Bab 37 [ODP]

31.7K 1K 67
                                    

Kejam? Haha takdeklah. 😪

----


"Dah bangun" Tegur Ayyan sebaik melangkah ke dalam bilik. Dhia yang menyembamkan wajah ke lutut kini mengangkat wajah melihat Ayyan.

Sembap muka Dhia akibat terus terusan menangis. Wajah Ayyan di pandang takut.

Lelaki ni gila! Jerit Dhia dalam hati.

Ayyan mencangkung menghadap Dhia. Pandangannya jatuh ke arah gari di kaki Dhia. Kelihatan di sekitar kaki yang bergari berwarna kemerah merahan.

"Kenapa menangis. Sakit ke?". Ayyan mengusap rambut Dhia tetapi Dhia mengelak tidak suka.

" Kenapa awak culik saya Ayyan! ". Tiba tiba naik suara Dhia menyoal Ayyan. Mungkin disebabkan sakit hati yang tidak tertahan.

" Wow! dah pandai tengking aku nampak!" Ejek Ayyan bersama senyuman yang menyakitkan hati.

"Lepaskan saya lah!" Kali ni Dhia betul betul menengking Ayyan. Perasaannya kini memang benar benar menyampah dengan Ayyan. Rasanya tak perlu lagi nak berlembut.

Ayyan tersenyum seketika. Dan rambut Dhia menjadi sasaran tangan Ayyan , ditarik sekuat hati. Sehingga hampir dengan wajahnya sendiri

Merengek sakit Dhia apabila rambutnya terasa sakit.

"Sa.. Sakit Ayyan. Lepaslah" Rayu Dhia , bergetar suaranya menahan perit.

"Lain kali jangan pernah naikkan suara kau pada aku! Kalau tak siap kau!". Bisik Ayyan keras. Di genggam semakin kuat rambut Dhia sehingga berkerut wajah Dhia.

" Aku tanya! Faham ke tak!". Jerkah Ayyan. Pantas Dhia mengangguk faham.

Tetapi itu tidak cukup bagi Ayyan. Yang dia nak ialah jawapan yang keluar dari mulut Dhia.

"Jawab pakai mulut! Kau dah bisu ke!". Sekali lagi jerkahan kuat daripada Ayyan.

Laju Dhia menjawab dengan kadar gagap dan perlahan.

" Good girl" Cengkaman dilepaskan lalu Ayyan menggosok pula kepala Dhia lembut.

Teresak esak Dhia menangis sambil memeluk tubuh di depan Ayyan.

"Aku bagi kau amaran dengar baik baik. Jangan cuba nak larikan diri kau dari sini. Disebabkan aku sayang kau , aku lepaskan hari ni okay"

Ayyan membuka gari yang terkunci di kaki Dhia menggunakan kunci yang di simpan olehnya.

Rahang Dhia di cengkam lembut supaya memandangnya.

"Kalau kau lari! Siap kau aku kerjakan faham tak!". Terbeliak mata Ayyan ketika memberi arahan.

" Faham.." Secara kasar cengkaman pada rahan Dhia di lepaskan dan Ayyan berlalu keluar.

Terlepas kuat tangisan Dhia apabila terdengar pintu dikunci semula.

---

"Dhia.. Ni aku ada bawakkan kau makanan". Tutur Ayyan lembut sambil menatang dulang yang terhidang makanan serta minuman.

Dulang di letak ke atas meja sekejap. Lalu Dhia yang masih di lantai di tarik lengannya lembut. Dhia enggan mengikuti Ayyan meronta perlahan malah Ayyan menguatkan lagi cengkaman pada lengan Dhia.

Berhenti Dhia dari melawan.
Ayyan menarik Dhia ke atas katil lalu mendudukkan Dhia sebelum dirinya duduk di sebelah Dhia.

" Aku suap kau makan okay. Kau mesti lapar seharian tak makan kan". Sudu di suakan ke mulut Dhia.

Dhia mengetap bibirnya seerat yang mungkin. Mana mungkin dia nak makan dengan keadaan dirinya di culik. Tambah lagi penculiknya di depan ingin menyuapkan makanan

Ayyan menghembus nafas berat. Terasa anginnya mula memberi isyarat. Mata di pejam sesaat dua. Selepas itu dibuka kembali bersama senyuman manis. Hati cuba di sabarkan

"Makanlah penat aku masak". Masih sama sudu di sua ke mulut Dhia malah Dhia siap mengalihkan pandangan. Benci rasanya nak tengok muka Ayyan.

Ayyan mengetap gigi atas dan bawah sehingga berbunyi. Dhia yang memandang ke arah lain di tenung tajam. Kesabaran yang tipis semakin habis dengan perangai menjadi Dhia.

"Makan!". Kini suara Ayyan kedengaran tegas di telinga Dhia. Dhia dengar akan nada suara Ayyan tetapi masih dengan kekal dalam posisi itu

" Kau jangan sampai aku paksa kau makan!". Arah Ayyan kesabaran yang hampir hilang. Dhia masih tidak mengendahkan arahannya.

Pinggan di letak kasar ke atas dulang. Berkocak air yang ada di dalam cawan apabila hentakan Ayyan pada dulang.

"Kau uji kesabaran aku Dhia" Keras Ayyan berkata. Belakang tengkuk Dhia terus di capai dan di cengkam kuat. Terkejut Dhia dengan tindakan Ayyan.

Belakang tengkuknya terasa sakit. Kedua tangan Dhia memgapai tangan Ayyan yang mencengkam kuat belakang tengkuknya.

"Sa.. Sakit". Menitis setitik air mata Dhia dari tubir mata.

Ayyan mengapai sudu dengan kasar dia menyudu nasi ke atas sudu sebelum di sua ke arah Dhia. Dhia masih menutup mulut itu Ayyan sumbat dengan ganas nasi ke dalam mulut.

Tak puas hati lagi Ayyan mencampak sudu lalu dengan tangannya sendiri dia mengenggam nasi lalu menyumbat ke dalam mulut Dhia. Sehingga comot sekitar bibir hingga ke pipi.

Kini air kosong di dalam gelas di ambil kasar dan di tiang ke mulut Dhia. Tersedak Dhia menerima nasi dan air yang terpaksa masuk ke dalam mulut.

Setelah puas di tolak Dhia sekuat hati sehingga ke jatuh ke katil secara mengiring.

" Makan! Jangan sampai aku benam kepala kau dalam pinggan tu!". Pinggan di angkat ke arah Dhia tidak kisah tentang nasi nasi yang tumpah keluar dulang.

Dhia bangkit perlahan akibat tidak mahu amarah Ayyan semakin bertambah pinggan di ambil dari tangan Ayyan.

Dhia mengelap pipinya yang di rasakan ada makanan yang melekat. Dhia menyuap nasi dengan perlahan sambil mengalirkan air mata. 

"Lap air mata kau tu! Kau nak makan ke kau nak nangis!". Tengking Ayyan. Ayyan dengan bengang menuang air kosong yang tinggal separuh ke dalam pinggan yang di pegang oleh Dhia.

" Kau nangis sangatkan! Kau makan sekarang ni makan!". Nasi yang bercampur air di tonyoh tonyoh ke mulut Dhia. Rambut Dhia juga melekat nasi nasi yang di tonyoh Ayyan.

Makin banyak air mata Dhia mengalir keluar. Habis comot muka dia dengan nasi yang telah bercampur dengan air.

"Makan tu!". Ayyan berdiri. Kedua tangan dia tepuk untuk menghilangkan kotoran. Kepala Dhia di tunjal.

" Aku tahu aku masuk kau dah habis makan. Tak habis lagi ni ni kaki aku pula kau makan!". Ayyan menunjuk nunjuk kakinya. Nasib baik Ayyan tidak membenamkan muka Dhia ke dalam pinggan lagi. Kalau tak. Terimalah

Berdentum bunyi pintu di hempas kuat oleh Ayyan. Galak Dhia mengeluarkan tangisan. Tak sangka Ayyan yang agak baik selama ni menunjukan perangai buruknya.




Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now