BAB 21

4.7K 113 4
                                    

SELEPAS membersihkan dirinya, Kyra terus berbaring di atas katil. Nazrief di sebelah langsung tidak dipandang. Dia masih terasa dengan tindakan Nazrief terhadapnya.

"Sayang maafkan abang." Nazrief segera meminta maaf sebaik sahaja Kyra berbaring di sebelahnya.

"Sebab apa minta maaf?" Soal Kyra sengaja mahu menguji jawapan Nazrief.

"Abang tahu abang salah. Abang terlampau control sayang dalam rumah ni." Ujar Nazrief bersalah.

"Abang sebenarnya cemburu kan?" Tanya Kyra.

"Ye abang mengaku abang cemburu. Abang takut Kyra tinggalkan abang." Balas Nazrief. Dia menundukkan kepalanya. Tidak mahu menentang mata Kyra selepas merendahkan egonya untuk mengaku bahawa dia cemburu.

"Kyra tak akan tinggalkan abang kecuali kalau abang yang buang Kyra." Ujar Kyra pula. Dia tak faham kenapa Nazrief kena fikir yang dia akan tinggalkan lelaki itu.

"Shhh... Jangan cakap macam tu. Abang tak akan sesekali buang Kyra dalam hidup abang." Nazrief meletakkan jarinya di bibir Kyra.

"Hmm.. apa kata esok apa bawak Kyra pergi jalan jalan?" Tanya Nazrief untuk membaik pulih hubungan mereka berdua.

"Abang tak kerja ke esok? Selalunya hari cuti pun abang nak kerja."

"Tak, esok abang off day untuk sayang okay? Kita pergi dating sama sama." Nazrief mengusap lembut kepala isterinya.

Kyra hanya tersenyum nipis. Dia harap Nazrief kotakan janjinya.




KYRA bangun dari tidur lalu membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum mengejutkan Nazrief dari tidurnya.

"Abang bangunlah. Kata nak pergi jalan jalan." Kyra menggoncang goncang lengan Nazrief yang sedang nyenyak tidur.

"Tunggulah sayang. Sekarang awal lagi kan?" Tanya Nazrief masih tidak membuka matanya.

"Ala.. dah pukul 9. Kita pergi lah breakfast dulu." Ujar Kyra teruja. Tak sabar dia nak keluar dengan Nazrief setelah sekian lama dia duduk terperuk dekat dalam rumah.

"Nak breakfast dekat mana? Nantilah sayang, kalau lapar sayang makan dekat bawah dulu okay." Jawab Nazrief perlahan.

"Ermm.. tak apa lah. Sambung lah tidur tu." Ujar Kyra agak kecewa. Baru sahaja dia hendak turun dari katil, Nazrief menarik Kyra dalam pelukannya.

Kyra tidak menolak mahupun berkata kata apa apa. Dia hanya dia berada dalam pelukan Nazrief. Nazrief mengeratkan pelukan mereka. Mukanya disembam pada perut Kyra.

"Ni kenapa diam? Merajuk lah ni?" Tanya Nazrief.

Kyra masih lagi diam.

"Ala ala isteri abang ni.. cepat sangat merajuknya. Okaylah jom kita pergi. Abang pergi mandi kejap." Nazrief segera bangun dari tidurnya.

Kyra kembali tersenyum gembira.

"Yeay! Dah gi mandi cepat." Kyra menolak Nazrief ke bilik air. Nazrief hanya tersenyum melayan kerenah isterinya itu. Baru dia sedar, dah lama dia dan Kyra tidak bermesra seperti itu.




"MORNING." Sapa Alia dan Amani yang sedang menjamu selera.

"Morning." Jawab Nazrief.

"Aik! Kenapa you pakai baju macam nak pergi jalan jalan ni?" Soal Alia pelik. Pemakaian Nazrief dipandang atas bawah.

"I nak keluar dengan Kyra. Hari minggu kan. Korang pulak kenapa pakai macam nak pergi pejabat ni?" Tanya Nazrief pula. Dia lagi pelik lihat pemakaian Amani dan Alia itu.

"Amani tak bagitahu you?" Soal Alia lagi.

"Bagitahu apa?" Tanya Nazrief keliru. Apa benda yang dia tak tahu?

"Harini ada meeting penting yang kita tangguh haritu dengan Dato' Ranz." Ujar Amani. Wajah Kyra dikerlingnya sekilas. Masam mencuka sudah wajahnya.

"Kenapa tak bagitahu awal awal? Kita dah lewat ni. Tunggu kejap. I pergi tukar baju." Ujar Nazrief lalu terus meninggalkan Kyra sendirian.

Kyra terpinga pinga apabila Nazrief terus berlalu tanpa menghiraukannya. Lupa ke diaorang nak pergi jalan jalan?

Kyra yang panas hati terus mengejar langkah Nazrief yang masuk ke dalam bilik.

"Abang nak pergi mana?"

"Pergi kerja lah sayang. Abang lupa harini ada meeting penting yang tertangguh haritu. Kalini tak boleh tangguh dah sebab haritu dah tangguh." Ujar Nazrief sambil kelam kabut mencapai briefcase nya. Penampilan diri diperiksa buat kali terakhir.

"Kita macam mana? Abang janji nak bawak Kyra jalan jalan." Nazrief tersentak. Lupa pula dia

"Abang minta maaf. Tak dapat teman Kyra pergi jalan jalan. Meeting tu betul betul penting. Haritu abang dah tangguh. Sorry ye sayang, lain kali kita pergi." Nazrief menggenggam kemas tangan Kyra tanda meminta maaf.

"Takpelah meeting lagi penting. Abang pergilah." Ujar Kyra dengan nada kecewa. Tangannya ditarik dari genggaman Nazrief.

"I'm sorry sayang." Ujar Nazrief buat kali terakhir seraya menghadiahkan ciuman di dahi dan pipi Kyra.

Langkah Nazrief dipandang sepi oleh Kyra. Nazrief mungkir janji.




KYRA mengambil keputusan untuk pergi menonton wayang sendirian. Dia melabuhkan duduk dan bersedia untuk menonton. Tidak lama kemudian, kerusi di sebelahnya diduduki oleh seseorang. Kyra hanya diam tanpa memandang orang tersebut namun minyak wangi yang dipakai oleh seseorang itu sangat dikenalinya.

"Harif?" Spontan nama itu keluar dari bibirnya.

"Kyra?" Seseorang itu turut menyebut nama Kyra.

"Awak tengok movie ni juga rupanya. What a coincidence kan." Kyra hanya tersenyun senang. Ada juga teman.

"Sorang ke?" Soal Kyra sambil memandang kerusi yang kosong di sebelah Harif.

"Ye sorang sekarang dah ada teman lah. Nazrief tak ikut?" Soalan dari Harif membuatkan wajah Kyra berubah. Nak ikut apanya kalau sibuk memanjang dengan kerja.

"Ermm tak. Dia kerja." Balas Kyra pendek.

Harif hanya mengangguk tidak mahu bertanya banyak sebab dia nampak riak wajah Kyra yang berubah apabila ditanya tentang Nazrief. Mungkin mereka sedang mempunyai masalah rumah tangga.

Kyra mengalihkan pandangannya ke arah pasangan yang baru sahaja masuk ke dalam panggung. Macam kenal je duduk tubuh tiga orang tu. Setelah diperhati dengan teliti benarlah itu adalah Nazrief, Alia dan Amani.

Kata meeting sempat pulak pergi tengok wayang. Panas betul hati Kyra melihat mereka bertiga yang sedang bergelak ketawa dengan popcorn di tangan. Sampai hati Nazrief buat dia macam tu.

Harif pula memandang ke arah yang dipandang oleh Kyra dan terlihat Nazrief bersama dua orang perempuan juga sedang menonton wayang. Sorang dia kenal, Amani kakak Kyra. Sorang lagi dia tak kenal.

Panas pula hati dia melihat riak wajah muram Kyra yang melihat Nazrief. Betul lah sangkaannya, Nazrief dan Kyra mempunyai masalah rumah tangga.

Kyra terus terusan memerhati Nazrief dan bagaikan tahu dia sedang diperhatikan. Nazrief mengalihkan pandangan tepat ke arah tempat duduk Kyra dan Harif. Dia tersentak melihat Kyra namun cuma sekejap sebelum dia terlihat di dalam samar samar cahaya, lelaki di sebelah Kyra meletakkan tangannya bertindih di atas tangan Kyra.

Nazrief tanpa banyak soal terus bangun dari duduknya dan menuju ke arah Kyra. Tangan Kyra dicapai dan ditarik keluar dari panggung wayang.

Alia mendengus geram. Dekat sini pun dia ada, tak boleh ke biarkan dia dan Nazrief bermesraan sekejap?

Harif tersenyum sinis melihat wajah Nazrief yang jelas sedang menahan cemburu. Tahu pun cemburu orang pegang tangan bini dia, sakitkan hati Kyra lagi, terima lah padahnya.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now