keputusan yang akan tiba nanti. Tiba tiba Iman keluar. Dia mengerutkan dahinya. Itu menyebabkan Izz turut berasa pelik.

" So, kenapa? " ujar Izz

" Mana kau dapat racun ni? Gelas tu memang dah diletakkan racun tapi yang aku pelik racun ni memang dah takde dekat Malaysia ni. Mana kau dapat? " tanya Iman dengan tegas

Izz mengerutkan dahinya. Sapa punya keje ni? Nampaknya bukan calang calang orang.

" Takpe. Thank you bro. " Izz menepuk bahu Iman.

Pagi itu , semua kelihatan suram dengan keadaan yang berlaku semalam.

" Ash, I memang tak boleh lawat Sya ke? " tanya Firna dengan sayu.

" Sorry dear. Izz dah perintah macam tu, so kita kena obey. " ujar Ashraff

Tengku Khalid dan Tengku Qaisara sudah lama pergi melawat Maira. Jadi mereka hanya tinggal di rumah sahaja.

Titt tiitt!

Ashraff membuka mesej yang dia peroleh.

*Jaga Firna dengan Naurah. Aku takut dalang ni nak bunuh semua yang dekat dengan Sya. Firna tu memang kuat tapi she still a woman. -Izz-

Ashraff terpana. Siapa punya keje ni sebenarnya?

Dia memandang Firna serta Naurah yang berbual itu. Adrian pula sudah ke office.

Izz memasuki bilik VVIP itu setelah Farhat beri keizinan. Kelihatan Maira yang sedang pucat terbaring kaku.

" Wehh budak, bila kau nak bangun? Dah seminggu dah wehh. Aku bosan tengok muka pucat kau ni hahahah macam nenek nenek je. Bangun lah. Ramai nak jumpa kau tahu tak? Aku tahu sapa buat kau ni Sya. Aku tahu. Aku akan pastikan dia takkan selamat. Tapi let's play her game first. Aku bersyukur dengan maklumat Mel. Pastikan lepas ni kau thanks to her ok " ujar Izz sambil memandang Maira. Dia terkenang semula perjumpaannya dengan Melissa.

Flashback

Melissa yang sedang gelisah itu melarikan pandangan ke sekeliling. Dia menunggu Izz dengan tidak sabar.

" Sorry lambat. Aku ada hal tadi.  Apasal kau? " ujar Izz dengan dingin.

" Aku nak cakap pasal Sya. Dia kena racun. Yes memang aku tahu sebab aku tahu sapa yang buat " sejurus Izz duduk, Melissa terus berkata.

Izz terbuntang. Dia tak sangka Melissa tahu.

" Siapaa!? " Izz menahan marah di hati.

" Mummy I. Dia upah orang untuk letak racun tu dalam minuman Sya. Macam mana aku tahu? Sebab aku dengar perbualan dia dengan orang tu. Izz, tolong jaga Sya weh. Mummy aku niat nak bunuh dia. Tolong weh. " pinta Melissa dengan sayu.

Izz terpana. Dia tak sangka jangkaan dia tepat selama ni..

" Oke. Aku memang akan jaga dia. So, now kita ikut je game dia dulu. Aku akan pastikan dia kalah. Ok lah Mel, aku kena pegi wad Sya ni. My turn to take care her " ujar Izz lalu pergi.

Imbasan Izz terganggu apabila jari jemari Maira mula gerak. Dia terkejut melihat keadaan itu.

" Sya? " panggil Izz

Mata Maira terbuka. Benda pertama yang dia lihat ialah Izz. Izz yang selalu ada dengan dia.

" Izz " jawab Maira sambil tersenyum.

Izz tersenyum bahagia. Dia gembira melihat Maira sudah sedar.

" Izz, air " pinta Maira

Izz dengan kalutnya memberi Maira minum. Maira tergelak kecil.

" Feel better? " tanya Izz. Maira mengangguk kerna tekaknya masih sakit.

" Bape..lama..aku..dek..dekatt sini? " Maira berkata dengan tersekat sekat.

" More than a week. Guess so. Dah takyah banyak cakap. Tekak kau masih luka " ujar Izz.

Maira terus mengangguk lalu merehatkan diri. Dia mengaku bahwa dia masih tidak selesa untuk bercakap. Izz menemani Maira sehingga pagi.

My Precious GirlWhere stories live. Discover now