Bab 47 [ODP]

28.2K 989 44
                                    


"Auch sakit lah! Perlahan lah sikit hoii!". Marah Nasrul bila kakaknya Athar menekan tempat yang muka dihujung bibir akibat terkena tumbukan sang suami kepada Dhia.

" Ha! Padan muka! Geram aku ni! Kau dah tau Dhia tu dah ada laki kau peluk tu kenapa! Apa ke sengal sangat kau ni! Aku dah kata banyak kali jangan kacau Dhia tu!! Kan kau mendapat dah ni! Elok sangat la dengan muka kau tu!".

Bidas Kak Athar geram. Balik ke rumah dengan keadaan yang luka lebam teruk dekat muka tu!

"Aku tak sengaja la bodoh! Aku terrr peluk Dhia! Aku nak sapa dia je ntah macam mana tetiba je aku peluk dia!. Sakit woo kena penumbuk. Rasa nak patah rahang aku!".

Nasrul menyentuh tempat yang ditekan oleh kakaknya tadi. Sakit! Perit doh! Kuat seyy laki Dhia tu. Berkerut wajahnya menahan sakit.

" Kau tu yang salah! Gatal sangat kan! Si Atirah tu nak kat kau jual mahal! Punya budak tu jumpa kau , datang rumah sebab suka kau! Kau pulak yang berlagak! Sombong!".

Kak Athar menyambung kembali menyapu ubat secara perlahan. Kang melalak pulak budak ni. Dah muka macam tak serupa orang dah!

Budak Si Atirah tu suka kat dia dia tak nak! Jual mahal! Bukan taste lah! Apa lah!

"Tak nak aku! Dia yang syok kat aku! Tak kuasa aku nak kat dia! Dah lah tak reti bergaya! Pakai tudung pon senget!". Kutuk Nasrul dalam pada sakit tu sempat lagi nak mengutuk! Tak sedar diri.

Membulat mata Kak Athar mendengarkan perkatan yang keluar dari mulut Nasrul. Kapas ditekan sekuat hati di pipi yang lebam.

" Kau ni memang tak sedar diri kan! Bersyukur la ada orang minat kau! Suka kau! Sayang kau! Daripada kau kejar isteri orang buat apa! Kalau sebab tak reti bergaya , pakai tudung tak betul tu boleh di ajar! Kau patut cermin diri kau sebelum nak mengutuk! Kau fikirlah baik baik! Malas aku nak layan kau ni! Jangan sampai si Atirah tu fed up ngan kau! Baru kau tau! Dah lah! Menyampah aku!".

Menjerit kuat Nasrul sakit! Kain buruk yang berada di tepi kaki dikutip lalu laju tangan Kak Athar mencampak ke muka Nasrul.

"Oii! Bodoh! Kotorlah!".

Makin Nasrul. Sudah lah sakit bukan nak menolong! Tak lama selepas beberapa saat Nasrul mula memikirkan Atirah.

Betul ke Atirah suka aku? Tapi dah lama budak tu tak datang tengok aku , kacau aku. Mana perginya? Tak akan merajuk kot.

"Patut ke aku lupakan Dhia?". Nasrul menyoal dirinya sendiri. Kepala terdongak ke atas apabila bersandar di penghadang belakang sofa.

" Patut! Dhia dah bergelar isteri orang Nasrul. Suami dia ada yang cukup sayang dia dan boleh lindungi dia".

Balas suara hatinya. Nasrul mengetap bibir bersama mata yang tertutup.

"Aku cuba". Nekad Nasrul. Betul jugak buat apa suka kan perempuan yang sudah bergelar isteri orang. Aku percaya Ayyan boleh jaga Dhia dengan baik.




--------------










Dhia menghidangkan makanan yang telah dia masak di atas meja makan. Lincah tangannya menyusun apa yang patut. Sejak perkara yang berlaku pada tiga hari lepas , sekarang semuanya berbalik kepada biasa.

Cuma ....

Kadang kadang perangai Ayyan tidak dapat dijangka. Kadang baik dan sebaliknya. Dhia terpaksa beralah jika sesuatu yang Ayyan arahan dirasakan tidak berpatutan.

Walaupun sebenarnya Dhia ingin melawan. Tapi kalau melawan takut perangai Ayyan menjadi ganas.

Sedang elok termenung , Ayyan memasuki dapur. Galak anak matanya memerhatikan belakang tubuh isterinya yang berdiri tegak.

Segera belakang isterinya di hampiri lalu tangannya melingkar di pinggang Dhia. Berpaling Dhia ke belakang. Hilang semua yang difikirkan sebentar tadi.

"Termenung apa. Apa yang kau fikirkan". Makin erat pelukan Ayyan lingkarkan. Dhia hanya berdiam diri. Mana mungkin dia mahu menolak.

" Tak ada apa. Abang jom makan. Dah siap dah ni". Sekarang baru Dhia perasan yang Ayyan langsung tak memakai baju. Hanya seluar pendek yang ada di tubuh Ayyan.

Ayyan menyengetkan kepala di bahu Dhia untuk melihat wajah malu isterinya.

"Makan tu nanti nanti boleh makan. Aku nak kita keluar malam ni".

Pipi Dhia di cium sekali lalu pelukan dilepaskan. Dhia berganjak ke tepi sedikit memberi ruang kepada Ayyan.

Nasi disenduk masuk ke pinggan. Ayyan menyungging senyuman sinis. Tahu yang Dhia malu bila ditatap oleh dirinya.

Selesai menghidang makanan untuk Ayyan , Dhia bergerak ke tempat di hadapan Ayyan. Namun belum sempat berbuat begitu pinggang Dhia di tarik sehingga terjatuh di atas tiba Ayyan.

Nasib Ayyan menyambut Dhia duduk dengan lembut.

" Duduk sini. Tak payah duduk jauh jauh. Kongsi je makanan ni dengan aku". Ujar Ayyan. Pinggang Dhia di pegang kuat supaya tidak terjatuh.

Dhia mengangguk faham. Perutnya yang mula membukit diusap perlahan. Tak sabar nak tunggu perut ni besarr! Ada baby! Huhu

"Kenapa? Dah tak sabar nak tunggu baby keluar?". Ayyan ternampak tangan Dhia yang membulat menggosok perut di sebaik T-shirt yang di pakai.

Dhia tersengih malu. Kantoi pulak!

" Haah tak sabar! Nanti mesti happy! Riuh je". Dhia menunduk melihat perutnya. Bukan nampak pun sebab dilindungi baju dia.

"Sengih sengih. Ngap atas meja ni kang!". Gurau Ayyan. Geram pulak bila tengok bininya tersengih sengih. Pipi tu macam tersembul keluar.

" Abangg!!!". Jerit Dhia lalu dada Ayyan digigit sebagai balasan. Ngadala!

"Gigit dada aku pulak. Gigit dada kau kang marah aku! Kata gatal lah apa lah! Kau gigit tak apa pulak". Ayyan berpura pura menggosok dadanya yang baru digigit oleh Dhia sambil membuat muka yang mengejek.

" Jahatlah!". Dada yang digigit tadilah tempat Dhia menyembamkan wajahnya. Kalau boleh nak masuk ke dalam dada Ayyan. Gatal!

Ayyan selamba meneruskan makan tanpa menghiraukan Dhia yang malu tapi mahu itu.

--------


Sorry tak best! 😅

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now