BAB 48

8.1K 170 2
                                    

Nazrief memandang bintang yang berkelipan di dada langit dari balkoni biliknya.

Surat yang diserahkan oleh mummy arwah Harif dipandang.

Nazrief mengambil surat itu lalu membukanya perlahan.

Isi Surat:

Assalamualaikum sahabatku,

Aku pasti di kala surat ini sampai ke tanganmu, aku sudah tidak ada di dalam alam fana ini.

Nazrief,
Tidak ada banyak yang hendak kuperkatakan. Cuma satu perkara yang aku perlu jelaskan. Jujur aku katakan yang aku tiada niat walau sekelumit jua untuk merampas Kyra dari dirimu, ketahuilah sahabatku, Kyra hanya tercipta buatmu.

Nazrief,
Tipu kalau aku katakan yang aku tidak pernah mencintai perempuan bernama Nur Kyra Airyna, ketahuilah sahabatku sehingga tubuhku hancur dimamah bumi, kasihku padanya tetap abadi namun suratan takdir menentukan segalanya. Janjiku pada diri ini sebelum nafasku terhenti, Kyra harus disatukan dengan kekasih hatinya iaitu Nazrief Adam.

Nazrief,
Berikanlah kebahagiaan pada dirinya. Sayangilah dia sepenuh hatimu. Jangan biarkan dia menangis lagi. Berjanjilah  sahabatku. Nazrief, Kyra dua nama yang akan sentiasa terpahat di dalam hatiku ini.

Wassalam,
HARIF

Nazrief menggengam erat surat itu. Hatinya sangat sebak disaat ini.

"Harif, aku janji aku takkan sia siakan pengorbanan kau sahabatku, aku janji." Tekad Nazrief di dalam hatinya.

Sedang melayan perasaannya, pintu bilik diketuk. Cepat cepat surat itu disimpan ke dalam laci almari solek. Tanpa bertangguh, Nazrief membuka pintu biliknya.

Mak Ijah sudah berdiri tegak di depan pintu bilik manakala di tepinya terdapat sebuah kotak besar. Nazrief terus tersenyum sebaik sahaja ternampak kotak besar tersebut.

"Terima kasih Mak Ijah. Terima kasih kerana masih simpan barang barang isteri saya. Nasib baik Mak Ijah tak buang seperti yang saya suruh, kalau tidak, tak tahulah saya macam mana nak dapatkan balik barang barang ni." Lembut suara Nazrief, lalu mengangkat kotak besar itu masuk ke dalam biliknya.

"Mak Ijah tahu masa tu Nazrief dalam keadaan marah. Lagipun masa Mak Ijah mengemas pakaian Kyra haritu, Mak Ijah cukup yakin apa yang Naz katakan tak sama dengan apa yang ada dalam hati Naz. Mak Ijah yakin suatu hari nanti Naz akan sedar dan tahu juga perkara sebenar." Kata Mak Ijah panjang lebar.

"Alhamdulillah segalanya dah selesai sekarang. Mak Ijah bersyukur sangat kamu dan Kyra dah bersatu kembali. Doa Mak Ijah moga hubungan kalian berdua kekal hingga ke akhir hayat. Ada apa lagi yang Nazrief nak Mak Ijah tolong?" Tanya Mak Ijah sebelum beredar..

"Terima kasih Mak Ijah. Tak apa, saya kemaskan sendiri. Saya dapat barang ni pun dah bersyukur sangat." Balas Nazrief.

"Kalau macam tu kata Naz, Mak Ijah pergi dulu. Assalamualaikum." Ucap Mak Ijah dan bergerak meninggalkan bilik itu.

"Waalaikumussalam." Jawab Nazrief sambil memandang kelibat pembantunya yang makin hilang dari pandangan.

Nazrief terus duduk di birai katil sambil membongkokan sedikit badannya. Dia membuka kotak di depannya. Sebaik sahaja kotak dibuka matanya terus tertancap pada kotak barang kemas yang diletakkan di bahagian atas sekali. Terus kotak kecil itu diambil.

Nazrief membukanya perlahan.

'Gelang tangan dan cincin ini akan tersemat kembali di tangan dan jarimu sayang. Abang akan pastikan selepas ini tak ada lagi air mata yang akan menitis di pipimu. Hanya Kyra ratu hati abang, hanya Kyra seorang. Percayalah sayang, abang sayang Kyra.' Kata hatinya.

Perlahan gelang tangan itu dicium penuh kasih. Nazrief merebahkan badannya di katil dengan gelang dan cincin yang masih erat dalam genggaman.

Akhirnya, dia terlena dengan bermimpikan wajah isterinya.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now