Bab 38 [ODP]

31.1K 1.1K 61
                                    

Okay hye korang. Maaf lame tak update cite ni. Aku minta maaflah kalau cite ni semakin membosankan? Aku tau kalau korang rasa cam tak best dah. Aku pon tak tahu lah sebab idea takdek ni. Lagi lagi sekang busy dengan keje khusus lagi. Pas cuti nak trial pulak.

Dengan mark PPT aku merundum agak teruk. Rasa cam tak tau lah. Maaflah kalau wat korang rasa tak selesa bace cite ni😭. Sorry 💕

----------------------------------




Dhia merenung kosong ke arah langsir yang menutupi sliding door di bilik kurungannya. Dia bangun lalu menarik langsir tersebut sehingga memancarkan sinaran matahari ke dalam bilik.

Dhia menarik sliding door itu agar terbuka malahnya tidak berjaya kerana telah di kunci.

Harini genap seminggu dia di kurung oleh Ayyan. Ayyan pula sejak semalam tidak datang ke sini. Mungkin sibuk dengan kerjanya.

Dhia bersyukur apabila Ayyan tidak datang atau menjenguk dia. Lapang dada dia apabila tidak melihat wajah Ayyan. Sejak dari mana Ayyan bersikap kasar dengan dirinya semakin menebal perasaan benci terhadap Ayyan.

Tidak tahu bagaimana mahu melepaskan diri dari penjara yang di cipta oleh Ayyan. Nasib dia juga kerana melawan Ayyan. Macam mana dia tak melawan Ayyan kalau Ayyan sendiri yang mencari masalah.

Makanan juga dihantar oleh orang suruhan Ayyan. Dapat lah Dhia mengisi perut tanpa menghadap Ayyan.

Lamunan Dhia terhenti apabila kedengaran bunyi enjin kereta memasuki kawasan rumah. Terlihatlah Ayyan yang keluar dari kereta dengan lagaknya sendiri.

Cepat Dhia menutup langsir kembali dan mengelumang di dalam selimut. Bunyi gugusan kunci di luar mendebarkan hati Dhia.

'Macam mana kalau Ayyan naik angin lagi? Macam mana kalau dia pukul aku pulak. Tak mustahil Ayyan akan naik tangan dekat aku'. Suara suara dari hati Dhia yang ketakutan. Sedikit demi sedikit badan Dhia mula menggigil.

Ayyan dengan senyuman sinis dia melihat Dhia yang bergelumang di bawah selimut. Perlahan Ayyan  naik ke atas katil. Lagaknya seperti perogol bersiri 😅

Sekali rentap terus tercampak selimut Dhia ke atas lantai. Bagaikan nak tercabut jantungnya kini melihat Ayyan yang tersenyum sinis. Mengerikan.

Tubuh Dhia di hampiri lalu pinggang Dhia di tarik selepas Dhia cuba menjauhkan diri dari dia.

Dhia menolak dada Ayyan supaya terlepas dari pelukan. Malang bagi Dhia apabila Ayyan dengan sennag hati mengeratkan lagi pelukan.

Kini mereka bertentangan antara satu sama lain. Ayyan dengan wajah innocent memerhati segenap wajah kekasih hatinya. Rambut yang menutupi separuh wajah Dhia di selak ke belakang telinga.

"You so beautiful girl". Rambut Dhia di main mainkan. Dhia sedaya supaya menahan diri dari menjerit supaya Ayyan berhenti.

Beralih pula ke bibir Dhia. Di usap usap penuh sayang. Dhia mengikuti gerak jadi Ayyan yang menarik di bibirnya.

Pandangan Ayyan sungguh suci ketika bertentangan mata dengan Dhia. Segera Dhia melarikan matanya.

" Dah makan ke?" Soal Ayyan sambil merenung Dhia yang gelisah dalam dakapan dia.

"D-Dah" Jantung Dhia berdetak hebat. Anak mata Dhia larikan apabila terperasaan Ayyan merenungnya.

Perasaan takut pada Ayyan masih ada. Takut akan Ayyan hilang kawalan.

"Kenapa lari dari aku. Kau tak suka aku ke?" Pelukan dieratkan. Dan pandangan Ayyan larikan ke seluruh wajah Dhia yang seakan takut.

Masih dalam posisi yang sama lalu Dhia menunduk ke bawah sedikit. Secara senyap kini berubah kepada esakan yang mulanya perlahan sehingga sedikit kuat.

Makin Ayyan eratkan pelukan pada tubuh Dhia. Dagu Ayyan letak ke atas kepala Dhia yang menunduk sambil menangis.

Ayyan bergumam dengan cara memujuk. Yang keluar dari mulut Ayyan hanya 'shuu shuuu' sambil mengusap belakang Dhia.

Kini Ayyan menjauhkan kepala dia dari Dhia lalu mendongakkan dagu Dhia memandang wajahnya. Nampak jelas Dhia menangis sambil mengetap bibir.

Ibu jari Ayyan bergerak menyapu air mata yang laju meluncur dari mata.

"Aku minta maaf. Kalau kau tak lari aku tak akan buat macam ni Dhia. Kau lari kenapa? Apa yang aku buat salah ke? Salah? Aku cuma nak kau Dhia! Kau!".

Ibu jari Ayyan bergerak ke hujung bibir yang pecah akibat di tampar oleh Ayyan sendiri. Pada waktu itu dirinya bagaikan di rasuk setan. Sehingga menampar Dhia mengakibatkan luka dan pecah.

Nasib baik dia masih dalam keadaan terkawal tidak membelasah Dhia lagaknya dengan orang bila dia tidak berpuas hati. Kalau tak. Pasti bengkak dan lebam teruk.

Hati dia masih penuh sayangkan Dhia mana mungkin dia akan mencederakan akan Dhia melainkan kesabaran dia betul betul tipis.

Dhia tersedu sedu menangis. Mata di pejam serapat mungkin. Kedua tangan Dhia genggam seerat boleh menahan rasa.

Ayyan menyeluk ke tepi leher Dhia yang mengiring menghadapnya lalu menarik Dhia ke dadanya. Hujung kepala Dhia Ayyan cium bertalu talu.

" I'm sorry "





Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now