BAB 19

5.4K 112 3
                                    

"SAYANG, abang nak pergi kerja dah ni." Kejut Nazrief kepada isterinya yang sedang tidur nyenyak. Ubun ubun Kyra diusap sebelum dicium lembut. Sayang betul dia nak pergi meninggalkan Kyra. Rasa nak cuti je tapi mengenangkan tanggungjawab nya sebagai seorang CEO kena lah tunjuk contoh yang baik.

Kyra terpisat pisat bangun dari tidurnya. Tangan nya diletak atas kepala menghalang cahaya matahari yang menusuk ke dalam kornea mata.

Beberapa minit kemudian baru dia tersedar sepenuhnya. Kyra menutup mukanya dengan selimut apabila teringat kejadian malam semalam. Malu.

"Hey tak payah malu lah." Kata Nazrief sambil menarik selimut yang menutupi muka Kyra. Dia tersenyum lucu.

Kyra diam tidak berkutik.

"Sayang, janganlah malu sangat sampai tak nak cakap." Nazrief tergelak kecil melihat perangai isterinya itu. Malu sangat ni.

"Ehem.. Nak cakap apa?" Balas Kyra selepas berdehem sedikit untuk menghilangkan kekoknya.

"Abang nak pergi kerja dah ni. Jom, turun breakfast." Ajak Nazrief. Jari jemari Kyra disulam dengan jemarinya.

"Tapi Kyra tak mandi lagi. Kusut masai lagi ni." Kata Kyra. Dia masih lagi memakai baju kemeja milik Nazrief pada pagi ini.

"Kyra sentiasa cantik di mata abang. Jom!" Balas Nazrief sambil menarik tangan Kyra untuk turun dari katil.

"Jap nak sikat rambut." Kyra menyikat rambutnya dengan cepat lalu turun ke bawah bersama sama Nazrief.

Sebaik turun ke bawah mereka ternampak Alia dan Amani duduk di meja makan sambil makan dan berbual bual mesra.

"Good Morning guys!" Sapa Nazrief ceria. Kyra pula tidak berkata apa apa.

"Hai! Good morning!" Balas Amani dan Alia serentak.

Mata Alia terus menangkap susuk tubuh Kyra yang memakai baju kemeja yang jelas kepunyaan Nazrief kerana itu bukanlah saiznya dan kemeja lelaki. Dia terus menunduk menghadap makanannya. Sakit hati tengok lama lama.

Sedang mereka menjamu selera, Alia memecahkan suasana sunyi mereka.

"Err... Nazrief. I nak kerja dengan you boleh? Err.. Amani sekali." Kata Alia tiba tiba. Inilah masa dia nak dekatkan diri dengan Nazrief. Asyik duduk rumah je, balik kerja baru dia dapat tengok muka Nazrief. Itupun sekejap sebelum Nazrief masuk ke dalam bilik.

"Mmm... Boleh tu boleh. Tapi korang pandai ke bab bab business ni?" Tanya Nazrief agak ragu ragu. Dia tak nak nanti business dia merudum jatuh kerana Amani dan Alia.

"Alah you ajarlah kita orang. Please... I need to save money untuk bayar rumah sewa I nanti." Pinta Alia. Sengaja dia memberi alasan untuk mengumpul duit buat rumah sewanya. Kyra hanya menggulingkan biji matanya. Gedik betul.

"Ermm boleh lah. Tapi janji kerja betul betul okay. I bagi you guys kerja senang dulu." Balas Nazrief. Alia mengangguk kan kepalanya dengan ceria. Tak kisah tugas apa pun janji dekat dengan Nazrief.

"So bila kita orang boleh mula kerja Naz?" Tanya Alia teruja. Amani hanya diam memerhati riak wajah Kyra yang sudah berapi dengan keputusan Nazrief.

"Sekarang pun boleh. But kita buat sesi ramah mesra dulu dekat pejabat. Kenalkan you guys pada pekerja dekat sana." Ujar Nazrief. Jam dikerling. Masih ada masa.

Amani dan Alia dengan segera terus menuju ke atas untuk menukar pakaian mereka dan mengikut Nazrief ke tempat kerja.

"Ish! Kenapa abang setuju!" Marah Kyra sebaik sahaja bayangan dua orang itu hilang.

"Diorang nak belajar selok belok business. Abang nak la ajar diorang. Apa salahnya kita kongsi ilmu kan? Mungkin dengan kehadiran diorang nanti dapat untung lebih ke? Mana kita tahu kan." Jawab Nazrief. Tangan Kyra digenggam kemas. Ingin menenangkan hati isterinya itu.

"Nanti mesti abang asyik berkepit dengan Alia je kan? Tugas Kyra sebagai PA abang dulu mesti abang bagi dekat dia." Ujar Kyra dengan nada cemburu.

"Mana ada, abang akan pastikan abang ada lebih masa dengan sayang. Okay? Pasal jawatan sayang tu abang tak boleh buat apa. Kalau abang rasa salah seorang dari diorang sesuai kerja sebagai PA, abang ambik lah." Belum sempat Kyra mahu menjawab Alia dan Amani menyampuk.

"Kami dah siap!" Sampuk Alia dan Amani dari atas tangga.

"Ok! Let's go! Sayang, abang pergi dulu tau bye!" Nazrief seperti biasa mencium kedua belah pipi Kyra dan dahi sebelum bergerak ke tempat kerja. Alia memalingkan mukanya ke arah lain. Sakit hati dia lihat mereka berdua bemesraan.





SEMENJAK Amani dan Alia bekerja dengan Nazrief, Kyra kerap kali rasa tersisih. Nazrief selalu balik lewat malam. Bila balik tak sempat nak sembang cakap letih. Hari minggu pun kadang kadang kerja ataupun kalau tak kerja makan tidur, makan tidur.

Kyra berbaring di atas katil. Suaminya tiada kerana pergi outstation dengan dua orang tu lah. Sunyi betul rasanya. Nazrief belum pernah pergi outstation semenjak dia berkahwin dengan Kyra. Bila dia pergi kali ni, Kyra terasa sangatlah kesunyian.

Ting! Mesej whatsapp di telefon Kyra berbunyi.

Kyra membuka aplikasi whatsapp dan membaca mesej yang diterima.

Haikal: Salam Kyra, boleh tak kita jumpa?

Kyra: Waalaikumussalam, untuk apa eh?

Haikal: hmm ada hal penting nak bincang. Can we?

Kyra: Kyra kena tanya abang Naz dulu

Haikal: alah tak payah lah tanya, sekejap je

Kyra: sekejap pun abang Naz kena tahu mana Kyra pergi

Haikal: Naz mesti okay punya, nak jumpa abang ipar sendiri je pun bukan sesiapa

Kyra: hmm yelah, tapi sekejap je tau

Haikal: alright, I'll come pick you up


VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now