Bab 15 [ODP]

31.9K 1.2K 6
                                    


Selesai memasak makanan tengah hari. Dhia membantu mama Ayyan menghidang makanan pula. Semasa Dhia menyusun pinggan di atas meja bunyi hon kereta memberhentikan pekerjaan mama yang sedang membacuh air.

Mama mengelap tangan nya pada kain yang terletak di tepinya sahaja.

"Biar Dhia buat. Mam pergi lah tengok". Pelawa Dhia ingin membantu.

"Okay, mama pergi tengok ya. Dhia tolong mama bancuh air ni kejap, sikit je lagi tu. Kacau sikit dan tambah ais batu je".

Arah mama sambil berlalu pergi.

Dhia hanya hanya menganggukkan kepala.
Selesai membancuh dan menambah ais batu. Aku meletakkan jug di atas meja.

"Ha, abang ni lah Dhia yang along cakap tu". Mama berdiri di sebelah lelaki yang dalam lingkungan 50 juga. Kalau tengok gaya macam sebaya pon ada. Lelaki tua yang  dipanggil abang itu mungkin suami mama.

Dhia hanya tersengih malu.
Lelaki itu membalas senyuman Dhia.

"Ayyan mana?". Soal lelaki tua itu selepas menduduki kerusi.

"Ada kat atas kot". Jawab mama berdiri di sebelah lelaki tua itu.

"Ha tunggu apa pergi lah panggil along tu..". Arah lelaki itu kepada mama. Mama segera berlalu keluar dari dapur ingin memanggil Ayyan.

"Ha kamu kenapa berdiri duduk lah". Tegur lelaki tua itu apabila melihat aku hanya berdiri tak jauh dari dia.

"Tak pe lah. Terima kasih". Segan mahu duduk bersama lelaki tua itu. Mama dan Ayyan pon belom duduk lagi tak kan dia nak duduk pulak.
"Duduk je lah. Nak segan buat apa". Balas lelaki tua itu lagi. Lelaki tua itu seperti mengerti apa yang dipikirkan oleh Dhia.

Dhia hanya tersenyum menampakkan giginya.

"Ha kenapa ni?". Tegur mama bila melihat lelaki tua itu melihat Dhia.

"Dhia ni abang dah suruh duduk dia tak nak. Segan nampaknya". Kata lelaki tua itu kepada mama.

"Nak segan apa Dhia mari duduk sebelah mama sini". Ajak mama. Mama mengambil tempat di kanan lelaki tua itu. Manakala lelaki tua itu duduk di tengah.

Ayyan berlalu disebelah aku dan terus mengambil temoat di hadapan mama di kiri lelaki tua itu.

"Dah dah duduk je". Tegas mama. Dhia mengambil tempat di sebelah mama.

"Ni mama nak kenalkan. Ini papa Ayyan. Suami mama". Ujar mama selepas aku melabuhkan duduk.

"Assalamualaikum...". Dhia berjeda seketika tak tau nak panggil lelaki tua yang bergelar papa Ayyan itu apa.

"Waalaikumsalam. Panggil papa je". Arah lelaki tua itu.

"Baik pa.. papa". Tergagap Dhia dibuatnya. Malu, segan. Kelu lidah nak menyebutnya
"Dah dah jom makan". Ajak papa sambil matanya memerhatikan lauk yang terhidang di atas meja.

"Sapa masak ni mama?". Soal Ayyan yang sedang makan.

"Dhia dengan mama". Jawab mama. Matanya melihat Dhia dan memberi senyuman yang manis.

"Ouhh patut lah sedap semacam je. Pandai kamu masak Dhia". Puji papa sambil senyuman yang menunjukkan dia berpuas hati. Ayyan turut menganggukkan kepala.

"Mana ada, Dhia tolong sikit je. Mama yang buat banyak". Nafi Dhia. Pipinya membahang apabila dipuji.

"Mana ada abang, memang Dhia yang masak semua ni. Mama tolong sikit sikit je".
Mama tersenyum riang.

"Tak ada lah mama ni". Makin malu Dhia dibuatnya.

Ayyan menjadi permerhati saja. Sekali sekala dia tersenyum.

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now