Bab 13 [ODP]

30.7K 1.2K 36
                                    


"Akhirnya sampai gak kat sungai ni. Btw jauh lagi ke kawasan air terjun tu?". Tanya Isya kepada Suha.

Suha hanya mengelengkan kepala tanda tidak tau. Mereka duduk di atas batu yang ada di atas tanah tersebut.

Manakala Afiq The geng duduk di atas akar kayu yang besar.

Suha melepaskan nafas berat. Mungkin penat. Air mineral di dalam beg di ambil dan terus diteguk rakus.

Ada roti. Itu memberian abang abang kem itu kepada semua pelajar.

"Okay semua kita akan rehat sekejap dan akan sambung balik perjalanan ke kawasan air terjun nanti". Ujar abang Arif sebagai ketua penjaga.

"Suha aku nak main air kat situ eh? Kau nak ikut tak?". Soal Isya dengan wajah yang sungguh gembira.

Budak budak lain ada yang dah berendam kaki. Yang duduk dalam air. Macam macam.

Suha hanya mengangguk.

"Aku gi ni nanti aku datang okay. Betul kau tak nak gi main ni. Best kot nanti tak dapat dah".

Ujar Isya lagi sambil menepuk bahu Suha perlahan.

"Tak pe kau gi je aku tengok pon dah okay. Nanti kita jumpa gak".

Balas Suha. Rasa nak baring je. Penat!. Tanpa di sedar Suha Afiq sedang memerhatikan dia.

Afiq bangun manakala Raziq dan Nizam dah berendam dah. Dia menuju ke arah Suha yang sedang memejamkan matanya.

"Penat nampak". Afiq terus bertanya apabila sesudah duduk di tempat Isya di sebelah Suha.

Pantas Suha membuka mata. Terkejut akibat di tegur tanpa apa apa.

"Asal kau duduk sini?". Soal Suha apabila melihat Afiq duduk di sebelah dia.

"Suka hati aku lah. Memangnya di tempat kau je?". Balas Afiq dengan mencebirkan bibir. Menyampah.

"Ermm yelah". Jawab Suha dengan nada malas. Tak dek mood nak layan perangai Afiq.

Tiba tiba beg Suha dirampas oleh Afiq. Afiq menceroboh dalam beg Suha. Tak dek pape cuma ada roti, air mineral masih dalam beg plastik. Satu lagi air mineral sudah dibuka dan diminum sehingga separuh.

"Ni je kau ada? Fon kau tak bawak ke?...". Tanya Afiq sambil tangannya memegang sebuah botol kecil. Afiq mengerutkam dahi dan melihat Suha yang sedang asyik melihat Isya bermain air.

"Buat apa nak bawak sini? Nanti kalau rentas air abis lah basah".

Jawab Suha kepalanya perlahan lahan memandang Afiq dengan cepat Suha merebut beg dari tangan afiq. Sebok je nak ceroboh privasi orang. Abis lah kalau dia tau.

"Suha ni botol apa?". Soal Afiq kepada Suha. Tampak di wajahnya kelihatan musykil.
Terbeliak mata Suha melihat apa yang dipegang oleh Afiq. Macam mana boleh ada kat dia ni!!. Resah hati Suha.

Dengan cepat dia merampas
botol itu dan menyoroknya di dalam beg. Beg dipeluk erat.

"Botol apa tu Suha!?". Afiq bertanya lagi sambil melihat Suha yang seakan resah tu.

"Vitamin". Tipu Suha. Tak mungkin dia nak bagitau benda sebenar.

"Kau jangan nak tipu aku!". Bengang Afiq. Bukan dia tak sempat baca apa yang tulis kat botol tu.

"Be.. betul lah..". Gagap Suha apabila mendengar suara Afiq yang menahan amarah itu.

"Jangan tipu aku lah!". Afiq menjerkah Suha agak kasar tetapi cukup untuk dua orang saja yang mendengar".
"Mana.. ada aku.. tipu..". Balas Suha lagi. Mempertahankan penyakit dari diketahui oleh Afiq.

"Ubat penyakit leukemia?. Kau ada penyakit leukemia ke?". Soal Afiq agak lembut berbanding tadi tapi tetap tegas sedikit.

"Kalau ye pon kenapa kacau kau ke?". Marah Suha bila rahsianya terbongkar.

"Jadi betul lah ye..". Sayu Afiq bersuara selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Suha.

Suha hanya diam dan masih memeluk erat begnya.

"Kenapa kau tak bagitau aku?". Soal Afiq lembut dan perlahan. Rambutnya diraup kasar ke belakang.

"Perlu ke bagitau kau? Benda tu? Penting ke bagi kau?".

Balas Suha geram. Nampaknya rahsianya sudah terbongkar.

"Penting lah!!!". Marah Afiq kembali. Kini suaranya meningkat tinggi. Hampir semua yang disitu memandang mereka berdua.
Suha hanya diam.

"Patutlah bila kau dengar mercu tadi kau urut dada. Kau minum air macam sehari tak minum". Teka Afiq.

"Itu hal aku". Masih lagi mempertahankan diri.

"Tu hal aku ju....".

"Okay semua berbaris ikut kumpulan kita akan sambung balik perjalanan".

Jawapan Afiq dipotong oleh abang Akim sebelum sempat dia mengungkapkan nya. 

Suha segera bangun apabila abang Akim memberi arahan. Isya keluar dari air yang cetek itu. Mengambil beg dan Suha pergi bersama Isya.

.

.


"Dhia dah lama ke kenal along?". Pertanyaan mama iaitu ibu kepada Ayyan memecahkan kesunyian.

Kini tinggal aku dan mama sahaja di ruang tamu. Ayyan? Dia kata nak rehat kat atas.

"Tak lama sangat". Jawab Dhia sambil tersengih kekok.
"Banyak pasal Dhia yang along cerita kat Mama". Bagitau mama sambil mengenggam tangan aku.

"Dia cerita apa mama?". Soal Dhia kembali. Pelik apa yang si sengal ni cerita kat mama dia. Jangn yang buruk sudah lerh.

"Banyak.. Macam macam. Nampaknya along tu memang suka betul dekat kamu Dhia".

Dhia terkejut mana mama dia tau benda ni? Aku ingat Ayyan tak cerita pasal ni. Pikir Dhia.

"Hey menung apa ni?". Soal mama menyentakkan pikiran Dhia. Aku hanya tersenyum plastik.

"Mama nak cakapa satu je. Hati hati dengan Ayyan". Bisik mama ke telinga Dhia. Kenapa bisik bisik ni? Macam tak nak orang lain dengar je.

"Maksud mama?".

"Jangan buat Ayyan marah". Pesan mama sambil meletakkan tangan di atas bahuku. Diramas lembut.

"Kenapa pulak?". Soal Dhia lagi. Jap aku betul betul tak paham. Maksud mama apa?.
Hati hati? Jangan buat Ayyan marah?. Ape bende ni?.

"Bual apa tu". Tanya Ayyan sebaik sahaja tiba di tangga terakhir. Tempat duduk diambil di hadapan aku.

"Ala bual kosong je long". Senyum mama sambil memandang Dhia. Mama macam suruh aku mengiyakan kata katanya.

"Betul tu". Tokok aku lagi. Ingin mengiyakan apa yang mama katakan.

"Kalau macamtu apa kata Dhia makan dekat sini je nak? Lagipon dah tengah hari ni". Cadangan mama. Sambil tersenyum manis memandang Ayyan selepas itu aku.

"Okay lah mama". Setuju Ayyan. Dhia hanya mengangguk tanda setuju.

Selepas mama bangun menuju ke dapur aku dapat rasakan yang mata Ayyan jauh menerobos ke wajah aku.

Dhia mengangkat kepala ingin melihat mata itu. Bertembung mata mereka bersama. Dapat Dhia radakan yang mata itu seakan tajam memandang dia.

"Saya pergi tolong mama dekat dapur lah". Sebenarnya itu alasan aku je tak nak terus menjadi perhatian Ayyan.

Ayyan hanya membisu. Matanya membawa satu maksud yang tidak diketahui. 

Apa yang korang bisikkan tadi?. Soal Ayyan memerhati Dhia yang semakin jauh ke dapur itu.














Tbc

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now