Part 40

7.9K 278 6
                                    

Maira memasuki biliknya. Dia memerhatikan segenap ruang di bilik itu. Banyak perubahan yang telah Tengku Qaisara ubah nampaknya. Dia duduk di birai katil. Mengingatkan balik apa yang terjadi membuatkan dia tergelak kecil. Semua teruja apabila dia melangkah ke dalam rumah ini. Dan dia lega, dia lega kerna semua masih menyayangi dia.

Tiba tiba telefonnya berbunyi.

Izz's calling

Maira pelik. Dah kenapa si Izz tu call.

" Hello. Nak apa? " dingin Maira.

" Hello. Kau dah sampai Malaysia ke? " tanya Izz. Sebenarnya dia risau keadaan Maira. Maira pelik kenapa Izz bertanya tentang keadaannya.

" Dah. Dah pahal kau tanya ni? Buang tebiat ke? " dingin Maira. Dia malas nak layan Izz ni.

" Saje. K lah chaw " Izz terus mematikan panggilannya. Dia tahu Maira sudah selamat sampai pun itu sudah melegakan hatinya.

Maira memandang telefonnya lama.

" Aku sayang kau, Izz. Aku tunggu kau. Orang pertama yang aku ingat balik pun kau, Izz. Bila aku dah mula sedia nak jumpa kau, kau datang. Aku happy Izz. Tapi apa aku dapat? Kemesraan kau dengan dia? Pernyataan yang paling menyakitkan bagi aku ialah bila aku tahu dia tu kesayangan kau Izz. Orang yang kau sayang. Kau jumpa pengganti aku secepat tu je Izz. Tapi aku? Aku macam orang bodoh tunggu kau. It's over, Izz. Tolong lah " ujar Maira sambil teresak kecil.

Tanpa dia sedari, Hadief mendengar segalanya. Sya dah ingat balik? Serius? Kenapa? Kenapa dia tak bagitahu apa apa pun? Nampaknya ada something wrong.

Malam itu Firna mengajak Maira dan Naurah untuk berinai. Begitu juga Melissa dan Sara serta Isha.

#Maira,Sara,Melissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

#Maira,Sara,Melissa

#Maira,Sara,Melissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

#Firna,Naurah,Isha

" Kak Ngah! Ni macam kita pula yang nak kahwin ni pahal? Hahahaha " gelak Melissa apabila memandang inainya.

" Ehh merepek. Tapi ada betul jugak. Awak tu kan dah nak hampir kahwin dah hahahah " Usik Firna. Melissa menahan malunya.

" Hish takde makna kak oi. Rayqal tu tak habis lagi PhD dia. Mel ni pun baru masuk master. Lama lagi " ujar Melissa.

Semua tergelak kecil mendengar ayat Melissa. Tengku Qaisara tiba tiba mendekati mereka.

" Amboii anak dara mak dara sekalian ni. Mama punya lah cari kamu rupanya dekat sini ye " geram Tengku Qaisara. Mereka hanya tergelak sahaja.

" Mama nak kami tolong apa? " ujar Naurah sopan.

" Ni hah pergi hantar dekat Iris. Haritu Adam lupa nak bagi. Dah tu kalut suruh mama bagi Iris " terang Tengku Qaisara.

" Macam tu biar Sya hantarkan lah. Eh takyah buat muka gitu, ma. Sya ajak Mel ni hah " ujar Maira apabila melihat mamanya bagai ingin menentang tindakannya.

" Okey lah gitu. Drive elok elok. Malam ni hah " nasihat Tengku Qaisara.

Maira hanya mengangguk lalu bangun. Melissa juga begitu. Mereka menuruni tangga itu. Hadiey yang melihat itu terus bertanya.

" Oi anak dara! Nak pergi mana malam malam ni? " tanyanya. Maira terhenti.

" Nak pergi hantar barang Kak Iris ni " ujar Melissa.

" Berdua je? " risau Hadief. Dia risau kerna ini sudah malam lagipun mereka berdua itu anak gadis.

Maira mengangguk mengiakan. Masing masing tercengang.

" No! Abang Ad tak izinkan. Biar abang Diey hantar " tegas Adrian.

" Okey. Jom " ujar Maira

Sejurus selepas itu mereka keluar bersama. Di dalam kereta masing masing diam sahaja. Hadiey memandang adiknya di sebelah. Dia sudah tahu semuanya. Hadief sudah ceritakan semuanya pada mereka. Malah Isha juga turut menjelaskan semuanya. Dan dia tak percaya kenapa adiknya itu takut untuk balik ke Malaysia, takut untuk mengaku semuanya.

" Dik, abang Diey nak tanya ni . " ujar Hadiey tanpa memandang Maira.

" Apa? " Maira pelik. Melissa yang di belakang turut berasa pelik.

" Betul ke adik dah ingat semuanya? Since setahun kita dekat korea tu? Takyah terkejut. Abang Dief dah dengar semua tadi masa Izz call adik. Kenapa dik? Kenapa takut nak cakap? " tanya Hadiey.

Maira terkaku begitu juga Melissa.

" Mel pun. Kenapa tak bagitahu abang? Sara pun tahu kan? Abang rasa semua anak dara mak dara tu tahu. Kitaorang ni je yang tak tahu. " sindir Hadiey

Maira masih diam. Melissa pula menundukkan kepala.

" Dah sampai. Pergi bagi dekat kak Diana tu hah " arah Hadiey

Maira keluar lalu memberikan barang itu pada Diana. Dalam perjalanan pulang, masing masing mendiamkan diri. Namun tiba tiba Maira berkata.

" Adik bukan sengaja tapi adik nak lupakan semuanya. Semua yang pahit. Sebab tu lah adik tak bagitahu. Adik nak mula hidup baru. Hidup yang lebih aman. Abang sendiri nampak kan betapa adik benci bila nampak Izz dekat sana? He even have his own girl. That why adik rasa untuk tiga tahun tak balik Malaysia tu tindakan betul. I hate every little things that I had done for this three years. So kalau rasa nak marah adik, fikir balik. Fikir balik macam mana adik bangun dari kesulitan adik tu, abang. Kenapa adik bagitahu Kak Long, Kak Ngah, Kak Isha, Sara dengan Melissa? Sebab adik percayakan dorang masa tu. Abang ingat adik tak tahu abang still contact dengan Izz lagi time tu. Adik akan bagitahu semuanya nanti. Tapi bukan sekarang. So please understand me. " ujar Maira. Tanpa dia sedar air matanya mengalir.

Melissa di belakang sudah terdiam sahaja. Dia tidak mahu masuk campur hal ini. Manakala Hadiey sudah tergamam. Dia tak sangka begitu banyak yang adiknya pendam selama ini. Kalau boleh dia mahu adiknya itu bahagia sahaja. Keep strong dik. Abang tahu adik kuat.

My Precious GirlWhere stories live. Discover now