Bab 1 [ODP]

56.4K 1.9K 39
                                    

Kelihatan seorang perempuan sedang termenung sambil mengacau minuman yang dipesan oleh dirinya.

"Huh!". Kedengaran perempuan itu mengeluh.

Di mana aku hendak mencari kerja??. Perempuan itu bertanya soalan itu kepada dirinya sendiri. Bingung!! mahu mencari kerja untuk menampung kehidupan.

Memikirkan tentang kehidupan adiknya yang menghidap penyakit lemah  jantung. Memerlukan kos yang banyak untuk melakukan pembedahan. Dimana aku hendak mencari duit itu?. Soalan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya.

Hidup yang agak sensara. Kedua ibubapanya meninggal semasa dia berumur 18 tahun manakala adiknya berumur 8 tahun. Terlalu susah baginya untuk menerima semua ini. Terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan dan pembelajaran.

Sekarang aku berumur 24 tahun. Manakala adik berumur 14 tahun. Aku terpaksa berhenti belajar untung menampung kehidupan aku dan adik ku. Genap 6 tahun pemergian kedua orang tua ku. Aku dan adik sudah dapat menerima takdir yang di tentukan dengan hati yang terbuka.

Sudah hampir setahun aku berhenti belajar. Hanya adik sahaja yang masih belajar. Aku hanya mengutamakan pembelajaran adik sahaja. Aku ingin dia menjadi seorang yang berkerjaya dan berjaya dalam kehidupan. Tidak seperti aku.

Cinta?? Tak pernah terpikir untuk bercinta. Cukup lah aku hanya memikirkan tentang kehidupan aku dan adik sahaja. Itu sudah cukup untuk aku.

Bila fikir tentang Cinta! teringat lagi tentang seorang lelaki yang pernah meluahkan perasan dia terhadap aku. Haha!! Rasa macam lawak ada orang yang menyukai aku. Bermacam macam perkara dan hadiah yang dia lakukan dan berikan kepada aku.

Tetapi sikit pun aku tidak hiraukan. Bukan apa, aku malas mahu memikirkan soal cinta. Sehingga lahh aku terlalu geram dan marah, sampaikan aku hilang kawalan dan melemparkan hadiah pemberian nya di halayak ramai. Bukan niat aku untuk melakukan begitu dan memalukan dia tetapi aku terlalu penat untuk semua ini.

Dengan masalah yang aku hadapi, kehidupan yang tungang langang, duit dan bermacam macam masalah lagi. Aku sudah memberitahu dia bahawa aku tidak boleh menerima cinta dia atas sebab sebab tertentu, tetapi dia seakan memaksa aku untuk menerima dia. Sehingga lah hari aku melemparkan hadiah itu dan aku tidak pernah melihat dia lagi.

Malas aku mahu memikirkan tentang dia. Biarkan lahh dia. Mungkin sekarang dia hidup dengan bahagia.

~Fire........Fire........Fire.........~ Kedengaran bunyi telefon yang menyentakkan lamunan aku. Aku melihat nama pemanggil di skrin telefon 'Ma lovely adik' Walaupun kehidupan aku begini, tetapi aku salah seorang kpopers yang meminati group korea iaitu BTS.

"Assalamualaikum". Aku memberi salam kepada pemanggil.

"Kakak dekat kedai makan ni adik. Sekejap lagi kakak sampai, adik nak kakak belikan apa apa ke?". Adik menelefon aku untuk menanyakan keberadaan aku. Aku bertanya kepada adik mana tahu dia ingin aku membeli apa apa untuk nya. Tetapi dia tidak mahu membeli apa apa.

Inilah kehidupan aku Nadhia Nurul Batrisyah..

Dhia segera bangun dan menuju ke kaunter untuk membayar minumannya. Sesampai di kaunter Dhia membayar tetapi penjaga kaunter itu berkata bahawa minumannya sudah di bayar.

Perasaan pelik singgah di hati Dhia. Siapa yang membayar minuman aku?? Bila menanyakan siapa yang membayar, penjaga kaunter itu tidak memberitahu dia hanya berkata

"Seseorang dan terima kasih".

Dhia segera keluar dan terus menuju ke bus stop sambil memikirkan siapa yang membayarkan minumannya tadi!. Mungkin orang itu mengenali dirinya?? Or mungkin dia belanja kerana melihat aku begini??.

Dhia meneliti pakaian yang dipakainya dari hujung kasut sampai ke atas. Tidak menunjukkan yang dirinha selekeh dan terlalu buruk. Dhia hanya memakai baju kurung yang berwarna biru cair dan tudung bawal berwarna hitam. Niat untuk mencari kerja.

"Tak apa lah mungkin orang itu belanja aku". Dhia hanya memikirkan perkara yang positif tidak mahu bersangka buruk.






.....BERSAMBUNG.....

Hope korang semua enjoy. Sorry kalau ada typo. Aku budak baru belajar kalau salah tegur lahh.

(596)
[24/8/17]
Afiza_paeja

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now