Bab 48 [ODP]

28.1K 954 19
                                    


LAGI 2 OR 3 CHAPTER LEPASTU TAMAT! SORRY SEMAKIN TAK BEST 😅 IDEA TAK DE. HUHU






Perut yang mencecah 9 bulan 2 hari kini membesar dengan baik. Kesihatan diri Dhia juga dijaga rapi oleh Ayyan dan tidak meletakkan kerja sepenuh perhatian.

Selesai menitipkan ayat suci Al - Quran Ayyan mencium perut Dhia yang terlindung dengan baju ibu mengandung yang di pakai oleh Dhia.

"Terima kasih abang sebab sudi jaga Dhia". Ucap Dhia ikhlas. Tak sangka dalam beberapa bulan ini Ayyan benar benar bijak cuba mengawal silap barannya. Cuma ada sesekali terlepas bila terlampau stress

" Sama sama tu dah jadi tugas aku untuk jaga kau dengan anak aku yang bakal lahir ni".

Ayyan membetulkan kedudukan Dhia supaya mendekati lagi. Dhia tersenyum tahu yang suaminya nak bermanja.

"Kau rasa anak kita lelaki ke perempuan?". Ayyan bermain di perut Dhia. Meliar jarinya meneroka perut Dhia. Dhia mengekek gelak sebab geli lah buat macam tu.

" Kenapa abang dah tak sabar ke? Sorry lah buat abang tertunggu tunggu nak tahu jantina anak kita. Dhia cuma nak buat surprise je. Barulah seronok betul tak!".

Tangan Ayyan dikucup lembut lalu disalam tanda serba salah.

"No! Aku faham kau ni . Ngada je lebih!". Usik Ayyan , hidung Dhia yang tak berapa mancung dicuit geram.

" Haha sayang abang". Dhia dengan susah payah bangun semata mata nak Ayyan mendukung dia yang semakin berat.

"Tak nak lah kau tu berat tau tak! Patah pinggang aku nanti! Dah nak jadi mak orang pun still nak dukung tak malu! Nanti mama papa nampak buat malu je!".

Ayyan mengabaikan muka Dhia yang cemberut masam lepas kena kutuk! Bibir Dhia mula mencebik nak menangis. Tangan yang tadinya terlunjuk perlahan kembali ke sisi badan.

Dhia mula merajuk dan berlalu hendak masuk ke dalam rumah mama papa. Sekarang mereka dah menetap di rumah parent Ayyan. Katanya mama senang kalau jadi apa apa dekat mak buyung ni

" Hey hey! Jangan merajuk". Lengan Dhia digapai serentak itu badan Dhia berpusing menghadap Ayyan dan hampir tersembam ke dada Ayyan

Ayyan membongkokkan badan supaya ketinggian dia sama dengan Dhia yang menahan tangisan.

Tak sampai hati pula nak tengok air mata yang berharga itu mengalir. Ayyan tersenyum kekok. Perasaannya kini mudah berasa kasihan berbanding dulu.

"Jangan nangis okay. Aku minta maaf. Kau dah mengandung 9 bulan dah kan. Kau nak ke kalau aku dukung kau , baby tu penyek ? Tersempit nanti ?"

Saja Ayyan membuat nada sedih. Ayyan memgusap perut Dhia berulang kali sambil hujung mata mengerling riak wajah Dhia yang sudah berubah.

"Dhia cuma nak dukung je. Dhia minta maaf". Air mata dikesat menggunakan hujung lengan baju. Terasa mengada  ngada pulak.

Tiba tiba Dhia tergelak sendiri. Rasa lawak bila mengandung ni asyik merengek , cepat menangis dan bila sedar mula gelak.

" Kenapa gelak?". Soal Ayyan pelik

"Tak ada rasa lawak je sebab diri ni mengada sangat. Maaf kalau abang rasa rimas". Ujar Dhia bersalah. Kepala ditundukan memandang rumput hijau halaman rumah mama.

Jari telunjuk Ayyan menaikkan dagu Dhia ke atas agar memandang Ayyan sendiri. Nampak pipi Dhia merah. Tak pasti sebab menangis tadi ke sebab malu bila sedar diri tu mengada sangat.

" Aku tak rasa rimas pun. Rasa lagi sayang dekat kau adalah. Rasa nak tambah lagi sorang pulak". Mula lah gatal si Ayyan ni. Dalam pada Dhia sedih sempat nak mengatal!

"Abang!!". Keras Dhia menegur. Gatal betul lah. Tak bertempat.

" Apa betul lah kan". Kepala Ayyan mendekati wajah Dhia manakala Dhia hanya diam terpaku melihat Ayyan semakin menghampiri dia.

Baru saja mahu melekapkan bibir ke bibir mungil yang bersedia untuk dijamah. Dhia menolak muka Ayyan sehingga badan Ayyan juga teranjak ke belakang.

Riak muka Dhia berubah seakan berkerut. Ayyan pulak rasa bengang kena tolak. Baru nak romantik dah kene reject. Tchh!

"Kau kenapa?"

Dhia berpaut pada lengan kiri Ayyan. Mukanya bertambah kerut bagaikan kesakitan. Terasa macam sudah tiba masa untuk bersalin.

"Hey kau okay tak ni kenapa muka tu berkerut lain macam". Mengelabah Ayyan apabila ternampak riak muka Dhia yang berkerut lain macam.

Tak semena mena terasa bahagian basah pada peha Dhia. Mata Dhia membuntang besar. Matanya kini beralih ke bawah perut untuk melihat apa yang terjadi. Ayyan turut melihat ke arah pandangan Dhia sekarang.

" Abang!" Dhia merengek sakit. Air ketumban dah pecah. Habis basah baju mengandung yang Dhia pakai di bahagian peha sehingga ke kaki.

"Dhia.. Air ketumban dah.. Dah pecah!". Giliran panik bertukar ke Ayyan. Tak tentu arah Ayyan dibuatnya. Sekejap ke sana sekejap ke sini.

" ÀBANG!". Jerit Dhia melawan sakit. Orang tengah sakit yang Ayyan macam dia pulak yang nak beranak dah kenapa?.

Biasalah first time nak jadi bapak orang memang can gitu.

"Ye ye. Aku bawa kau ke hospital". Tak fikir panjang terus tubuh Dhia dicempung. Tak kisahlah berat ke tidak.

Mama keluar melihat Ayyan dan Dhia yang terpekik dari tadi. Nak terkeluar biji mata mama apabila Ayyan mendukung Dhia dan hujung baju mengandung Dhia basah

" Along! Kenapa dengan Dhia!". Mama menjerit memanggil Ayyan yang laju berlari ke arah kereta.

"Mama Dhia nak bersalin ni!! Jumpa dekat hospital!!". Jerit Ayyan kembali kuat. Tak dipalingkan wajah langsung ke belakang.

Menderum kereta Ayyan keluar dari kawasan rumah.

-----------

" Nasrul " Panggil Atirah. Nasrul membuat bodoh je bila dipanggil Atirah.

"Awak.. Saya panggil ni". Atirah masih lagi cuba mengambil perhatian Nasrul. Kenapa Nasrul tak pandang dia langsung eih? Sebab buruk ke?

" Kau nak apa? Jangan kacau aku boleh tak! Kau pergi lah balik rumah kau tu". Seakan menghalau Atirah untuk pulang ke rumah.

Atirah mencebik. Halau orang pulak. Sombong sangat lah Nasrul.

"Tak apa lah saya balik dulu. Bye assalamualaikum". Atirah membuka langkah pulang ke rumah dengan longlai.

Nasrul memandang pemergian Atirah yang langsung tidak menoleh ke belakang. Ingatkan budak tu bergurau je nak balik betul betul.

" Aishh! Kau ni!"





Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now