BAB 4

6.8K 165 2
                                    

SEPERTI biasa pada petang hari, Kyra akan pergi window shopping untuk menghilang kan stressnya.

Kyra bersiul kecil sebelum bahunya dilanggar kuat oleh seorang lelaki. Habis terpelanting bag bag kertas yang dibawanya. Lagi teruknya, sekali dia pun jatuh!

"Ya allah! Saya minta maaf saya betul betul tak sengaja. Cik tak apa apa?" Tanya lelaki itu dengan bersalah. Kalut sangat dia tadi sampai terlanggar orang.

"Awak tanya saya tak apa apa tak nampak ke saya jatuh ni?!" Marah Kyra. Merah padam mukanya menahan marah. Mood tengah baik boleh pulak kena langgar.

Lelaki itu memaut lengan Kyra untuk membantunya bangun dari terjatuh. Bag bag kertas Kyra sudah pun dikutip nya.

"Auw! Kaki saya! Kaki saya!" Jerit Kyra apabila merasa kakinya seperti tidak boleh berjalan.

"Ermm awak boleh jalan tak?" Kyra menepuk dahi mendengar soalan yang terlampau bijak dari lelaki itu. Kalau dia boleh jalan, tak adalah dia duduk bersantai dekat atas lantai sejuk shopping mall ni lagi.

"Saya tolong awak eh?" Tanpa sempat Kyra membalas, lelaki itu terlebih dahulu sudah memaut pinggang serta tangannya dipaut pada bahu lelaki itu.

Kyra terkedu seketika namun hanya membiarkannya. Ya lah dia pun bukannya boleh jalan sendiri.

"Kita jalan perlahan lahan pergi parking eh?" Kyra hanya mengangguk. Sedikit sebanyak dia berterima kasih juga lah pada lelaki itu. At least, dia tak ditinggalkan begitu sahaja.

"Kenapa ni?" Belum sempat memulakan langkah pertama, satu suara yang dikenali Kyra menegur.

Kyra mendongak memandang gerangan di hadapan mereka itu.

"Nazrief?"

"Awak kenal dia ke?" Soal lelaki yang masih memaut pinggang Kyra itu.

"I'm her boyfriend." Ujar Nazrief sambil tersenyum manis ke arah lelaki tersebut.

Kyra tercengang. Apa dia cakap tadi? Dia rasa dia tak pekak lagi.

"Oh I'm sorry. Aku terlanggar dia tadi and aku tolong lah." Balas lelaki itu serba salah. Awek orang lah pulak.

"Takpe bro, terima kasih tolong girlfriend aku. Biar aku je bawak dia pergi klinik." Lelaki itu mengangguk lalu menyerahkan Kyra pada Nazrief.

Kyra tiada pilihan selain berpaut pada bahu Nazrief. Sebaik sahaja lelaki tersebut hilang dari pandangan, suasana menjadi janggal.

"Awak okay tak? Kita pergi klinik lah." Nazrief memecahkan suasana janggal antara mereka.

"Hmm boleh lah." Balas Kyra. Selepas itu, Kyra dipapah oleh Nazrief menuju ke kereta.

Sampai di kereta, Nazrief meletakkan Kyra di tempat duduk depan.

Kyra hanya diam dari tadi.

Sebaik sahaja Nazrief masuk ke dalam kereta, Kyra bersuara.

"Ni bukan kereta saya." Kata Kyra.

"Takpe kejap lagi lepas pergi hospital kita ambik lah kereta awak." Balas Nazrief lembut.

"Eh! Awak tak pakai seatbelt mari sini saya tolong pasangkan." Ujar Nazrief sambil merapatkan kedudukannya untuk memakaikan Kyra seatbelt.

"Tak payah, saya sakit kaki bukan tangan." Kyra cepat cepat memasangkan seatbelt nya sendiri.



SEBAIK sahaja sampai ke Hospital, sekali lagi Nazrief memapah Kyra masuk ke dalam Hospital. Nazrief menunggu Kyra keluar dari bilik pemeriksaan.

Selepas beberapa minit, Kyra keluar dengan terjengket jengket. Kelihatan buku lalinya yang sudah dibalut. Mungkin terseliuh.

Nazrief tersenyum kepada Kyra sambil memapah Kyra ke kereta.

"Awak."

"Awak tahu kan mak awak nak kita kahwin?" Soal Nazrief menanti jawapan Kyra.

"Tahu." Jawab Kyra sepatah.

"So, awak setuju?" Tanya Nazrief menanti jawapan Kyra.

"Saya tak setuju." Jawap Kyra tegas.

"Kenapa? Saya tak cukup baik untuk awak?" Tanya Nazrief. Kecewa dia dibuatnya dengan jawapan Kyra memandang kan dia sudah menyimpan perasaan kepada gadis di sebelahnya ini.

"No, sebab awak bos saya and saya tak kenal awak lagi." Jawab Kyra terus terang. Dia tak nak bagi harapan palsu kepada sesiapa. Hatinya tidak terbuka untuk mencintai sesiapa selepas yang terakhir sudah menghilangkan diri.

"Tapi saya suka awak." Pendedahan Nazrief yang tiba tiba itu mengejutkan Kyra.

"Saya tak suka awak." Balas Kyra selamba. Nazrief tersentak. Tak sangka Kyra akan menolaknya begitu sahaja.

Selepas itu, suasana di dalam kereta menjadi sunyi sehinggalah mereka sampai ke rumah Kyra.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now