BAB 46

8.5K 185 10
                                    

SEBAIK sahaja pulang ke rumah, Amani terus menuju ke bilik pengantin abangnya.

Nazrief terkejut melihat Amani yang menangis teresak esak. Mama dan papa yang berada dalam bilik itu turut terkejut melihat keadaan anak mereka yang tidak terurus.

"Amani kenapa ni?" Tanya Puan Dayana sambil mengusap kepala Amani perlahan.

"Tadi... tadi ada orang nak rogol Amani. Tapi Kyra datang selamatkan Amani. Tangan dia berdarah abang..." Bagitahu Amani dalam tangisnya. Terbayang bayang tangan Kyra yang berdarah akibat ingin melindunginya.

"Hah?! Tangan Kyra berdarah? Teruk tak?" Soal Puan Dayana risau. Biarpun Kyra sudah menjadi bekas menantunya, sayangnya pada Kyra tidak pernah luntur kerana dia tahu bekas menantunya itu gadis yang baik baik dan bukan seperti yang diceritakan oleh Nazrief.

"Eleh.. entah entah tu semua plan dia nak tunjuk baik depan kita." Kata Nazrief dengan nada sinis.

"Tak abang. Sebenarnya.. Amani yang bersalah." Kata Amani sambil menundukkan mukanya. Takut dengan riaksi yang bakal Nazrief berikan.

"Maksud Amani?" Tanya Nazrief keliru.

"Amani dengan Kak Alia yang plan semua benda. Kami yang suruh orang follow Kyra. Kami juga tuduh Harif pegang Alia dan... kami juga lah yang perangkap Kyra dan Harif dalam hotel sampai .... " Amani terhenti lalu berlutut di depan Nazrief.

"Sampai apa?! Sampai apa Amani?! Kau jawab!" Nazrief sudah berang. Hampir sakit jantung dia mendengar semua pengakuan Amani sebentar tadi.

"Sampai Kyra gugur..."  Amani kembali menangis. Berambu air matanya keluar. Dia tahu dia manusia yang sangat teruk.

"Amani minta maaf abang. Tolong maafkan Amani. Kalau abang nak pukul Amani, pukullah. Tapi tolong maafkan Amani abang..." Amani memeluk kaki Nazrief memohon keampunan.

Semua yang mendengar begitu terkejut dengan pengakuan itu.

Nazrief terduduk di birai katil. Fikirannya melayang memikirkan kata katanya kepada Kyra sebentar tadi.

"Tapi satu je, yang aku bersyukur sangat sekarang ni sebab aku tak ada zuriat dengan kau. Memang wajarlah tuhan tak berikan aku anak dengan kau sebab kau memang tak layak nak mengandungkan zuriat aku. Malang sungguh Harif kalau zuriatnya lahir dari rahim perempuan macam kau."

"Pa... Naz dah sakitkan hati Kyra pa... Kyra takkan maafkan Naz." Nazrief merintih sambil menarik narik rambutnya sendiri. Kusut betul nampaknya.

"Nazrief.... Semua ni bukan salah Nazrief." Kata Tuan Adam cuba menenangkan Nazrief pada ketika itu. Dia juga terkejut mendengar pengakuan anak perempuan nya itu.

Nazrief bangun dan menarik rambut Amani lalu melepaskan sebiji penampar ke mukanya dengan baran.

"Nazrief!" Jerit Puan Dayana lalu menarik Amani ke dalam dakapannya.

Kring! Kring! Tuan Adam segera menuju ke bawah dan mengangkat gagang telefon.

Setelah beberapa minit, Tuan Adam menuju ke atas dengan kelam kabut.

"Naz! Kita kena pergi rumah Harif sekarang! Harif dah tenat!" Kata kata Tuan Adam mengejutkan semua orang di dalam bilik itu.

Nazrief terus bangun lalu berkata kepada Puan Dayana.

"Mama, bila Nazrief balik nanti Nazrief tak nak tengok dua ekor binatang ni dalam rumah Nazrief." Kata Nazrief lalu berlari turun ke bawah. Di dalam fikirannya, hanya teringatkan Kyra.

Sebelum pergi dia bertembung dengan Alia, dia juga menghadiahkan sebiji penampar pada gadis itu dan meninggalkan majlis yang bakal berlangsung sebentar lagi.









"HARIF! Bangunlah! Awak kata nak kahwin dengan saya kan?" Kyra menangis teresak esak di sebelah Harif yang hanya terbaring di ruang tamu.

Nazrief yang baru sampai terus menuju ke sebelah Kyra. Kyra tidak mengendahkan kehadiran Nazrief.

"Nazrief.." panggil Harif perlahan.

Nazrief mendekatkan mukanya kepada Harif untuk mendengar apa yang dikata.

"Ka.. kahwin de-dengan Kyra.." Begitu susah Harif mahu berkata kata.

Kyra yang mendengar menggelengkan kepalanya.

"Tak! Awak kena bangun! Saya tak nak kahwin dengan dia!" Kyra membantah.

"Kyra... Di.. dia j-jodoh.. awak.. bu..bukan saya." Kata Harif lagi. Air liur ditelan payah.

Kyra kembali menangis teresak esak.

"Mama..  Kyra tak nak kahwin dengan dia..." Rintih Kyra pada Puan Qairina pula.

"Kyra, kalau dulu mummy minta Kyra kahwin dengan Harif tapi sekarang tolonglah tunaikan permintaan terakhir Harif. Tolong kahwin dengan Nazrief." Ujar Puan Zayna kepada Kyra dengan linangan air mata melihat keadaan Harif yang sudah nazak itu.

Kyra berfikir lama dan akhirnya dia menganggukkan kepalanya. Jika itu permintaan terakhir Harif dia sanggup demi lelaki itu.

Sebaik sahaja Kyra bersetuju akad nikah segera dijalankan. Sebaik shaja selesai akad nikah, Harif tiba tiba menarik nafas dalam dan menghembuskannya perlahan. Dia perlahan lahan menutup matanya.

"Harif?" Kyra memanggil Harif namun tidak bersahut.

"Harif bangunlah! Awak tak boleh tinggalkan saya macam ni!" Jerit Kyra lalu mengoncangkan tubuh Harif yang kaku tidak bergerak.

Nazrief memeluk Kyra tetapi Kyra meronta ronta. Nazrief memegang kedua belah tangan Kyra supaya berhenti meronta. Kyra mengalah dan menangis di dalam pelukan Nazrief.

Selepas beberapa minit, Kyra tiba tiba bangun dan berlari keluar rumah. Dia berdiri di tengah tengah hujan lebat lalu tersenyum pada seseorang yang berada jauh didepannya. Dia nampak banyangan Harif yang kian menjauh lalu menghilang dari pandangan matanya.

Sebaik sahaja bayangan Harif menghilang Kyra pun rebah ke bumi tetapi sempat disambut oleh Nazrief. Nazrief terduduk sambil memeluk Kyra di tengah hujan.

"Abang minta maaf Kyra.. papa minta maaf baby. Abang punca anak kita mati." Rintih Nazrief sambil mengeratkan pelukannya.

Nazrief terpandang bayangan Harif yang memakai baju putih tersenyum kepadanya.

"Aku akan jaga Kyra baik baik. Terima kasih atas peluang kedua ini." Ucap Nazrief.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora