Bab 20 [ODP]

29.8K 1.1K 63
                                    


"Weyh Dhia aku balik dulu lah ye tu abang aku dah sampai dah". Ujar Anis jari telunjuk di tunjuk ke arah sebuah kereta yang berhenti tidak jauh dari tempat mereka berdua duduk.

"Ohh okay lah". Balas Dhia sayu. Hati dia sedikit berjauh hati sebab kena tinggal sorang. Dah lah malam ni. Ramai pelanggan tadi jadi tutup lambat sikit. Nasib dah solat maghrib.

"Okay aku nak pergi ni bye! Kau hati hati sikit dah malam ni". Anis bangun berlalu pergi sambil melambai tangan ke arah Dhia. Dhia membalas perlahan.

Kak Athar harini masuk sekejap je lepas tu keluar ada hal nak diuruskan. Jadi adik dia Encik Nasrul lah yang ganti sehari ni.

Beg sandang di pegang erat. Sekeliling dipandang takut. Jam sudah menunjukkan 8 malam. Aduih nak pergi bus stop jauh pulak tu. Takut lah. Tunggu sini nak buat apa?

Matanya meliar ke sekeliling sambil menunduk. Seram pulak duduk sorang sorang kat sini.

Tarik nafas hembus.

Nak call Ayyan nanti dia kata pasal kahwin pulak. Tapi mesti Ayyan nak ambil tapi.. Tak menyusahkan ke?. Aku tak suka menyusahkan orang.

Baru saja bangun dari kerusi bahunya di tepuk. Terkejut jangan cakap dah macam nampak hantu dah.

Dhia menarik dan menghembus nafas kasar. Ya Allah nak gugur jantung aku. Dada di usap perlahan. Mata di pejam, lelaki di hadapan nya ini di pandang dengan pandangan yang tajam

"Kenapa tak balik lagi?". Soal lelaki ini.

"Yang Encik Nasrul ni main tepuk tepuk kenapa? Tak reti nak bagi salam ke? Tak ada adab ke? Kalau saya ada sakit jantung macam mana kalau mati terkejut dekat sini Encik Nasrul nak bertanggungjawab ke atas kematian saya".

Ha kan dah kena sembur. Nafas di tarik begitu kasar. Sakit nya hati ni. Dah lah sentuh orang walaupun dekat bahu tetap tak suka! Paham tak? tak suka!. Ishhh!

"Aikk marah nampak, mana saya tau awak terkejut macam tu sekali kenapa takut ke? Sampai sembur saya macam tu".

Jawab Encik Nasrul. Tangannya bermain dengan kunci kereta.

"Yelah marah! Dah Encik Nasrul buat macam tu pikir saya suka ke? Dah lah malam ni!!". Marah ni marah. Sabar je lah. Tak tau kenapa marah macam ni sekali. Yang tau dia tak berapa berkenan dengan Encik Nasrul ni walaupun adik Kak Athar.

"Haha comel lah awak marah macam ni. Macam budak budak". Ujar Encik Nasrul sambil tergelak kecil. Tangan naik menutup mulut apabila ketawa. Sopan.

'Apa time aku marah marah ni dia cakap comel? Otak dia ni tak betul ke? Orang tengah serius marah boleh pulak dia gelak'. Bebel Dhia sambil matanya mengecil memandang tajam pada Encik Nasrul.

"Dah dah jangan pandang saya macam perompak pulak". Encik Nasrul berseloroh kecil. Tawanya sudah berkurang.

"Memang memang saya pandang Encik ni macam perompak pon! Perompak bersiri". Jawab Dhia beg di peluk erat. Mata memandang Encik Nasrul seperti perompak walaupun hakikatnya tidak.

"Aik! Saya perompak barang tak lah. Saya cuma menjadi perompak hati awak je". Encik Nasrul memerhati wajah comel Dhia. Cantik. Memang betul dia sudah jatuh hati pada Dhia pada sekali pandang pagi tadi.

Dia perhati saja Dhia melakukan kerja. Berhati hati. Sopan. Bertutur baik. Aish beruntung sapa dapat Dhia ni. Baik orang nya.

Dhia memandang Encik Nasrul pelik. Memang sah ni otak adik Kak Athar ni senget. Salah satu wayar kepala dah tercabut.

"Encik Nasrul ni tak makan ubat eih? Otak tu saya rasa dah tak betul dah tu. Skru dah longgar baik Encik Nasrul pergi klinik check. Eh! eh! bukan klinik tapi hospital baru betul".

Dhia menaikkan kening apabila Encik Nasrul hanya ketawa. Lawak ke? Geram pula rasa ni. Nak je hempuk lelaki ni pakai kasut sarung ni biar betul sikit.

"Awak ni betul betul buat saya geli hati. Dah lah comel lepastu marah lagi bertambah lah comel tu. Kalau saya jadi suami awak dah lama saya cubit cubit pipi tu".

Encik Nasrul membuat gaya seperti ingin mencubit pipi Dhia. Dhia yang melihat menjauhi diri dari Encik wayar putus ni. Gatal! Sapa nak jadi suami dia. Dah lah tak betul! Baik pilih Ayyan je. Eh! Apesal nama Ayyan pulak keluar ni dah jatuh cinta dekat Cik abang sado ke?.

Dhia mengelengkan kepala. Apelah time macam ni boleh pulak teringat dekat Ayyan.

"Ha yang dok geleng kepala tu kenapa?". Soal Encik Nasrul apabila melihat Dhia mengelengkan kepala.

"Biarlah kepala saya". Jawab Dhia matanya menjeling Encik Nasrul. Nyampah!!

"Dah lah sembang macam ni sampai bila nak abis? Awak balik naik apa ni?. Dah malam dah ni tak takut ke?".

Soal Encik Nasrul matanya tekun memandang wajah cantik Dhia. Sah memang dah jatuh hati ni. Telatah Dhia memang mencuit hatinya.

"Tak tau lah mungkin naik teksi kot". Jawab Dhia melarikan anak matanya dari memandang Encik Nasrul ni. Matanya gatal sangat ke asyik tengok muka aku yang comel cantik lawa flawless ni. Aishh terpuji pulak diri sendiri.

"Teksi? Malam malam ni?". Encik Nasrul bertanya dengan nada menjekelkan. Jarinya menunjukkan ke arah bawah.

"Yelah teksi! Teksi! tak pernah naik teksi ke?". Dhia bertanya dengan nada sindiran.

"Bahaya lah malam malam macam ni. Jom saya hantar balik". Ajak Encik Nasrul. Dimanislan wajahnya di depan Dhia

"Tak apa lah. Terima kasih saya tunggu teksi je". Dhia menolak ajakan kerana tidak selesa bukan kenal pon dengan Encik ni. Kang di bawak ke tempat lain tak ke naya.

"Tak payah nak pikir saya bukan bukan. Tak adanya saya nak bawak awak ke tempat lain".

Dhia memandang Encik Nasrul tidak percaya. Macam mana dia tau aku pikir macam tu? Sama macam Ayyan. Eh! Ayyan lagi.

"Dah dah jom saya hantar banyak cakap awak ni. Nak berdiri sini sampai bila tak lenguh ke kaki tu".

Dhia masih dalam kesempitan. Nak ikut takut Encik ni ada niat jahat pulak. Tak ikut tak kan nak duduk sini? Dah lah malam macam ni. Aduih! Susah ni susah

Baru saja Dhia hendak membuka mulut suara Encik Nasrul kedengaran.

"Ah! Jangan nak tolak lagi! Jom saya hantar kan. Awak nak duduk sini? Tak takut ke ada mat rempit ke mat gian ke mat culik ke ganggu awak".

Kan dah keluar bermacam mat Encik Nasrul bagi. Ambik!!

"Hish mulut Encik Nasrul ni celupar betul. Yelah saya ikut Encik. Tapi janji hantar saya balik". Dhia masih dalam keraguan. Mukanya di serius kan.

"Ye ye saya janji". Encik Nasrul mengangkat kedua belah tangannya ke atas tanda mengalah. Dhia mengangguk. Percaya.

Pintu kereta penumpang hadapan Dhia buka dan masuk. Encik Nasrul pon begitu. Tanpa Dhia sedar seseorang memehatikan dia dari sejak duduk bersama Anis lagi.

Stereng kereta dihentak geram. Berani dia dekat dengan Dhia. Yang Dhia tak tau ke nak tolak? Gatal nak balik dengan jantan tu! Boleh je call aku! Saja je aku tunggu nak tengok Dhia call ke tak aku tapi.. Nampaknya tak?!

Kau tunggu esok!!! Enjin di hidupkan dan bergerak laju ke lebuh raya.

"Terima kasih". Dhia mengucapkan kata itu sambil menbongkok sedikit. Kedengaran ketawa kecil dari mulut Encik Nasrul. Betul betul terhibur dia dengan Dhia ni.

Kepala di angguk tanda sama sama. Dhia memerhati sehingga kereta Encik Nasrul pergi barulah dia membuka pintu pagar. Haihh sorang lagi harini adik balik esok.

Tanpa Dhia sedar kereta orang yang memerhati itu mengikuti dia sehingga selamat sampai ke rumah.

'Tak ada sapa yang boleh dekat dengan Dhia aku lah!! Dia hanya milik aku!! Kau ganggu! kau siap!'. Gumam orang itu sambil memerhatikan pintu pagar Dhia.






















Tbc...

Maap dh lama tak update. Semlm nk update tapi fon problem pulak. Sakit hati ni. Ni author lanje satu chapter. Enjoy. Nnti kalau author rajin author update satu lagi chapter. Kalau rajin lah. K bye. Ni pon author bagi panjang sikit dri selalu. Ahak!!




Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now