Part 45

8.4K 247 8
                                    

Pagi itu Maira siap ala kadar je. Entah kenapa dia bahagia untuk beberapa hari ini. Mungkin sebab Izz juga meluangkan masa bersama mereka.

" Kalau tak sebab Rayyan, aku memang tak layan mamat ni. Dah pahal pegi post gambar semalam siak. " geram Maira sendiri.

Semalam dia didesak oleh twins mengenai gambar itu. Habis satu malam dia cerita. Berbelit bagai pertanyaan twins itu. Siap sakat dia lagi. Namun dia sedar Izz masih ada Aira.

Maira melangkah keluar. Dia mempercepatkan jalannya kerna dia sudah lambat. Setibanya di cafe, dia lihat semua sudah di situ.

" Haii. Sorry lambat hee " ujar Maira.

" Takpe. Faham sangat kalau kau siap macam mana " perli Hee Jung. Maira hanya menjeling kawan baiknya itu.

" Dah dah. Jom. Harini kata nak food hunting kan " ajak Rayyan.

" Hah jom lah " ajak Maira.

Mereka berempat melangkah bersama. Hampir semua street food dekat situ mereka cuba.

" Wehh dah. Aku full gila dah ni " ujar Maira. Dia sungguh kenyang.

" Entahhh. Kau ni melantak agak agak lah " rungut Hee Jung.

Izz dan Rayyan hanya tergelak kecil melihat dua gadis di hadapannya ini.

" Weh kitaorang pegi toilet jap " ujar Maira lalu menarik Hee Jung.

Rayyan memandang Izz.

" Okey? " tanyanya.

" Entah hahah yang penting aku spend time dengan dia okey lah. " ujar Izz gembira.

" Bila nak confess? Aira macam mana? " Tanya Rayyan.

" Tunggu masa je. Aira? Em semalam dia didesak aku pasal gambar tu. Aku dah terangkan dah. Dia still tak faham. Macam terdesak sangat. Kau pun tahu baran aku kan, memang aku terlenting ah. Aku marah dia. Pastu dia terus minta putus. Aku pun on je. Masalah dia lah cari pasal. Aku dah cakap dulu jangan kacau personal life aku. " luah Izz. Dia tak faham kenapa gadis itu begitu sibuk ingin tahu hal peribadinya. Dia rimas.

" Oii dah. Jom balik. Hah Rayyan, esok kau balik kan? " ujar Maira tiba tiba.

" Haah. Asal? Izz dah offer nak hantar aku " ujar Rayyan.

" Ohh bagus lah. Sebab aku tak boleh. Esok ada extra kelas pula. Hee Jung pun " terang Maira.

Rayyan mengangguk. Dia memandang Hee Jung. Dia tersenyum apabila terpandang rantai yang dia belikan untuk Hee Jung dipakai.

" Em Maira. " panggil Rayyan

" Apa? " ujar Maira.

" Pasal kahwin tu. Aku akan cakap dengan mummy. Lagipun aku rasa aku dah ada calon hahaha " ujar Rayyan.

Maira terbuntang mendengar apa yang dikatakan oleh Rayyan.

" Serius lah? " tanya Maira.

Rayyan mengangguk membenarkan. Maira hanya diam. Dia rasa dia tahu sapa gadis bertuah itu. Pastinya kawan baik dia sebelah ini.

" Okey lah gitu. Em aku nak balik ni. Abang Dief call je tanya bila nak balik " ujar Maira. Selepas itu dia balik bersama Hee Jung.

Dalam perjalanan pulang, Maira bertanya pada Hee Jung.

" Kau dengan Rayyan ada apa apa kan " ujar Maira. Hee Jung tersentak.

" Em haah. Dia lamar aku masa malam lepas kita balik dari Pulau Jeju. Tapi kau tahu kan aku dia beza agama " keluh Hee Jung.

Maira hanya diam dan meneruskan perjalanan.

" Sabar. Kau ada aku tahu tak. " pujuk Maira.

Hee Jung tersenyum miris. Dia beruntung mempunyai rakan seperti Maira. Ibu bapa dia sudah meninggal sejak dia kecil lagi. Manakala keluarga yang lain? Satu pun tak kesah tentang dia. Kalau lah Maira tak jumpa dia 3 tahun lepas, dia pasti tak jadi seperti ini.Dia cukup bahagia bila mama Maira sanggup mengambil dia sebagai anak angkat. Dia bersyukur sangat.

" Oiii termenung pula! Dah sampai dah. Pegi masuk sana " arah Maira. Hee Jung tergelak kecil.

" Hahaha okey okey. Thank you weh " ujar Hee Jung sambil memeluk Maira.

Malaysia

Rayyan cuba bersikap tenang. Kelihatan abangnya serta ibu bapanya berada di ruang tamu.

" Ehem my. Yan nak cakap sikit boleh? " ujar Rayyan.

" Hah cakap lah. Kenapa? " tanya mummynya.

" Yan taknak kahwin dengan Aisya. Kitaorang pun dah sepakat taknak perjodohan ni. Lagipun Yan suka orang lain, my " luah Rayyan.

" What? Apa ni ? Sapa budak tu? " geram Datin Aida.

" Emm kawan Sya. Nama dia Hee Jung " ragu ragu Rayyan ingin berkata.

Datin Aida terbuntang.

" No! Mummy against! " sejurus selepas itu Datin Aida terus naik ke atas. Rayqal hanya diam sahaja. Rayyan mengeluh.

My Precious GirlWhere stories live. Discover now