BAB 1

16.2K 273 13
                                    

HARI pertama bekerja, Kyra sudah lambat, nasiblah bekerja di syarikat papa sendiri kalau tidak memang teruklah kena marah.

Kyra cepat cepat memeriksa penampilannya di cermin sebelum melangkah keluar dari rumah.

"Okay, perfect!" Ujar Kyra kepada dirinya di depan cermin sebelum cepat cepat mencapai kunci kereta dan keluar dari biliknya.

"Okay, perfect!" Ujar Kyra kepada dirinya di depan cermin sebelum cepat cepat mencapai kunci kereta dan keluar dari biliknya

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.


KYRA memandu kereta Honda Civic nya sambil tak berhenti membebel kepada diri sendiri.

Tiba di satu selekoh, seekor anjing tiba tiba melintas di hadapan kereta Kyra. Kyra memberhentikan keretanya secara mengejut.

"Boom!"

Kereta Kyra dihentam dari belakang, dahinya pula terhantuk di stereng kereta.

"Aduh! Sakitnya kepala aku." Kyra mengaduh perlahan sambil memegang kepalanya yang sudah benjol di bahagian dahi.

Baru sahaja ingin menenangkan diri, muncul pula seorang lelaki mengetuk cermin keretanya. Kyra sudah ketakutan kerana dia yang bersalah menyebabkan perlanggaran itu.

Kyra membuka pintu kereta perlahan lahan.

"Saya mintak maaf, saya tak sengaja. Saya akan bayar kereta Encik yang rosak tu." Kata Kyra yang sudah menjenguk jenguk kereta lelaki itu.

"BMW kut, dia bawak. Takpelah papa kan bnyak duit nanti aku mintak kat papa." Desis hati Kyra. Semudah ABC dia nak mintak dekat papa.

Lelaki itu masih merenung Kyra yang diam seribu bahasa. Tergamam dengan kecantikan wanita di hadapannya ini.

Nampak macam anak orang berada patutlah tak kisah nak bayar.. Desis hati lelaki itu pula.

"Kenapa dengan dahi awak tu?" Tanya lelaki itu apabila ternampak dahi Kyra yang benjol.

Kyra tersengih sambil meraba raba tempat benjol itu.

"Mari sini saya tengok." Ujar lelaki itu.

Dah apasal pulak ni. Caring sangat dah kenapa bukannya aku kenal dia pun. Bisik hati Kyra lagi.

"Tak payahlah. Nanti saya letak ubat sendiri." Balas Kyra tidak selesa.

"Awak tunggu sini." Lelaki itu pergi ke keretanya lalu dibawa satu kain napkin.

"Nak buat apa ni?" Tanya Kyra.

Lelaki itu diam.

Dia menggumpalkan kain itu lalu menghembus hembus nafasnya pada kain dan ingin menuam benjolan di kepala Kyra.

Sebaik sahaja dia hendak menuam Kyra menepis tangan lelaki itu.

"Kenapa?" Tanya lelaki itu pelik. Dia nak tolong je, bukan buat apa pun.

"Tak elok lah kalau orang nampak." Balas Kyra tidak senang.

"Kat sini mana ada orang." Jawab lelaki itu.

"Takpe. Nanti saya tuam sendiri." Kyra merampas kain yang berada di tangan lelaki itu lalu membuka pintu kereta untuk pergi.

"Eh, kejap!" Tahan lelaki itu.

"Nak apa lagi saya dah lambat disebabkan awak tahu tak!" Secara tidak sengaja Kyra telah melepaskan amarahnya pada lelaki itu.

"Ni macam mana?" Tanya lelaki itu sambil menunjukkan ke arah keretanya yang sudah kemik sedikit di bahagian depan.

Err... Kyra hampir terlupa pasal kereta disebabkan lelaki itu.

"Ok, berapa awak nak?" Tanya Kyra sambil mengeluarkan dompetnya.

"Saya nak nombor phone awak." Balas lelaki itu selamba.

Kyra memandang jam di pergelangan tangannya.

Alamak! Sudah pukul 9:40 pagi. Dia sepatutnya masuk kerja pada pukul 8 pagi.

Tanpa berlengah Kyra memberi kad business yang mengandungi nombornya kepada lelaki itu. Selepas itu Kyra terus masuk ke dalam kereta lalu terus pecut ke tempat kerjanya.

Lelaki itu pula membelek belek kad nama yang diterimanya sambil tersenyum simpul.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum