Part 26

9K 274 8
                                    

" Weh kita kena stop dekat sini . Hujan makin lebat. Bahaya " ujar Khai.

Yang lain mengangguk membenarkan kata kata Khairul itu. Mereka pasti keadaan sebegini tidak membenarkan mereka untuk terus berjalan dengan dua gadis itu pengsan serta cedera.

" Pasang khemah. Nak tak nak kita kena hentikan pendarahan ni. Kau bawa kan barang barangnya ,Dief? " ujar Izz

Hadief mengangguk. Syafiq dan Khairul memasang khemah manakala Izz, twins dan Rayqal siap sedia dengan peralatan.

Izz meletakkan Maira di dalam khemah.

" Kau masuk. Takkan aku kot " arah Izz.

Hadiey mengangguk lalu memasuki khemah yang terdapat Melissa dan Maira. Hadief membantu kembarnya itu. Mereka sehabis boleh cuba memberhentikan pendarahan itu. Dan akhirnya berhasil.

" Tunggu hujan berhenti baru kita gerak " arah Rayqal

Camp

Tengku Khalid menahan marah apabila ketiga tiga anaknya berada di dalam hutan.

" Macam mana boleh jadi ni? Macam mana tali tu boleh terbuka!? Jawab! " tengking Tengku Khalid

Adam cuba menyabarkan papanya. Dia tidak mahu serangan jantung papanya kembali.

" Maafkan saya Tengku. Memang mulanya kami dah pastikan tali tu cukup kuat. Kemungkinan ada yang cuba sabotaj atau berniat ingin cederakan anak Tengku " jelas Carl.

Tengku Khalid menghela nafas. Kelihatan Sara sedang dirundum pilu.
" Sabar Sara. Aisya pasti akan balik " ujar Tengku Khalid pada Sara.

Tiba tiba Adam menjerit.

" Pa! Dorang dah balik! " jeritnya lalu menolong mereka semua.

Tengku Khalid terkejut melihat kedua dua anak perempuannya bagai disimbah darah.

" Ya Allah Sya! Mel! "

Dua gadis itu dikejarkan ke hospital secepat yang mungkin kerna mereka berada dalam keadaan kritikal.

" Ash! Macam mana dengan adik? Mel? " tanya Tengku Qaisara pada Ashraff yang baru keluar dari ruang pembedahan.

" Mel okey. Cuma kita tunggu dia sedar. Dia pengsan sebab demam je. Adik.. Em 50/50 ,ma. Dia hilang banyak darah. Tapi stok darah O susah nak cari. Kami pun dah habis " ujar Ashraff lemah.

Semua terkejut mendengar berita itu.

" Aku darah O. Take my blood now " ujar Izz tiba tiba. Dia yakin keluarga Maira itu tiada pun yang mempunyai darah O.

" Good! Nurse, bawa encik ni pegi derma darah untuk pesakit. Sekarang! " arah Ashraff

Semua menunggu dengan sabar keputusan itu.

Apabila Ashraff keluar, dia tersenyum lega.

" Dia lepas tahap kritikal, ma. Don't worry " ujar Ashraff

Dua minggu Maira tidak sedarkan diri manakala Melissa baru sedar semalam. Melissa terkilan apabila orang pertama yang dilihatnya bukanlah mummynya tapi Tengku Qaisara.

Naurah yang sedang membersihkan tubuh Maira tersentak apabila jari jemari Maira bergerak. Maira membuka matanya perlahan lahan. Dilihat Naurah kaku melihat dirinya.

" Ya Allah adik. Adik dah sedar. Syukur alhamdulillah. Jap akak panggil angah ye " sejurus itu Ashraff masuk ke wad lalu memeriksa adiknya.

" You getting better, dear " ujar Ashraff

Maira hanya kaku mendengar apa yang dikatakan oleh Ashraff. Sebenarnya dia mempunyai pelbagai spekulasi di dalam kepalanya mengenai kejadian di hutan dulu.

My Precious GirlOù les histoires vivent. Découvrez maintenant