Bab 41 [ODP]

37.8K 1.2K 165
                                    


Maaf kalau cite aku men 'down' kan mood korg nak bace 😭. Sake nak kejam sikit. Alo kejamnye 1 , 2  part je tak byk pon. Takpe lepas ni author wat adegan yg sweet sweet je okay walaupun author tak reti nk sweet sweet ni 😅✌.

Nk enjoy. Maaf kalau ada kekurangan

--------

Ayyan terdahulu sedar dari tidur berbanding Dhia yang elok lena dalam dakapan Ayyan. Dhia yang didakapannya di peluk erat dengan berhati hati supaya tidak mengejutkan Dhia dari tidur.

Sebaik Dhia meluahkan perasaan kesal terhadap Ayyan pada malam semalam terus dia tertidur akibat terlampau penat. Mungkin?

Ayyan mengusap rambut Dhia lalu kepala Dhia di cium. Ayyan menarik Dhia ke dalam pelukan lagi. Perasaan kesal memenuhi ruang hati.

Harap pagi ni semuanya okay. Harap Dhia sudah memaafkan kesalahan dirinya. Tak lama kemudian Ayyan turut terlelap kembali bersama Dhia ke alam mimpi

Paginya Ayyan tersedar dari tidur apabila cahaya matahari memasuki ruang biliknya. Ayyan bangunkam sedikit badan dengan mata yang tercelik sebelah sahaja sebelum dia menutup kedua mata kembali.

Tangan kanan meraba ke sebelah mencari isterinya. Namun kosong. Terbuka matanya lalu meliar mencari Dhia. Tiada. Tahulah dia bahawa Dhia sudah bangun terlebih dahulu dari dia.

Selesai menyegarkan tubuh badan. Ayyan turun ke bawah mencari kelibat Dhia. Terjenguk kepala dia mencari Dhia di ruang tamu. Nampaknya tak ada juga.

Sehinggalah mamanya menepuk bahunya secara senyap sambil bertanya

"Cari Dhia ke along"

Ayyan pantas memusing melihat mamanya dengan riak wajah yang terkejut. 

"Ouh. Ya. Dhia mana?". Tak tahu kenapa tengkuk di gosok secara tiba tiba. Malu mungkin?

" Dhia ada dekat dapur tolong mama. Jangan risau tak lari mana bini kesayangan kamu tu. Ada je dengan mama"

Usik mama sambil berjalan ke arah dapur. Nak sambung masak balik tadi baru lepas  panggil sang suami turun makan. Bila turun je bawah ternampak pulak anaknya terjenguk jenguk mencari sesuatu.

Ayyan tersengih malu. Pandai mamanya mengusik begitu. Dia membontoti mama masuk ke dapur. Sampai di dapur kerusi di tarik lalu melabuhkan punggung di situ.

Dhia yang sedang menghidang mengangkat muka memandang Ayyan. Hanya sekilas Ayyan di pandang selepas tu pandangan di alih sebaik papa mertuanya masuk ke dapur.

Dhia mengambil tempat di sebelah Ayyan tanpa bersuara. Papa dan mama diam sambil memandang sesama sendiri. Melihat keheningan daripada anak dan menantunya segera dia bersuara

"Ha sarapan lah. Ambil ni makan. Harini menantu kita masak". Tersenyum riang mama sambil mencendok mi goreng ke pinggan suaminya.
"Nampak sedap ni belum rasa lagi kan sayang". Tambah papa pula. Saja nak hebahkan pagi ni.

Dhia tersenyum melihat gelagat papa mama yang memujinya.

Selepas papa dan mama sudah mengambil mi goreng kini giliran Dhia pula. Di cedok mi ke pinggan Ayyan terlebih dahulu barulah dia selepas itu.

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now