Bab 3 [ODP]

41.4K 1.5K 8
                                    

" Good morning akak". Sapa adiknya sambil menepuk belakang bahu Dhia.

Terhinjut bahu Dhia apabila ditepuk mengejut semasa dia sedang menyediakan saparan pagi. Terkejut dibuatnya. Kus semangat. Nasib tak ada sakit jantung kalau tak gol dah sebab terkejut.

" Morning adik akak yang cute ni". Dhia mencubit pipi adiknya sekuatnya. 

Btw aku belum kenalkan sapa adik aku kan!. Okay meh aku kenalkan. Nama dia Nasuha Nurul Batrisyah. Umur? Korang dah tahu kan. Okay tu je kot. Btw nama adik dan aku cuma beza dekat depan je. Aku Nadhia dan adik Nasuha. Pandai ibu dan ayah bagi nama.

Suha dan Dhia sarapan bersama sama. Dhia melihat Suha mengerling jam tangan pemberian arwah ayah. Cepat saja Suha menghabiskan makanan.

" Okay akak, adik pergi dulu ye dah jam 7.00 pagi ni". Suha segera bangun dan memakai beg sekolahnya.

" Nak pergi dah ke?. Jum lah kita pergi sama sama, akak nak gerak sekarang je lahh nak cari kerja". Dhia segera menghabiskan roti dan air milo, sebelum meletakkan cawan ke dalam singki.

" Akak nak pergi sekarang ke?. Nak teman adik sekali pergi sekolah ke?". Tanya Suha sambil mengambil buku untuk di bawa menggunakan tangan dan segera berlalu ke ruang tamu.

"Yup, akak nak teman adik harini pergi sekolah". Dhia mengikuti Suha ke hadapan pintu dan memakai kasut.
Dhia mengunci pintu rumah dan pintu pagar.

" Mari sini akak bawakan buku dan botol air tu".  Dhia membantu Suha membawa bukunya. Saja sekali sekala bukan selalu temankan Suha pergi ke sekolah.

" Okay thank you akak, muahh". Suha menghadiahkan ciuman di pipi dan tangannya berpaut pada lengan Dhia. Dhia hanya tersenyum melihat gelagat adiknya. Manja!

Dalam perjalanan Suha banyak menceritakan pasal sekolah , gelagat murid murid lain dan macam macam. 10 minit kemudian sampai di depan sekolah. Rumah mereka dan sekolah tidak jauh pun dekat saja, jalan kaki pun cepat sampai kalau lari mahu 5 minit.

" Nah buku dan air botol adik". Dhia memberikan kepada Suha lalu Suha menyalami tangan Dhia.

Dhia melihat di depan pagar sebelum masuk ke sekolah  ada 3 orang budak lelaki sedang melepak. Budak lelaki itu melihat Suha dan seperti berkata sesuatu kepada Suha semasa Suha lalu melintasi mereka, tetapi Suha tidak melayan mereka.

Nampak gaya macam budak nakal saja. Dengan baju terkeluar, butang baju atas  terbuka dan paling buruk dekat tangan mereka ada sesuatu yang berasap iaitu rokok. Kenapa budak tu boleh merokok depan sekolah cikgu tak marah ke?. Haihhh budak sekarang selamba je.

Dhia meneruskan niatnya untuk mencari kerja. Merata rata tempat Dhia tuju dan di pelbagai kedai dan restoran. Tetapi tiada satu pun yang memerlukan pekerja.

Dhia melihat jam yang sudah jam 8.50. Masa berlalu dengan cepat tanpa dia sedar. Dhia membeli air mineral sejuk untuk melegakan tekak yang sudah haus.

Dhia duduk di kerusi yang ada disediakan di tepi pokok. Sedang dia minum air ternampak seorang perempuan yang lebih tua sikit daripada dirinha sedang mengangkat 2 kotak yang agak besar.

" Boleh nampak jalan ke tu?". Dhia berkata di dalam hati sambil memerhatikan perempuan itu. Perempuan itu seakan susah mahu menutup pintu kereta. Segera Dhia menuju ke arah perempuan itu.

" Akak boleh saya tolong ke?. Akak nampak macam perlukan pertolongan saja". Kata Dhia kepada perempuan itu sambil ingin melihat wajahnya dengan jelas tetapi tidak nampak dihalang oleh kotak tersebut.
" Boleh ke?. Kalau macam tu tolong ambik satu kotak ni. Saya tak nampak jalan ni, kang terjatuh pulak". Jawab perempuan itu sambil menghulurkan kotak itu ke arah Dhia. Dhia mengambil kotak itu dan mengikuti perempuan itu ke arah sebuah kedai.

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now