Epilog

13.2K 323 29
                                    

Maira bangun pagi itu. Harini je sudah seminggu dia ditinggalkan Izz. Izz perlu ke China untuk menguruskan projek di sana.

Tok tok!

" Mama, bukak lah pintu ni " ujar satu suara kecil.

Maira tergelak kecil apabila mendengar suara itu. Dia membuka pintu lalu kelihatan seorang budak kecil perempuan di situ. 

" Mama, nak susu Ain " pinta anak kecil itu.

Yup! Maira dah kahwin dah dengan Izz dekat 3 tahun. Dan rezeki dia dapat seorang anak perempuan selepas sebulan berkahwin, Tengku Ain Izrina.

" Hahaha oke oke jom " ujar Maira. Dia memegang tangan Ain lalu turun ke bawah dengan perlahan. Dia perlu berhati hati kerna dia sedang mengandung anak kedua mereka.

Maira mendudukkan Ain di kerusi. Dia menyiapkan breakfast pagi itu. Ain melihat mamanya dengan penuh khusyuk.

Izz membuka pintu rumahnya. Kedengaran celoteh anaknya di dapur. Dia tergelak kecil. Nasib lah dapat anak pandai macam ni. Macam macam ditanyanya.

Kelihatan Maira sedang memasak tanpa memandangnya. Dia memeluk Ain lalu menyuruh anaknya itu senyap. Ain pula mengikut kata kata papanya. Dia tersengih kecil.

Izz menghampiri isterinya itu. Lalu dia memeluk isterinya itu dari belakang. Dia tergelak kecil apabila Maira terkejut.

Maira terkejut apabila satu tangan memeluknya dari belakang. Baru sahaja dia ingin melempang terus terhenti apabila mendengar suara itu.
" Assalamualaikum. Khusyuk sangat masak apasal ni? Hahah " usik Izz.

Maira menjuling matanya.

" Kalau tak masak, nanti anak awak tu bebel tahu tak " balas Maira.

Izz melepaskan Maira lalu tergelak kecil. Dia menolong isterinya itu. Kalau boleh dia tidak mahu isterinya itu penat.

Petang itu, mereka membawa Ain ke rumah parent Maira. Ain seronok apabila melihat semua sepupunya di situ. Dia terus sahaja bermain bersama mereka.

" Oii mak buyung hahaha " usik Melissa.

Maira menjeling Melissa.

" Ewahh cakap orang. Kau tu? Preggy jugak kan. Menyampah je " geram Maira.

Melissa tergelak mendengar rungutan Maira. Dia happy melihat Maira bersama Izz kerna dia yakin Izz mampu menjaga Maira.

" Mama!!!! Diana nak bersalinnnn!! " jerit Hadief. Tengku Qaisara yang sedang melayan cucunya terkejut mendengar jeritan Hadief.

Maira dan Melissa memandang Hadief yang sedang mendukung Diana itu.

" Lahhhh cepatlahhh bawa pergi hospital. Adam, cepat buka pintu kereta tu " arah Tengku Qaisara. Namun tiba tiba Aryna juga ingin bersalin. Hadiey juga kalut sehingga Melissa menampar Hadiey supaya membawa Aryna ke hospital bersama Diana.

Maira tergelak kecil melihat kerenah mereka semua. Dia memandang Izz di sebelahnya. Izz yang perasan itu terus menoleh.

" Selamat awak tak macam tu masa saya bersalin. Hahaha muka cool je kan " puji Maira.

Izz tersenyum kecil.

" Saya tak boleh nak kalut kalau tak nanti semua tak jadi. Hahaha nak bersalin ke? " usik Izz. Maira menepuk tangan suaminya itu. Mengusik je kerja sekarang ni.

" Belum lagi lah! Ada dua bulan lagi " geram Maira.

Izz tergelak kecil. Dia tak mampu untuk hilang Maira lagi. Cukup lah dulu dia hilang Maira. Dia memandang Ain yang bermain bersama Khalisha, anak Adrian.

" Kalut betul twins tu isteri nak bersalin. Hahahah " ujar Fakhira.

" Hahahaha tu lah pasal. Ehh kau macam mana? Baru habis pantang ni bukan main aktif lagi. Rayyan kasi pula ek " ujar Maira.

Fakhira tergelak. Dia tidak suka duduk berehat je. Lagipun banyak design dia kena lakar.

" Dia ni mana nak duduk rumah. Ni pun haritu katanya jahitan terbuka sikit. Degil " rungut Rayyan tiba tiba.

" Hahahaha nasib lah Aisya dengar cakap aku weh " Izz tergelak apabila Rayyan merungut.

Maira memandang orang di sekelilingnya. Semua sudah bahagia dengan pasangan masing masing dan dia bahagia bersama Izz. Ain merupakan permata yang sangat bernilainya. Umii, Maira dah bahagia dah. Maira dah jumpa kebahagiaan Maira, umi. Abah dengan Umi doakan Maira di sana ye. Nanti kita jumpa. Jagakan mummy Farah untuk Maira ye umi. Sejahat mana pun dia,Maira maafkan dia.

Maira memandang Izz di sebelahnya yang sedang bergurau senda dengan Rayyan dan Rayqal. Izz, thank you so much sebab sanggup terima Sya. Sanggup jaga Sya sebelum ni. Sya tak tahu nak buat apa kalau Izz takde di sisi. Please jaga diri untuk famili kita,Izz.

Izz yang perasan Maira memandangnya terus menoleh. Dia tersenyum melihat Maira yang tersenyum melihatnya. Sya, kau adalah someone yang terbaik yang pernah aku ada dalam hidup ni lepas famili aku. I do love you. Dulu sampai sekarang. And I promise will take care our family,Sya. Dan terima kasih. Terima kasih sebab terima aku dalam hidup kau walaupun banyak rintangan.

Mereka saling berpandangan sehingga Ain datang memeluk Izz. Dia sangat manja dengan Izz berbanding Maira. Kini Maira tahu bahwa dia memiliki keluarga yang lengkap walaupun banyak rintangan dia hadapi. Dan pastinya dia akan berusaha untuk menjaga hubungan ini sehingga nafas terakhirnya.

Tamat.

My Precious GirlWhere stories live. Discover now