BAB 47

8.8K 183 6
                                    

SEORANG demi seorang mula bergerak meninggalkan kawasan perkuburan itu. Kyra masih bersimpuh di atas tikar yang dibentangkan di tepi kubur arwah Harif. Matanya tidak berkelip memandang tanah kubur yang masih merah itu. Perlahan lahan setitis air mata Kyra menuruni pipinya dengan laju. Kyra pantas menyeka air matanya.

"Harif, Kyra balik dulu nanti Kyra datang lagi. Awak rehat ye... Tenanglah awak dekat sana. Cinta awak akan tetap terpahat di hati ini sampai bila bila. Ya Allah, tempatkanlah roh insan yang luhur hati budi ini di tempat orang orang yang kau sayangi. Wahai jiwa yang murni, bersemadilah dengan tenang. Al-fatihah." Lama Kyra berdoa. Selesai, dia terus bangun untuk meninggalkan kuburan itu.

Dalam pada itu, sempat dia menjeling ke arah Nazrief yang khusyuk membaca surah yasin bertentangan dengannya.

Kyra terus melangkah mendapatkan Puan Qairina yang sedang bercakap sesuatu dengan keluarga mertuanya.

Terus Kyra menyalam dan mencium tangan mereka penuh hormat. Lama, tubuh Kyra didakap oleh ibu mertuanya.

"Mama rindu Kyra, hanya tuhan je yang tahu betapa kecewanya mama bila Kyra berpisah dengan Nazrief." Ujar Puan Dayana. Air matanya diseka. Dia sangat rindukan Kyra.

Kyra hanya menganggukan kepalanya sahaja.

"Kyra, papa harap apa yang berlaku takkan menjarakkan hubungan kekeluargaan kita. Sebenarnya, papa dengan mama memang dah bercadang nak jumpa Kyra. Walaupun, Kyra tak jadi menantu kami sekalipun." Kata Tuan Adam pula.

"Terima kasih papa and mama." Hanya itu yang terucap dari mulut Kyra ketika itu. Suara sudah serak kerana terlalu banyak menangis.

"Kyra, papa nak minta maaf bagi pihak Amani dan Alia atas apa yang telah mereka lakukan pada Kyra. Papa kesal kerana sifat dengki yang melulu, cucu papa jadi mangsa. Papa minta maaf Kyra, papa minta maaf." Ucap Tuan Adam kepada Kyra dengan nada sebak.

Kyra sudah tidak ada air mata yang hendak dikeluarkan. Buat masa ini, dia hanya diam seribu bahasa.

"Dahlah, perkara dah jadi tak guna kita kesalkan. Saya yakin Amani tak ada langsung niat nak membunuh. Berilah pleuang untuk dia betulkan diri dia." Sampuk Puan Qairina.

"Mana Amani?" Tanya Puan Qairina. Risau juga dia. Walaupun Amani sudah meninggalkan mereka sekeluarga tapi dia masih menyayangi gadis itu seperti anaknya. Dia yang menyusukan gadis itu daripada dia masih kecil, dia tahu semuanya tentang Amani.

"Agaknya dia dah balik. Sedih sungguh dia. Sedih dengan kesilapan dia, sedih dengan kematian Harif." Perlahan suara Puan Dayana, jelas kerisauan dalam nada suaranya.

"Mama, nanti sebelum balik rumah kita singgah rumah mummy Harif ye. Kyra nak jumpa mummy Harif." Ujar Kyra perlahan.

Puan Qairina hanya menganggukan kepala sahaja.

"Papa, mama.. Kyra minta diri dulu. Panjang umur kita jumpa lagi." Kyra terus bersalam dengan mereka dan menuju ke arah Puan Qairina yang sudah menunggu di tepi kereta.

"Mama.."

Puan Qairina terus berpusing sebaik sahaja mendengar suara orang memanggilnya. Nazrief sudah berada di belakangnya. Terus tangan tua itu disalam lalu dicium penuh hormat.

"Maafkan Naz mama. Maafkan Naz naz. Naz gagal menunaikan janji Naz pada mama untuk jaga Kyra. Naz gagal jaga Kyra. Naz betul betul minta maaf." Sebak suara Nazrief. Puan Qairina dipagut rasa sayu terus tubuh menantunya itu dipeluk.

"Dah lah Nazrief. Jangan ungkit lagi kisah lama. Mama tahu Naz tak sengaja. Naz pun jadi mangsa. Mama faham, cuma mama harap selepas ni Naz lebih berhati hati dalam menanggani masalah rumah tangga. Jangan cepat melatah. Sebagai suami kena banyak bersabar. Sekarang Naz diberi peluang kedua, gunakan sebaik mungkin. Buatlah yang terbaik demi rumah tangga kamu berdua. Jangan sia siakan pengorbanan arwah Harif." Nasihat Puan Qairina panjang lebar. Dia mahu melihat anak cucu hidup bahagia selepas dia tiada nanti.

Kyra pula sudah lama berada di dalam kereta. Nazrief hanya mampu memandang isterinya dari jauh.

Puan Qairina masuk ke dalam kereta. Wajah Kyra di tempat memandu dipandang.

"Kyra.." Lembut Puan Qairina memanggil anaknya itu.

"Ye mama." Jawab Kyra perlahan.

"Langkah seorang isteri tanpa izin suami hukumnya haram." Kata Puan Qairina.

Kyra seperti ingin berkata sesuatu.

"Tak kira atas alasan apa Kyra bernikah dengan dia. Hukum tetap hukum sebab dalam islam tidak ada nikah olok olok. Sebaik sahaja kita bernikah, syurga kita ada pada suami. Selagi dia masih patuh pada lunas lunas agama, Kyra ingat tak pesan arwah papa? Ketaatan isteri pada suami akan memberi ganjaran syurga pada ibu dan bapanya." Sambung Puan Qairina panjang lebar.

Kyra termenung sejenak. Tak lama selepas itu, Kyra membuka pintu kereta dan berjalan pantas mendapatkan Nazrief yang sudah pun menghidupkan enjin keretanya.

Dengan wajah selamba Kyra mengetuk cermin kereta suaminya. Terkejut Nazrief melihat Kyra yang berada di tepi keretanya itu. Nazrief terus keluar dari keretanya.

"Kenapa sayang?" Lembut suaranya bertanya.

Meluat Kyra mendengar panggilan sayang yang digunakan. Kyra membuat muka acuh tak acuh sahaja.

"Saya nak beritahu saya nak balik rumah sendiri. Mama yang suruh minta izin." Kata Kyra tanpa memandang wajah Nazrief walaupun sedikit.

Nazrief merenung wajah Kyra. Betapa rindunya dia pada isterinya ini. Tuhan sahaja yang tahu.

"Okeylah saya pergi dulu." Kyra meminta diri dan melangkah pergi.

Sebaik sahaja Kyra melangkah, Nazrief pantas memaut lengan Kyra. Kyra menoleh pada Nazrief dengan muka masam mencuka namun tidak pula menarik lengannya.

"Sayang, abang izinkan. Jaga diri. Abang akan tunggu sayang sampai sayang kembali. Ikhlas dari hati abang. Abang minta maaf dan abang benar benar menyesal dengan apa yang abang ucapkan pada sayang. Abang juga nak minta maaf sangat sangat kerana telah berlaku kasar pada sayang sampai anak kita..." Nazrief tidak mampu untuk menghabiskan ayatnya, air mata yang ingin menitis pantas diseka. Kyra turut tersentuh melihatnya namun dia memandang ke arah lain.

"Percaya lah sayang, apa yang abang kata dulu tak langsung lahir dari hati abang ianya disebabkan perasaan ego dan marah pada masa tu. Percaya lah sayang, kasih abang pada sayang tidak pernah padam dari mula sayang hadir dalam hidup abang hinggalah ke nafas abang yang terakhir. Abang akan buktikan." Sendu kedengaran suara Nazrief namun di kala ini hati Kyra masih beku untuk menerima semua kata kata itu.

Perlahan lengan Kyra dilepaskan.

"Jaga diri ya sayang." Pesan Nazrief.

Elok Kyra hendak melangkah, Nazrief menghulurkan tangan untuk bersalam dengan isterinya, Kyra jadi serba salah. Dari jauh Kyra lihat Puan Qairina memerhati. Kyra melepaskan nafasnya sebelum menyambut salam Nazrief.

Kyra dapat rasakan eratnya genggaman tangan Nazrief. Perlahan tangan suaminya dicium. Bagaikan air dingin mencurah ke dalam jiwa Nazrief di kala ini sebaik sahaja isterinya mencium tangannya, terus dahi isterinya dikucup penuh kasih.

Nazrief merenung wajah Kyra lama sebelum memeluknya. Dia sudah tidak tahan menanggung rindu yang menggunung.

Kyra tergamam. Dia hanya membiarkan sahaja. Adakah dia juga merindui kucupan dan pelukan penuh kasih dari Nazrief? Kyra masih lagi berperang dengan perasaannya sendiri. Antara marah, benci, rindu dan kasih. Entahlah dia sendiri bingung.

"Abang sayang Kyra." Bisik Nazrief di telinga Kyra lalu melepaskan pelukan eratnya.

Kyra memandang wajah suaminya sekilas lantas terus berlalu pergi dengan perasaan yang sukar untuk ditafsirkan.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now