Bab 24 [ODP]

29.3K 1K 16
                                    

Dhia keluar sebaik saja Papa, mama dan Wiah membuka pintu bilik. Pipi, hidung yang merah akibat manangis di tundukkan supaya keluarga Ayyan tidak dapat melihat.

Tangan mama di capai dan di salam sambil menunduk. "Dhia balik dulu". Ujar Dhia perlahan. Mama yang melihat merasakan ada sesuatu yang pelik pada Dhia. Bahu Dhia di pegang sekejap apabila Dhia ingin bergerak keluar.

"Ada apa apa yang terjadi ke?". Soal mama, pandangannya beralih dari Ayyan ke Dhia. Ayyan hanya diam sambil memerhatikan Dhia.

"Dhia pandang mama". Arah mama. Hatinya kuat mengatakan ada perkara yang terjadi kalau tak kenapa Dhia senyap je.

Dhia mengeleng kan kepala dan terus berlalu pergi. Air mata Dhia menitis jatuh ke pipi semasa turun dari tangga rumah.

Hatinya begitu pilu bila teringat apa yang Ayyan telah lakukan pada dirinya. Maruahnya bagaikan di tangan lelaki itu.

Terus Dhia keluar tanpa berpaling langsung ke belakang.

"Apa jadi along? Kenapa Dhia macam tu?". Kini mama menyoal Ayyan pula.

Ayyan mencebirkan bibir sambil mengangkat bahunya ke atas. Penyakitnya terus hilang ajaib! Memang kuat penangan Dhia pada dirinya membuatkan dirinya semakin obses terhadap Dhia.

-----

Sampai saja di rumah, Dhia terus masuk ke dalam bilik. Menghamburkan tangisan yang tertahan tahan dari tadi.

"Akak dah balik ke?". Soal Suha di depan bilik Dhia. Di ketuk ketuk pintu bilik sebanyak 3 kali.

"Akak? Akak okay ke ni?". Soal Suha lagi. Tapi masih tiada jawapan dari Dhia di dalam bilik.

Dhia menarik nafas dan membetulkan kotak suara terdahulu sebelum menyahut pertanyaan Suha supaya Suha tidak mencurigainya.

"Akak okay Suha". Jawab Dhia, tangannya mengelap air mata yang mengalir.

"Betul ni?". Soal Suha seperti tidak berpuas hati.

"Betul. Adik jangan lah risau, akak nak rehat sekejap ni penat sikit". Bohong Dhia. Maaf akak terpaksa menipu adik! Maafkan akak

"Okay kalau ada apa apa cerita je dekat Suha ye. Suha akan dengar tau! Dengar tak akak?".

"Dengar adik". Jawab Dhia sedikit kuat. Adiknya sungguh ingin membantu, tetapi dia tidak mahu adiknya tau tentang apa yang telah berlaku.

"Okay". Laung Suha dan berlalu masuk ke dalam rumah.

-----

"Kak yong". Panggil Nasrul pada kak Athar yang sedang tekun menaip sesuatu di laptop tanpa memandang ke kiri atau kanan fokus sangat!

"Apa!". Acuh tak acuh saja kak Athar menjawab. Orang tengah sebok ni lah mengacaunya.

"Pandang lah sini aku nak cakap sikit". Kata Nasrul lagi. Geram apabila kak Athar tidak memberi perhatian kepada dirinya yang sedang bertanya.

"Apa ke kau ni! cakap je lah beria nak pandang pandang segala!". Marah kak Athar, mendengus dia sekejap orang tengah buat kerja ni. Time tu lah nak tanya.

"Ala aku nak cakap je". Balas Nasrul jengkel dengan kakaknya. Rasa nak bergusti je dengan akak nya sorang ni.

"Dah tu?! Cakap je lah tak nampak aku tengah buat kerja ni". Berasap kak Athar dibuatnya. Nasib dapat adik serupe gini. Sekeh jap lagi baru tahu

"Okay lah, dengar apa aku nak cakap ni". Nasrul mengalah, lawan kata dengan akaknya ni sampai tahun depan pon tak selesai.

"Pekerja kau tu cantik kan". Nasrul berangankan wajah Dhia sambil tersenyum. Satu tangan di lipat ke belakang kepala manakala satu lagi di letakkan di atas dahi.

Berpaling kepala kak Athar ke arah adik lelakinya ini. Apa kes ni main sebut sebut pekerja aku bagai.

"Sapa?". Soal kak Athar lalu menyambung kembali menaip di papan kekunci.

"Ala Dhia tu. Cantik kan dah lah baik". Jawab Nasrul tanpa selindung. Tersambung kening kak Athar bila mendengar jawapan adiknya. Apa gila dia ni tetiba puji Dhia ni.

"Kau dah kenapa tiba tiba puji pekerja aku?". Segera kak Athar berpaling terus pandang adiknya. Minat pulak rasanya nak tau apa yang Nasrul cakap ni.

"Tak ada lah saja je, tapi memang betul kan Dhia tu cantik, baik, sopan kan?". Puji Nasrul.

"Eh! Eh! Kau ni gatal pulak! Aku cempuk kau kejap lagi kang!". Marah kak Athar.

"Yong, aku rasakan...." Terhenti sekejap percakapan Nasrul. Kak Athar menjungkitkan keningya.

"Aku rasa..". Terhenti lagi percakapan Nasrul. Kak Athar yang kegeraman itu memgapai bantal kecil di atas sofa dan memegangnya erat. Tunggu masa je nak melayang hinggap kat muka adiknya yang cakap asyik berhenti je. Aku sepak muka kau jap lagi terteleng nanti.

"Yang aku dah jatuh cinta dengan Dhia lah".

Puk!! Tepat pada muka Nasrul bantal yang di baling oleh kak Athar. Biasalah dulu atlet memanah kan. Tu tepat pada targetnya.

"Kau merepek apa? Kau sedar tak apa kau cakap ni? Ada hati nak jatuh cinta bagai. Duit pon tak ada".

Kutuk kak Athar sebaik puas dengan balingannya.

"Eh! Yong kau cakap baik sikit eih!".

"Apa? Betul lah aku cakapkan! Nak makan sendiri lepaslah! Nak tanggung anak dara alamatnya kebulurlah Dhia tu. Eh! Aku tak nak masa depan Dhia teruk sebab kau".

Tak puas kutuk tadi di sambung lagi. Kena kaw kaw punya. Hambik! Terkekeh kekeh kak Athar mengetawakan muka kelat Nasrul. Suka hatinya melihat begitu. Hahaha

Nasrul membuat muka sakit hati. Ikut hati aku nak je smackdown yong ni biar rasakan. Kutuk tak berlapis langsung.

"Kau bukan nak sokong aku langsung kan!". Nada Nasrul kedengaran seperti merajuk.

"Bukan tak nak sokong kau! Tapi betul kan apa yang aku cakap tadi". Balas kak Athar kembali menyambung kerjanya.

"Ala bukannya aku sengket sangat kot. Duit aku banyak ye". Balas Nasrul bengang. Sapa tak ada duit ha? Aku kalau nak minang si Dhia tu harini juga boleh lah!. Tepuk dada sikit.

"Okay lah, sebelum tu aku nak cakap sikit". Di dalam kepala kak Athar terdapat satu rancangan untuk mengenakan Adiknya itu.

"Hmm". Jawab Nasrul malas.

"Kau nampak tak cermin besar kat tepi dinding tu?" Soal kak Athar sambil menunjuk ke arah keberadaan cermin tersebut. Dalam hatinya terkekeh kekeh suka. Tunggu jap lagi.

"Nampak lah pikir aku buta ke!". Balas Nasrul kasar. Apa mengena dengan cermin pulak?

"Okay macam ni..."

Nasrul melihat kak Athar geram.

"Macam apa? Ishhh!". Marah Nasrul.

"Jadi kau nampak lah cermin tu kan..". Nasrul mengangguk.

"Apa kata kau pergi dekat situ... Lepastu". Terjeda kak Athar sekejap.

Berkerut dahi Nasrul mendengar arahan akaknya.

"Buat apa?". Soal Nasrul pelik!

"Kau cermin lah diri kau dulu! Kau sedar tak muka kau rupa katak dalam tempurung! ada hati nak bercinta konon puih!". Terburai ketawa yang di tahan dari tadi. Sampai berguling guling Kak Athar di karpet berwarna biru itu.

Semakin kelat wajah Nasrul. Kurang ajar punya akak! Maki Nasrul. Sakit hatinya di kutuk sebegitu. Pikir lawak?

Di ambilnya bantal dan di tekupkan di wajah kak Athar yang berbaring sambil ketawa itu. Kak Athar apa lagi meronta minta lepas lah. Mati aku nanti.

Terus berdesup Nasrul masuk ke bilik.

"KURANG AJAR PUNYA BUDAK!! AKU DAPAT KAU! AKU SUMBAT MULUT KAU PAKAI KATAK NANTI!! KAU TUNGGU!!".

Jerit kak Athar sekuat kuatnya. Geram betul! Bahalul punya Adik!




Tbc..
Sorry tk best idea tak dek. Ni author baru on tk jdi lah hari sabtu ni on Ahak! 😂😂

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now