BAB 29

6.5K 153 6
                                    

"ASSAMUALAIKUM Mama." Harif menghantar Kyra balik ke rumah Puan Qairina selepas pergi ke hospital.

"Waalaikummussalam kyra! Ya allah! Kenapa dengan anak mama ni? Kurus, cengkung. Mana Nazrief? Ni siapa?" Tanya Puan Qairina bertalu talu. Terkejut melihat keadaan Kyra yang tidak terurus itu.

Kyra terus menghamburkan tangisannya lalu memeluk Puan Qairina dengan erat. Harif hanya memerhati.

Puan Qairina risau melihat keadaan anaknya itu. Dia menjemput Harif masuk lalu dibawa Kyra yang masih di dalam pelukannya itu juga masuk ke dalam rumah untuk berbual lebih panjang.

Selepas ditenangkan oleh Puan Qairina dan Tuan Hafreez, Kyra menceritakan segala yang terjadi pada dirinya. Puan Qairina dan Tuan Hafreez terkejut bukan kepalang mendengar cerita anaknya itu. Sangkanya Kyra bahagia saja bersama Nazrief. Tak sangka pula Amani pergi duduk sana. Katanya nak balik ke UK kerana cuti semesternya sudah habis.

"Kyra, mama sebenarnya ada benda nak cerita pada Kyra tentang Amani." Kyra mendongak kepala memandang mamanya. Kenapa dengan Amani? Ada benda yang dia tak tahu ke?

"Sebenarnya Amani bukan kakak kandung Kyra.  Dulu waktu mummy Nazrief lahirkan Amani diorang tak cukup duit nak bayar duit hospital dan diorang mintak tolong dan sebagai ganti diorang serahkan Amani pada mama. Kami kahwinkan kamu dan Nazrief untuk mengeratkan silaturrahim antara kami." Terang Puan Qairina.

Kyra terdiam. Patutlah Amani tidak menganggapnya sebagai adik. Tapi perlukah kakak nya itu bertindak menghancurkan rumah tangganya. Apa yang dia dah lakukan pada kakaknya itu sampai membuatkan dia begitu marah dengan Kyra?







KYRA berbaring di atas katilnya sambil mengusap ngusap perutnya dan menangis sendirian.

FLASHBACK

"Puan, puan kena banyak bersabar ye." Kata doktor wanita yang merawat Kyra itu.

"Kenapa doktor?" Tanya Kyra ingin tahu. Dia ada penyakit serius kah?

"Puan keguguran." Kata kata doktor itu mengejutkan Kyra. Dia mengandung? Bila?

"Apa maksud doktor saya gugur? Saya mengandung?" Tanya Kyra walaupun dia sudah dapat mengagak jawapannya.

"Ye, puan mengandung 3 minggu. Oleh sebab kandungan tak kuat lagi. Puan senang keguguran kalau tidak dijaga dengan elok." Ujar doktor itu menerangkan kepada Kyra.

Kyra diam. Perlahan lahan air mata Kyra mengalir lagi. Selepas dia bergerak dari airport, dia sudah berjanji dengan dirinya tidak mahu mengalirkan air matanya lagi. Namun dia tewas apabila mendengar berita ini.

"Doktor, boleh saya tahu apa puncanya?" Tanya Harif yang sedari tadi diam disisi Kyra. Dia juga terkejut mendengar berita menyedihkan itu.

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now