Bab 44 [ODP]

31K 1K 80
                                    


Enjoy! 💕🎉🎈

-----

Uwerkk! Uwerkk!

Dhia memegang tepi sekeliling singki batu yang berwarna putih di dalam bilik air kuat. Tubuhnya terasa begitu lemah. Dari pagi tadi selepas Ayyan bergerak ke tempat kerja dirinya mulai muntah dan pening pening.

Dhia menekan kepala pili yang mengeluarkan air , langsung mencuci mulutnya. Dhia berkumur kumur mahu menghilangkan bau dan rasa yang tidak enak dalam tekaknya.

Sepuas Dhia mencuci dia keluar dengan langkah yang lemah longlai. Katil di tuju dan terus membaringkan badan dengan berhati hati. Tepi kepala dipicit bagi mengurangkan rasa pening yang semakin kuat.

Rasa tak larat menguasai diri Dhia. Tubuhnya benar benar lesu. Tambahan lagi dia baru bersarapan itupun sikit sahaja yang boleh masuk ke pastu angin dalam perut menolak keluar kembali dan inilah hasil yang terjadi ; terbaring lemah , lesu dan tidak bertenaga.

Akibat menahan rasa pening dan loya, tak lama kemudian Dhia tertidur dengan rasa pening yang masih lagi ada.

----

"Afran" Panggil Ayyan pada PA nya yang sedang lincah menaip di papan kekunci.

"Ya Tuan". Jawab Afran dia berdiri memberi perhatian kepada bosnya. Dulu bosnya ialah ayah kepada Ayyan sekarang jawatan diberi kepada anaknya ; Ayyan. Bukan sekarang tapi sudah lama juga lah.

" Aku nak keluar maybe lepasni aku tak masuk lagi dah. Kalau ada apa apa kau tau kan nak buat apa?". Jelas Ayyan matanya sibuk mengerling jam tangan yang terletak kemas di tangan kirinya.

"Baik Tuan. Nanti kalau ada apa apa saya telefon Tuan saja". Afran menunduk kan sedikit badan apabila Ayyan mengangguk yang bermaksud okay.

Ayyan membuka langkah terus ke dalam lif. Sampai di lantai bawah Ayyan tidak menunggu lama dia keluar membuka langkah ke kereta.
Sempat beberapa pekerjanya memberi ucapan dan menyapa Ayyan malah Ayyan hanya mengangguk tanpa sikit pun melihat siapa yang menyapa dia. Lagi lagi pekerjanya ialah perempuan.

Cukup tidak berkenan dia melihat pekerja perempuan yang tersengih sengih macam ulat naik daun. Disebabkan itu dia langsung tidak memberi muka kepada perempuan lain yang ada di dalam atau luar kehidupannya. Kecuali isterinya Dhia dan family dia sahaja.

Kereta di pandu menyusuri lebuh raya yang sesak kerana sudah masuk waktu makanan tengahari. Ayyan lebih rela pulang ke rumah makan bersama isterinya daripada makan di luar.

Sampai di kawasan rumah Ayyan mengerling cermin seketika dan berlalu masuk ke rumahnya. Enjin kereta di tutup. Ayyan memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

Pintu di tutup kembali sambil kepalanya terjenguk jenguk mencari bininya yang cute ni. Selalunya Dhia akan menyambut dia tapi kenapa harini tidak?

"Dhia..". Lembut Ayyan menyebut nama isterinya. Dapur dituju. Mungkin isterinya berada di situ tidak sedar bila dia balik? Mungkin juga?

Tapi hampa kelibat isterinya tidak kelihatan. Tudung saji yang ada di atas meja di buka .. Tiada makanan yang baru dimasak untuk makan tengahari yang ada hanya nasi goreng itupun pagi tadi punya.

Tudung saji di tutup kembali. Kaki menapak menaiki tangga. Dalam hatinya mula rasa terbakar sedikit demi sedikit. Penat penat dia balik nak makan tengahri tapi apa yang jadi?

Dhia pergi mana? Duduk atas ke pergi keluar? Hati Ayyan semakin penasaran laju dia bergerak sehingga lari lari anak menuju ke bilik tidur.

Sebaik pintu bilik terbuka dirinya bagai terbakar sekali lagi. Dhia senang hati tidur. Ayyan mendekati isterinya dengan perasaan sakit hati yang menguasai diri baru ini.

Elok sahaja berdiri di tepi katil sambil mata melihat wajah Dhia terdetik hatinya. Kenapa? Kenapa wajah Dhia pucat sangat. Tak cukup itu bibir Dhia juga berubah putih , pucat. Lengan Dhia letak di atas dahi.

" Hey Dhia. Bangun sayang. Kenapa ni". Sedikit sebanyak hatinya yang rasa panas beransur bertukar menjadi risau. Tak pasal pasal fikir buruk tentang Dhia.

Pipi Dhia ditepuk perlahan untuk mengejutkan Dhia bangun. Tiada niat ingin berkasar langsung. Dhia membuka matanya bila terdengar suara suaminya memanggil.

"Abang". Dhia menyebut lemah. Matanya berpinar pening. Dhia yang cuba bangun dibantu oleh Ayyan sehingga posisi Dhia berubah dari baring kepada duduk

" Kenapa ni Dhia. Kenapa pucat sangat ni. Dah makan ke belum". Tanya Ayyan dengan perasaan yang penuh kerisauan. Pipi isterinya di tekup dengan menggunakan kedua tangannya supaya Dhia memandang dia.

"Tak tahu. Kepala Dhia pening. Dah makan sikit tapi keluar balik.. " Dhia menelan air liur payah. Lidah terasa haus , kering.

".. Abang dah makan? Maaf Dhia tak sedar ... Tadi Dhia tidur tahu tahu Abang dah balik.. Abang nak makan ke?.. Dhia boleh masakkan".

Dhia dalam keadaan macam ni masih memikirkan suaminya. Bibir Dhia tersenyum walaupun masih lemah.

" Abang tak lapar. Tak apa Dhia berehat biar abang masak bubur sekejap. Dhia tak sihat ni. Ni nampak ni bibir pucat sangat ni.."

"Tapi..."

"Dah tak ada tapi tapi. Biar Abang masak bubur sekejap. Sayang jangan bangun still duduk macam ni. Kalau sayang bangun siap sayang".

Saja Ayyan memberi arahan begitu biar Dhia takut sedikit. Kalau tak asyik tapi tapi je. Akhirnya Dhia mengangguk tanda membenarkan Ayyan memasak.

Tak sampai 30 minit Ayyan datang kembali bersama sebuah dulang yang mengandungi bubur dan air kosong yang tidak sejuk hanya suam suam

Dulang di letak ke atas meja yang memnag ada di tepi katil. Lalu mangkuk berisi bubur digapai bawa ke katil. Ayyan duduk di katil berdekatan Dhia.

Bubur dikacau dahulu lalu ditiup supaya panas bubur yang baru dimasak berkurang. Baru nak suakan ke mulut Dhia , Dhia menolak.

" Dhia tak basuh muka lagi". Dhia menolak kerana belum membasuh muka lagipun kan baru bangun tidur. Lain rasanya kalau terus makan tanpa basuh muka dulu.

"Larat ke nak bangun? Tak apa biar Abang ambil air Dan tuala bawa kat sini. Kang sayang jatuh kan dah susah". Bebel Ayyan. Mangkuk di letak semua ke atas dulang.

Bibir pucat Dhia melengkung membentuk satu senyuman apabila melihat Ayyan yang bersungguh jaga dia yang sakit ni.

Ayyan membawa besen yang berukuran kecil dengan tuala di tangan. Tempat tadi diambil selepas itu tuala di basahkan lalu mengelap seluruh genap wajah Dhia penuh lemah lembut.

Sesudah mengelap kini bubur pula diberi kepada Dhia supaya perut isterinya tidak kosong. Sampai di suapan ke lapan Dhia sudah menolak.

" Dah kenyang tak larat". Ayyan mengecilkan kelopak mata. Dhia beria angguk cakap dah kenyang.

"Abang makan lah pulak Dhia tau Abang tak makan lagi kan. Atau nak Dhia masakkan Dhia boleh je ni". Ujar Dhia lebih ceria dari tadi sebelum makan

" Eh! Eh! Budak ni. Baru nampak sihat sikit dah nak buat kerja. Tak apa biar Abang makan bubur ni". Ayyan tanpa rasa geli menyuap bubur lebihan isterinya ke dalam mulut.

Sedang senang makan tiba tiba tubuh Ayyan di peluk dari tepi oleh Dhia. Terkejut Ayyan nasib tak tumpah bubur yang dipegang.

"Terima kasih Abang. Sayang abang". Ucap Dhia sambil mencium biceps kanan Ayyan yang di selindung oleh lengan kemeja.

Bau Ayyan nyaman...




















Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now