Hai, Ukhti :)

3.8K 283 2
                                    

"Di Palestina ada wanita sampai ditembak mati kerana tidak mahu buka jilbab (tudung). Di negeri ini ada wanita yang sampai mati pun tidak mahu pakai jilbab."
[Habib Muhammad Ahmad Al-Habsyi]

"Hati Sayyidah Fatimah sungguh jauh, dan jauh lebih bersih dari wanita-wanita di zaman ini. Kerana kebersihan hatinyalah Sayyidah Fatimah sangat pemalu, dan senantiasa menjaga auratnya."
[Buya Yahya]

"Bagaimanakah anak-anak gadis pada hari ini? Adakah wanita hari ini masih dalam sifat malu mereka atau mereka menanggalkan rasa malu mereka? Adakah idola mereka itu masih Sayyidatuna Fatimah Az-Zahra, Sayyidatuna Khadijah Al-Kubra, dan Sayyidatuna Aisyah Al-Ridha?

Ataupun idola mereka si dia yang menanggalkan rasa malu dan agama? Wanita solehah itu dimuliakan Allah dengan ilmu, dan daripadanya lahir juga generasi yang berilmu."
[Habib Ali Zainal Abidin Abdurrahman Al-Jufri]

"Wanita itu sangat indah dengan sifat malunya, jika sifat itu sudah hilang, hilang pula keindahannya."
[Habib Ali Zainal Abidin]

"Rasulullah punyalah sorok isterinya dari dilihat orang lain. Wanita sekarang bukan kata nak sorok, tapi lagi nak dihebahkan, lagi nak tunjuk dekat media sosial."
[Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]

"Ketika Rasulullah bertanya kepada Sayyidah Fatimah, 'Apa yang terbaik bagi wanita?', dan Sayyidah Fatimah menjawab, 'Yang paling baik bagi wanita adalah tidak melihat dan tidak dilihat oleh lelaki'.

Kemudian Rasulullah mencium kening Sayyidah Fatimah dan berdoa, 'Semoga Allah memberkati anak keturunannya'."
[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz]

"Wahai para wanita! Tutuplah auratmu dan jagalah kehormatanmu. Nescaya Allah akan mengagungkanmu."
[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz Hafizhahullah]

🍃اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🍃

🎋 Allahumma Shalli 'Alaa Sayyidina Muhammad Wa 'Alaa Aali Sayyidina Muhammad 🎋

Yuk Belajar Islam!Where stories live. Discover now