Bab 19 [ODP]

29.6K 1K 24
                                    


Pagi pagi lagi Dhia sudah menyiapkan diri untuk ke tempat kerja. Setelah siap semuanya dia bergerak keluar rumah. Seperti biasa Dhia akan berjalan kaki ke tempat kerja setiap hari. Tidak mampu membeli moto mahupon kereta.

Baru saja berpaling selepas menutup pintu pagar sebuah kereta berhenti dihadapannya. Keluar Ayyan dari perut kereta dengan senyuman manis di bibir.

"Good morning Princess". Ucap Ayyan sebaik saja tiba di sebelah Dhia. Dhia membalas ucapan lalu tersenyum manis.

"Awak buat apa dekat sini?". Soal Dhia yang hairan kenapa Ayyan ke sini? Dia tak dek kerja ke?

"Saja nak tengok muka my lovely Princess..". Balas Ayyan mesra. Dhia hanya tersenyum kelat.

"Awak tak kerja ke?". Soal Dhia lagi bila melihat Ayyan statik berdiri di sebelah dirinya.

"Kejap lagi aku pergi lah! Jom aku hantar kau ke tempat kerja kau". Ajak Ayyan sambil menarik lembut lengan Dhia. Dhia yang tidak suka disentuh segera membatukan diri.

"Why?". Ayyan mengerutkan dahinya tanda tak paham.

Dhia hanya memberi pandangan tajam kepada Ayyan. Matanya memandang Ayyan lalu mengalih pandangan kepada lengan yang dipegang oleh tangan Ayyan.

Ayyan yang paham maksud pandangan Dhia melepaskan tangannya.

"Okay i'm sorry, aku tak sengaja, jom aku hantar. Jangan nak menolak sangat".
Ayyan yang seakan tahu apa yang dipikirkan oleh Dhia memberikan amaran supaya buah hatinya tidak menolak ajakan nya

Dhia mengeluh dan memasuki kereta Ayyan. Sengaja Dhia turun awal kalini sebab jalan kaki kan. Ni dah naik kereta cepat lah sampainya. Mesti Kak Athar tak buka lagi kedai ni.

"Jom breakfast dulu. Mesti kau belom makan kan". Tanya Ayyan matanya fokus memandu.

"Tak pe lah, hantar je saya dekat kedai". Jawab Dhia. Dia sebenarnya malas nak berdua duaan dengan Ayyan ni.

"Tak dek tak dek. Ikut je aku nanti perut kau masuk angin pulak kalau tak makan". Tegas arahan yang keluar dati mulut lelaki ini.

'Kalau melawan pon dia tetap bawak aku pergi juga'. Bisik Dhia.

Setelah memesan makanan. Ayyan membelek telefon sebentar manakala Dhia hanya duduk menunduk.

"Dhia aku ada benda nak cakap sikit ni". Suara Ayyan memecahkan kesunyian di antara mereka berdua.

"Apa dia?". Soalan di balas dengan soalan. Pandai kau Dhia. Hukhuk

"Kalau mama papa aku masuk meminang kau, kau terima tak?". Soal Ayyan membuatkan mata Dhia membulat besar. Terkejut. Tak dek angin tak dek ribut tetiba nak masuk meminang ni dah kenapa

"Tapi.. ke.. kenapa?". Soal Dhia pula.

"Kau tak suka ke?". Soal Ayyan lagi matanya tajam memerhati seraut wajah kesayangan dia di depannya ini.

Lidah Dhia tiba tiba menjadi kelu. Berbelit belit.

"Kau tak suka kahwin dengan aku ke?". Ayyan yang mula bengang menaikkan suara nya. Tapi masih terkawal.

'Apa ni bercinta pon tak. Inikan kahwin. Bukan setakat bercinta!. Aku suka dia pon tak. Apa benda ni'. Soal Dhia pada dirinya sendiri.

"Bu.. bukan macam tu...".

"Abis macam mana?". Ayyan memotong percakapan Dhia. Belom sempat nak abiskan lagi dia dah potong.

Dhia menarik dan menghembus nafas sebelom memulakan perbicaraan

"Okay macam ni kita tak pernah bercinta pon Ayyan. Macam mana kita nak kahwin".

Jelas Dhia. Dia tak pernah terpikir nak kahwin atau ada kaitan dengan Ayyan. Cukup sekadar kawan itupon sebenarnya dia tidak mahu juga.

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt