Bab 5 [ODP]

38.8K 1.5K 54
                                    

Perlu ke aku jumpa dia lagi?. Kenapa aku mesti jumpa dia lagi. Lelaki tu. Dia kenapa. Soal Dhia pada dirinya sendiri.

Flashback

" Happy to see me dear ". Sinis lelaki itu berkata. Dhia hanya mematung sambil terkebil kebil melihat sang jejaka.

"Kenapa berdiri je ni sayang tak nak duduk ke". Sekejap saja dia sudah ada di depan Dhia. Bila dia berjalan?. Aku tak perasan pun.

" Maaf saya datang hanya menghantar bunga". Dhia menjauhi diri dari sang jejaka. Tidak selesa .

"Ouchh. You hurt me darling! ". Seronok sang jejaka melihat muka Dhia yang seakan geli dan takut terhadap dirinya.

Kenapa takut kalau tak buat salah ?

" Apa Encik merepek ni?!". Dhia pelik melihat lelaki di depan nya ini.

"Aikk tak kan nama boyfriend sendiri lupa. Ouh tak apa lah biar aku kenalkan diri ye sayang". Lelaki itu tanpa malu mengelus pipi Dhia.

Tindakan drastik Dhia ialah menepis tangan lelaki itu. Tidak suka dengan perangai tak semenggah lelaki tersebut

" Nama aku Syafiq Ayyan. Atau sayang panggil dengan panggilan manja Ayyan". Terang jejaka tersebut bersama bibir yang tersungging menyinis ke arah Dhia.

Tolong aku keluar dari sini. Aku rasa lelaki ni gila.

" Maaf encik Ayyan. Saya nak cepat. Jadi segera ambil bunga ini dan bayar. Saya tak ada masa nak main main". Tegas suara yang Dhia keluarkan.

Kelihatan tajam Ayyan melihat Dhia. Urat di leher mula timbul. Ayyan menapak ke arah Dhia dengan kadar perlahan. Dhia segera berundur ke belakang.

"Kenapa takut ?". Sinis Ayyan ketawa . Matanya langsung tidak lepas melihat Dhia. Dhia berasa gerun ingin saja lari dan terus keluar dari sini.

" Ja... Jangan dd..dekat". Disebabkan takut tergagap Dhia menuturkan ayat tersebut.. Tangan kanan memegang bunga manakala tangan kiri lurus menunjukkan supaya Ayyan tidak menghampiri dirinya.

Tetapi Ayyan semakin hampir tanpa mempedulikan arahan daripada Dhia. Dhia tak tau nak buat apa. Apa lagi yang Ayyan mahukan! .

" Jangan lah takut sayang. Aku tak buat apa pon. Kau tau tak aku rindu sangat dengan kau. Kau rindu aku tak". Ayyan berkata seperti orang kurang siuman. Ayyan cuba mengapai tangan Dhia tetapi cepat Dhia melarikan tangannya daripada disentuh Ayyan.

" Tt..olong lah jjangan de..dekat Ayyan". Air mata mula keluar. Tetapi Ayyan  semakin dekat. Kalau dua langkah lagi mungkin badan Ayyan dan Dhia boleh melekat.

Zapp!!.

Kaku badan Dhia. Ayyan memeluk Dhia seerat sambil menyembamkan mukanya ke bahu Dhia. Dhia menolak Ayyan dengan menepis nepis dadanya yang dekat dengan dirinha. Bunga sudah selamat jatuh ke lantai.

" Ap.. Apa aw..awak buat ni". Dhia cuba melepaskan diri dari pelukkan erat Ayyan. Sungguh erat. Seperti memeluk bantal tidak mahu dilepaskan.

" Aku rindu kau Dhia. Aku cinta kau Dhia. Kau rindu aku tak. Cakap Dhia cakap kau rindu kan aku atau tak ". Dia memegang kedua pipi Dhia. Ibu jari Ayyan mengelap air mata Dhia yang jatuh. Terhinjut bahu Dhia menahan tangisan.

Dhia hanya diam. Dan menangis. Kenapa Ayyan macam ni.

" Aku tanya ni kau rindu aku ke tak!!!!". Ayyan mula menengking Dhia sambil mengoyangkan bahu Dhia kuat. Gerun Dhia melihatnya.

"Lepaskan lah". Dhia bersuara dalam tangisan. Kecut perut Dhia melihat wajah Ayyan. Urat semakin timbul di leher Ayyan.

Menunjukkan kemarahan yang tertahan.

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon