Bab 49 [ODP]

27.7K 887 38
                                    


Tersenyum Ayyan melihat kelesuan yang terpancar pada wajah Dhia yang baru sahaja bersalin. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Keadaan Dhia pun dah stabil.

Cuma mungkin terlampau penat. Jadi Dhia tertidur. Ayyan mengambil tangan kanan Dhia lalu digenggam dengan lembut. Tangan Dhia di cium. Tidak lupa dahi juga turut dicium sebagai tanda terima kasih kerana melahirkan anaknya

Bila tengok Dhia yang menjerit sakit untuk melahirkan bayi yang ada  diperut keluar. Membuatkan hati Ayyan sedih serta sakit.

Air mata jantan Ayyan turut mengalir apabila Dhia meneran sekuat hati. Peluh mengalir di wajah dan leher Dhia.

Dengan sekali lagi jeritan yang begitu kuat , akhirnya anak mereka berjaya dilahirkan. Sempat Dhia tersenyum sebelum matanya tertutup.

Mata Dhia bergerak menandakan bahawa  dirinya sudah bangkit dari tidur yang agak lama. Ayyan bangun membantu Dhia supaya duduk.

"Dhia nak air?". Tanpa suara Dhia mengangguk. Sisa sisa penat masih ada menyebabkan dirinya lemah.

Ayyan menghulurkan muncung cawan ke bibir pucat Dhia. Dengan sekali tegukan air yang ada di dalam cawan habis.

" Okay. Nak air lagi tak". Ayyan berura ura ingin mengambil air lagi tetapi melihat gelengan Dhia , Ayyan meletakkan cawan ke atas meja kembali.

Tangan Dhia dicapai semula dan dibawa ke pipinya. Sekejap dicium. Dhia mampu tersenyum dengan keadaan yang begitu.

"Abang anak kita mana?". Soal Dhia perlahan. Bibir yang pucat bergerak menyatakan soalannya.

" Sabar ye. Kejap lagi nurse bawakan okay. Kau rehat dulu. Kau ada sakit lagi tak. Dah pucat dah sayang aku ni. Penat sangat kee?".

Ayyan mengajak Dhia berborak. Pipi dan bibir Dhia disentuh lembut. Jelas nampak muka Dhia yang pucat.

"Tak sakit dah". Dhia juga mengusap rambut Ayyan. Tersengih Ayyan.

Baru ingin berborak lagi. Pintu wad dibuka dari luar. Doktor dan seorang nurse menolak bayi yang berada di baby cot .

Semakin lebar senyuman Dhia dan Ayyan. Perasaan teruja hadir dalam diri Ayyan. Matanya kekal pada bayi tersebut.

" Puan Dhia. Macam mana masih sakit?". Doktor yang bernama Ridzuan bersalam bersama Ayyan.

Tak sangka aku dah jadi puan. Rasa kekok pulak. Selama ni orang panggil cik je sekarang dah tak ada panggilan cik lagi yang ada hanya Puan.

Hahaha. Berangan lah kau Dhia dan dapat anak pun nak gelaran puan tu. Aishh

"Alhamdulillah. Dah okay sikit dari tadi". Jawab Dhia. Matanya menjenguk bayi yang sedang tidur pulas.

Anak ibu..

" Okaylah macam tu Puan Dhia. Bayi Puan sudah diazankan oleh Encik Ayyan sebentar tadi semasa puan masih keletihan". Ujar doktor Ridzuan lagi.

Dhia mengangguk mengiyakan. Matanya masih menjenguk bayinya.

"Sabar puan Dhia. Saya tahu puan dah tak sabar nak dukung bayi tu". Doktor Ridzuan tergelak melihat telatah Dhia yang baru bergelar ibu

" Okay lah kalau keadaan Puan Dhia sudah semakin baik , saya minta diri dulu. Dan anak puan boleh lah tengok ye. Apa apa pun tahniah Encik Ayyan dan Puan Dhia yang mendapat cahaya mata".

Ulas Doktor Ridzuan panjang. Rasanya ada baiknya kalau dia keluar sekarang ni. Sebab suami puan Dhia ni lain macam je tengok dia cuba bersembang dengan puan Dhia.

"Terima kasih Doktor". Dhia mengukir senyuman. Dapat dirasakan perasaan Ayyan yang tidak tenang kini.

Selepas doktor keluar. Nurse tersebut mengajar Dhia cara yang betul untuk mendukung bayi. Setelah Dhia agak mahir nurse tersebut keluar dari wad.

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now