BAB 50

8.9K 167 2
                                    

KYRA berlari membukakan pintu pagar sebaik sahaja mendengar loceng ditekan bertalu talu.

Sebaik sahaja membuka pagar yang besar itu, terpapar wajah Nazrief.

"Awak nak apa datang sini?" Tanya Kyra tanpa menjemput Nazrief masuk ke dalam rumah.

"Tak nak jemput abang masuk ke?" Soal Nazrief sambil tidak berkelip memandang wajah isterinya itu.

"Masuklah." Ujar Kyra sepatah lalu berjalan masuk ke dalam rumah diikuti Nazrief.

"Eh, Nazrief. Masuklah.. bila sampai?" Tanya Puan Qairina sebaik sahaja ternampak Nazrief di muka pintu.

"Terima kasih mama. Baru je sampai tadi" Jawab Nazrief sambil melabuhkan punggung nya di sofa berdepan dengan Puan Qairina. Kyra pula duduk di sebelah Puan Qairina.

"Awak nak apa datang sini?" Soal Kyra dingin.

"Ermmm... Mama, sebenarnya Nazrief datang sini nak ambil Kyra balik ke rumah kami semula." Ujar Nazrief berterus terang. Dia mahu memperbaiki hubungannya bersama Kyra.

Puan Qairina memandang Kyra yang menggelengkan kepala kepadanya tanda tidak mahu.

"Nazrief bincanglah dengan Kyra dulu. Apa saja keputusan Kyra, mama okay." Ujar Puan Qairina lalu menuju ke dapur.

"So, Kyra setuju tak nak balik rumah kita." Tanya Nazrief sambil menuju ke sebelah Kyra lalu duduk.

"Saya tak nak." Jawab Kyra pendek.

"Kyra, tolonglah... Sampai bila kita nak macam ni. Abang tak sanggup dah nak hidup berjauhan dari sayang. Tolonglah balik ke rumah kita semula. Abang merayu pada sayang." Rayu Nazrief sambil menggengam tangan Kyra.

Lama Kyra terdiam berfikir agaknya. Akhirnya Kyra menganggukan kepala nya sedikit.

"Terima kasih sayang." Ujar Nazrief lalu mencium tangan Kyra.

"Tapi dengan satu syarat." Sambung Kyra.

"Apa syaratnya?" Tanya Nazrief.

"Amani kena ikut sekali." Nazrief membeliakkan biji matanya.

"What? Kenapa nak kena bawa dia tu pulak?" Ujar Nazrief tak puas hati dengan syarat Kyra.

"Okay, kalau macam tu, saya pun tak nak balik rumah tu." Kyra berpeluk tubuh tanda tidak mahu jika Amani tidak ikut serta.

"Okay okay okay, dia boleh ikut tapi abang tak nak Kyra rapat rapat sangat dengan dia tu." Ujar Nazrief.

Kyra hanya menganggukkan kepalanya sedikit acuh tak acuh saja gayanya.











"NAZRIEF mama percayakan Naz sepenuhnya. Tolong jangan hilangkan rasa percaya mama pada Naz. Tolong jaga Kyra dengan sebaiknya." Pesan Puan Qairina semasa Nazrief, Kyra dan Amani mahu bertolak ke rumah Nazrief dan Kyra.

"Baiklah mama, Naz takkan sia siakan peluang yang ada." Nazrief menyalami Puan Qairina diikuti Kyra dan Amani.

Amani langsung tidak bertentangan mata dengan Nazrief, mungkin takut atau rasa bersalah.

Kereta Nazrief meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Puan Qairina.








MENJELANG malam di banglo Kyra dan Nazrief.

Kyra sibuk membasuh pinggan walaupun sudah berulang kali dilarang oleh Mak Ijah. Amani juga membantu apa yang patut di dapur.

"Tak payahlah Amani, Mak Ijah boleh buat. Tu Kyra tu berbuih mulut Mak Ijah larang dia buat kerja. Dia buat juga. Nanti marah pula Naz ingatkan Mak Ijah ni dera isteri dia." Ujar Mak Ijah mengusik Kyra.

Kyra hanya mencebikkan bibirnya mendengar usikan Mak Ijah itu.

"Bertuah sungguh Kyra, banyak orang sayang dia. Abang Naz tu lagi la, sesaat pun tak boleh berpisah dengan Kyra ni." Usik Amani pula.

Kyra merenjiskan air di tangannya ke arah Amani.

"Apa ni Kyra, basahlah." Ujar Amani sambil menepis air yang mengena mukanya.

"Cakap lagi yang merepek repek, sebaldi Kyra simbah air kat akak." Ugut Kyra.

"Mak Ijah buat air apa tu?" Soal Kyra.

"Air kopi. Semenjak Kyra tak ada kat rumah ni, Naz dah tak minum air nescafe." Ujar Mak Ijah.

Kyra serba salah mahu bertanya.

"Kenapa dah tak minum?" Tanya Kyra.

Amani sudah tersenyum senyum sumbing.

"Akak kenapa senyum senyum?" Soal Kyra.

"Sayang jugak Kyra dengan abang Naz." Kata Amani sambil tergelak.

"Ish kesitu akak ni. Orang tanya je pun." Sambil sambil itu Kyra terus mencapai mug dan membancuhkan air nescafe.

"Okaylah Mak Ijah. Kyra nak naik atas dulu." Kyra meminta diri lalu menuju ke biliknya dan Nazrief dengan air nescafe di tangan.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant