BAB 26

5.1K 134 11
                                    

KYRA memberhentikan keretanya pada sebuah hotel. Dia berniat nak tidur di situ buat malam ini. Dia sudah pasrah nak memikirkan apa yang bakal terjadi esok. Apa yang bakal terjadi pada hubungan dia dan Nazrief.

Kyra mengunci kereta lalu masuk ke dalam hotel tersebut.

"Boss, dia dah masuk." Ujar seseorang di telefon memaklumkan keberadaan Kyra.

"Harif? Bawak dia sekarang. Ikut plan kita." Jawab seseorang di talian.

"Baik boss." Talian dimatikan.




KYRA yang baru hendak merebahkan dirinya di atas katil terganggu dengan bunyi ketukan bertalu talu di pintu bilik hotelnya. Dia mengerut kening. Siapa pulak? Setahu dia tak ada orang yang tahu dia menginap di sini.

Pintu bilik dibuka perlahan lalu kepala dijenguk sedikit. Alangkah terkejut nya dia apabila melihat tubuh Harif yang terlantar di hadapan pintu bilik itu. Kyra membuka pintu bilik dengan luas. Harif yang dibaringkan ke atas ribanya lalu dia memeriksa pernafasan Harif. Masih bernafas. Mungkin pengsan. Tapi kenapa? Dan macam mana Harif boleh tahu keberadaan nya?

Kyra menepuk perlahan pipi Harif untuk menyedarkan nya.

"Harif! Bangunlah! Awak kenapa?" Harif masih kaku tidak beriak.

Kyra mengambil keputusan untuk memapah tubuh Harif masuk ke dalam bilik. Pintu dibiarkan terbuka. Dia ingin membaringkan Harif terlebih dahulu dan pergi meminta bantuan.

Sebaik sahaja dia membaringkan Harif, belakang badan Kyra diketuk oleh benda keras dari arah belakang. Kyra jatuh pengsan di atas katil bersebelahan Harif.

"Settle."


"NAZRIEF, I bukan nak masuk campur but kawan I cakap dia nampak Kyra masuk hotel dengan Harif. Dia ada send I location. I tak percaya Nazrief. I yakin Kyra bukan macam tu orangnya tapi kalau you nak periksa kita boleh pergi sana." Alia mengenyitkan mata pada Amani tanda rancangan mereka berjalan lancar.

Amani mengangguk cuma.

"Ye betul, Amani tak rasa Kyra macam tu. Dia kan adik Amani. Amani kenal Kyra macam mana." Ujar Amani mengukuhkan lagi kata kata Alia.

Nazrief sudah menyirap kepanasan mendengar berita itu tapi dia masih ragu ragu kerana dia kenal Kyra. Seburuk buruk Kyra takkan dia nak buat perangai yang boleh menjatuhkan maruah dirinya sendiri. Kyra bukan perempuan macam tu.

Nazrief mengambil kunci kereta dan berlalu ke pintu utama. Dia harus memeriksanya dengan mata kepala sendiri. Alia dan Amani melompat gembira seraya mengikuti langkah Nazrief.

Sebaik sahaja sampai ke hotel yang dimaksudkan, Nazrief sudah tidak sedap hati apabila terlihat kereta Kyra yang elok terparkir di hadapan hotel.

"Bilik?" Soal Nazrief.

"376."

Nazrief, Alia dan Amani bergegas ke arah bilik yang dimaksudkan. Ianya berada di tingkat 8.

Semakin dekat langkah Nazrief ke bilik Kyra, semakin tidak sedap hatinya. Sampai sahaja di hadapan bilik bernombor 376, kelihatan pintu bilik sedikit terkuak. Nazrief menarik nafas dalam sebelum membuka pintu bilik tersebut.

Nazrief terkedu melihat pemandangan yang menyapa matanya di saat ini. Kyra berbaring di sebelah Harif dan sedang tidur dengan nyenyak seolah olah tidak mempunyai masalah. Hatinya hancur luluh melihat keadaan itu. Dia tak sangka Kyra adalah wanita yang begitu. Penumbuknya digenggam kuat cuba menahan rasa. Timbul urat urat hijau di dahinya.

"Kyra Airyna!" Jerkah Nazrief untuk menyedarkan Kyra. Bergetar suara nya akibat menahan rasa marah. Sakit hatinya melihat keadaan mereka berdua.

Kyra terpisat pisat bangun dari pengsannya. Kepala nya dipegang. Sakit dan pening. Dia terkejut apabila mendapati Harif yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Nazrief pula berdiri di depan pintu bilik dengan muka berang.

Kyra sudah cuak. Apa yang terjadi? Seingat dia, dia hanya cuba untuk membantu Harif. Macam mana pulak dia boleh tertidur dekat sini.

"Abang.." Kyra kelu tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Dia pun masih keliru dengan keadaan sekarang. Wajah Amani dan Alia yang sedang tersenyum simpul di belakang Nazrief dipandang. Adalah semua ini kerja mereka berdua?

"Nur Kyra Airyna binti Mohd Hafreez..."

Kyra tersentak. Tak mungkin Nazrief akan melafazkannya. Kyra menggeleng kan kepalanya.

"Abang.. dengar dulu. Kyra tak tahu apa yang jadi. Kyra...." Belum sempat Kyra menghabiskan kata katanya, Nazrief menyambung.

"Aku ceraikan kau dengan talak satu."  Setitis air mata Nazrief jatuh saat melafazkan kata kata keramat itu. Amat sakit untuk dia mengambil keputusan melepaskan Kyra namun dia tiada pilihan kerana sakit yang ditanggung apabila melihat adegan depan matanya ini lebih dari segalanya.

"Abang..." Kyra kelu. Tidak terkeluar perkataan yang ingin disebut. Nazrief sudah menjatuhkan talak atas dirinya. Bermakna dia dan Nazrief sudah tiada apa apa ikatan. Wajah Nazrief dipandang dengan hati yang hancur.

Nazrief tidak betah lagi berlama di situ. Dia berpaling dan terus melangkah pergi tanpa menghiraukan panggilan Kyra. Untuk apa lagi dia dengar penjelasan kalau sudah terang lagi bersuluh Kyra buat onar di depan matanya.

Biarlah hubungan mereka setakat ini sahaja. Mungkin sampai di situ sahaja jodoh dia bersama Kyra. Takdir memcemburui mereka.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now