Bab 12 [ODP]

33K 1.3K 47
                                    


"Ni rumah sape? Kenapa bawak saya dekar sini?". Kenapa Ayyan bawak aku kat rumah ni. Entah entah Ayyan ada niat tak baik kat aku?. Hey! Jangan.

Terus mata Dhia tajam memandang wajah Ayyan yang seakan tak bersalah itu. Ape dia tak dek rasa apa apa ke? Selamba je.

"Kenapa pandang aku macamtu. Nak aku cium ke?". Ayyan bersuara selepas melihat mata Dhia yang tajam melihat wajahnya.

"Awak jangan macam macam Ayyan. Awak bawak saya dekat sini buat apa?. Awak ada niat tak baik dekat saya ye?. Awak jangan!".

Bertubi tubi Dhia menyoal. Geram punya pasal.

"Haah aku ada niat tak baik. Nak culik kau pastu aku kurung kau. Pastu esoknya aku jemput tok kadi nikahkan kita! Senang!".

Jawab Ayyan. Sambil tergelak kecil. Lalu membuka pintu kereta.

Terus membulat mata Dhia mendengar jawapan dari mulut Ayyan.

"Dah turun lah". Arah Ayyan bila melihat Dhia yang masih kekal duduk sambil memegang erat tali pinggang kereta.

"Tak saya tak akan turun!. Awak nak buat jahat dekat saya". Terasa mahu menangis Dhia dibuatnya.

"Kau ni kan memang mencabar betul kan!". Marah Ayyan. Menutup pintu kasar selepas dia keluar.

Pintu penumpang dibuka kasar.

"Keluar". Dingin saje arahan yang diberi oleh Ayyan.

Dhia masih kekal di tempat yang sama.

"Keluar.....". Ayyan berjeda. Dia memasukkan kepala ke dalam kereta tempat Dhia duduk. Tangannya memegang luar kereta.
"... atau aku kiss kau dekat sini!". Sambung Ayyan lagi.

Dhia yang berasa tidak selesa terus membelakangkan diri.

"Okay okay.. saya keluar. Dah tepi". Dhia menolak Ayyan keluar. Terus tali pinggang di buka kasar. Pintu yang terbuka di hempas kasar.

Biar Ayyan tahu yang Dhia sedang menunjukkan protesnya.

"Ehh budak ni". Geram Ayyan sambil mengetap bibir. Tangannya ingin mengetuk kepala Dhia.

"Assalamualaikum".

Ayyan memberi salam. Dhia hanya mengikuti Ayyan dari belakang.

Dhia juga memberi salam tetapi perlahan.

"Waalaikumsalam". Jawab seorang wanita tua yang masih memakai apron. Mungkin dari dapur?

"Dah balik along". Kata wanita tua itu. Tengok caranya mungkin umurnya dalam lingkungan 40 lebih.

"Ni along bawak Dhia". Ayyan mengetepikan badan nya lalu ternampak lah aku yang sedang menyorok di belakang Ayyan.

"Ya Allah. Ni ke Dhia? Cantik betul". Kata wanita tua itu sambil mara ke arah aku dan aku terus menyalami tangan nya. Sempat Dhia memberi salam pada wanita tua itu.

"Ha udah. Mari duduk sana. Jangan berdiri dekat depan pintu ni". Kata wanita tua itu lagi.

Terus Dhia melabuhkan duduk di sofa itu. Manakala Ayyan di hadapannya.

Wanita tua itu sudah hilang. Mungkin ke dapur?.

"Kenapa bawak saya ke sini?!". Keras Dhia menyoal Ayyan yang ralit melihat dia. Badan Dhia ke depan sikit.

Ayyan tidak membalas. Hanya keningnya yang terangkat. Tanda -apa-

"Ha borak apa ni". Tanya wanita tua itu yang tiba tiba muncul. Sambil membawa minuman. Beralaskan dulang.

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now