Bab 33 [ODP]

31.4K 1K 65
                                    

( terbaru ) edit

---

Dhia menuju ke luar rumah apabila bunyi busing kedengaran. Terhendap hendap dia keluar. Jantung berdetak hebat.

Apa benda tu!. Bisik hatinya takut. Digagah juga keluar. Dia meloloskan diri melalui pagar yang sedia terbuka. Tong sampah yang terjatuh didekati apabila ada bunyi datang dari situ.

Nafas dihembus lega. Kucing je rupanya, ingatkan apa tadi. Kucing yang menyelongkar tong sampah didekati lalu dia mencangkung menghadap kucing tersebut.

"Hey lapar ke? Kenapa selongkar sampah ni. Lapar ye? Meh! sini Dhia bagi dia makan okay. Alah siannya dia ni. Comel!".

Kucing tersebut didukung seperti bayi. Kepala kucing diusap usap sayang. Bangun saja dari mencangkung mulutnya ditekup mengejut. Terlepas kucing Dari pelukan dia lalu berlari pergi.

Sempat Dhia mengerling wajah yang menekup mulutnya. Dia ingin menjerit tetapi terhalang dek kain yang menutup mulutnya. Lalu dia tidak menyedarkan diri. Pengsan.

Ayyan menyambut tubuh Dhia yang jatuh melorot. Tubuh Dhia didukung kuat. Maafkan aku Dhia! Kau yang paksa aku! Gumam Ayyan.

----

Dhia yang terikat pada kerusi sedar dari pengsan. Membulat matanya melihat dirinya yang tidak terurus. Dengan kena ikat atas kerusi. Tudung hilang kemana.

Menitis air mata malu Dhia. Sapa yang buat macam ni? Kepala Dhia berputar mencari maklumat bagai mana dia boleh ada disini. Terlayar perkara yang terjadi malam tadi.

Ayyan! Iya! Ayyan!. Ayyan yang bawa dia ke sini Kenapa Ayyan bawa aku ke sini? Kenapa dia culik aku? Kenapa? Berbagai persoalan muncul.

Klik! Pintu dibuka. Barulah cahaya menyinari bilik yang agak gelap tadi. Wajah ayyan yang bersahaja menyapa pandangan Dhia.

"Ayyan.. Awak buat apa ni..? Kenapa buat saya macam ni? Lepaskan saya Ayyan..". Rintih Dhia sayu. Air mata mengalir bagai tidak mahu berhenti.

Ayyan merapati Dhia. Dagu Dhia diangkat supaya melihat dirinya.

"Kau rasa kenapa aku buat kau macam ni?". Soalan dibalas dengan soalan oleh Ayyan. Hujung bibirnya terlukis senyuman sinis..

Air mata Dhia yang mengalir membasahi pipi di lap oleh Ayyan menggunakan ibu jarinya. Dhia memejamkan mata ketakutan. Kenapa Ayyan menakutkan?

"Kau yang paksa aku buat macam ni sayang.. Kalau kau tak tolak pinangan aku... Aku tak kan buat macam ni pada kau... Aku sayang kau.. Aku cinta kau... Tapi kau... Kau buat aku macam tak Ada maruah! Kau tolak pinangan aku sial!! Jahanam kau!!"

Rambut Dhia di rentap kasar. Mengaduh sakit Dhia dibuatnya. Makin galak air matanya keluar. Kenapa Ayyan berubah terlalu cepat.

"... Aku akan buat kau menyesal sebab tolak aku! Dhia...". Wajah Ayyan sungguh menakutkan hati kecil Dhia. Menggeletar tubuh halus Dhia bila rambutnya mula dibelai oleh tangan kasar Ayyan.

Perlahan Ayyan mendekati lalu menyatukan dahinya dengan Dhia. Keluar esakan dari mulut Dhia. Ayyan mengusap selembutnya pipi Dhia.

"Janganlah nangis.. Aku tak suka kalau kau nangis.. Kau buat aku rasa macam aku ni yang bersalah.. padahal kau yang salah bukan aku..".

Ayyan seakan membisik. Dhia cuba menjauhi diri dari di sentuh oleh Ayyan. Secara senyap Ayyan melepaskan ikatan di tangan Dhia. Sepantas kilat Dhia berada di dalam cempungan Ayyan.

"Aw.. Awak nak bu.. buat apa ni Ayyan... Turunkan saya..". Dhia menolak dada Ayyan. Ditumbuk supaya melepaskan dirinya. Dhia seakan tahu apa yang Ayyan hendak buat.

Katil di tuju. Ayyan mencampak Dhia ke arah katil. Dhia yang tidak bersedia terjatuh kasar. Sakit pinggangnya terhentak pada katil secara ganas.

Tubuh Dhia di tindh Ayyan. Tersentak Dhia. Making kuat rontaan yang Dhia buat supaya terlepas.

Ayyan memang gila!!

"Shh.. Shh.. Aku tak buat apa pun pada kau.. Cuma nak bagi pengajaran sikit je.. Jangan takut..". Ayyan membelai pipi dan rambut Dhia. Sesekali di cium bay rambut Dhia.

Esakan bertambah kuat yang keluar dari mulut Dhia. Ya Allah bantu aku! Rintih Dhia di dalam hati. Begitu hebat ketakutan yang dia rasa apabila Ayyan berperangai sebegini.

"Aku tak buat apa apa dekat kau tahu.. Sebab aku sayang kau... Aku cuma nak kau tengok sesuatu je ni.. Aku harap kau tengok dengan tekun...".

Ketawa sinis terbit dari Ayyan. Dia bangun dari menindih Dhia. Tubuh Dhia diangkat lalu di letakkan di atas ribanya. Dhia masih memeluk tubuhnya. Tak berani mahu melawan Ayyan.

"Aku nak kau tengok tau.. Ni hukuman untuk kau sebab tolak aku....".

Cup! Pipi Kiri Dhia di cium Ayyan sekilas sebelum butang remote di tekan ke arah Television yang tidak jauh dari tempat duduk mereka.

Dhia mengelap perlahan. Tidak suka di lakukan sebegitu. Wajah yang tunduk di angkat bila terdengar suara orang merayu.

Dahinya berkerut. Aku kenal suara tu.. Tu bukan suara Suha ke? Terus television di lihatm terpampang wajah Suha yang ketakutan. Tudungnya sudah hilang sama seperti diri Dhia. Jantungnya berdetak tidak berkeruan.

Terbuntang matanya melihat seorang lelaki tanpa baju di hadapan adiknya yang sedang duduk di lantai sambil menangis.

Dipandang Ayyan sekejap dan beralih ke television.

"Ap---". Jari Ayyan di letak pantas ke atas bibir Dhia yang ingin bertanya. Ayyan mengeleng memberi amaran supaya Dhia tidak mengeluarkan suaranya.

"Tolong aku merayu jangan buat aku macam ni..". Cukup pedih hati Dhia mendengar adiknya merayu seperti itu pada remaja lelaki yang wajahnya tidak kelihatan jelas.

Dhia turut menangis sayu. Adik...

"Aku nak balas apa yang kau dah buat dekat aku semalam...".

Serentak itu wajah Suha di tampar berkali kali oleh remaja lelaki tersebut. Kuat bunyi tamparan yang Suha terima.

Dhia mencengkam baju Ayyan. Air mata dibiarkan mengalir..

Makin kuat Dhia meraung meminta Ayyan berhentikan perbuatan remaja tersebut kepada Ayyan apabila remaja itu bertindak mengoyakkan baju adiknya.

"AYYAN! Berhenti! Suruh dia berhenti Ayyan!! Kenapa buat saya macam ni kenapa!! Ayyan! Saya minta maaf tolong hentikan semua ni.. Adik saya.. Ayyan!!".

Keluar jeritan Dhia. Meraung dia sekuat kuatnya. Makin kuat raungan.. Rayuan yang Dhia keluarkan pada Ayyan supaya memberhentikan remaja lelaki yang terus menarik Suha













"Aku boleh hentikan kalau kau nak...
















Tapi....."













MAAF LMBT UPDATE. Still Ada yg tunggu ODP ni ke?. Idea kering.. Tk dek idea. Tu je Ada.. Aku maybe akan tunjukkan Ayyan perangai dia macam mana.





Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now