BAB 9

6.2K 124 2
                                    

KRING!! KRING!! Jam loceng di sebelah katil Kyra dan Nazrief berbunyi nyaring.

Kyra terjaga lalu menutup jam loceng di sebelah dan mahu bangun tetapi sesuatu menghalangnya.

Kyra melihat pinggangnya. Terlihat tangan Nazrief yang sudah pun melilit pinggang nya dengan kemas. Baru sahaja ingin menolak tangannya, wajah lena Nazrief menyapa pandangan. Nyenyak betul tidur. Kesian pula kalau dia berkasar, lagipun dia yang berdosa nanti berkasar dengan suami.

"Awak! Alih lah tangan awak ni saya nak bangun pun susah." Kata Kyra sambil menarik tangan Nazrief yang sedang memeluknya.

"Kalau macam tu tak payah lah bangun. Saya tak puas lagi peluk awak." Rengek Nazrief sambil mengeratkan lagi pelukannya.

"Ish, awak ni kan. Saya nak masaklah. Awak tak nak makan ke?" Keluh Kyra. Menyesal pulak dia berlembut.

"Tak nak. Saya nak manja manja dengan awak je." Ujar Nazrief lagi masih tidak membuka matanya.

"Baik awak lepas sekarang sebelum saya tolak awak jatuh katil.

Kyra terus bangun dan turun dari katil.

"Awak nak pergi mana." Tanya Nazrief apabila melihat Kyra bangun.

"Saya nak mandi lah. Bukan macam awak, busuk." Balas Kyra sambil mengutuk Nazrief yang masih bermalas malasan di atas katil.

Nazrief tersenyum.

"Saya nak ikut boleh tak??" Tanya Nazrief meminta kebenaran sekaligus mengusik Kyra.

"Tak boleh." Kyra terus berlari masuk ke dalam bilik air. Belum sempat dia mahu menutup pintu bilik air tangan Nazrief menghalang di sebalik pintu.

"Eii!! Awak ni kan.. Tepilah!" Jerit Kyra sambil memukul tangan Nazrief di sebalik pintu.

Akhirnya Kyra berjaya menutup pintu bilik air.

Fuh!! Kyra lega. Tetapi..

"Alamak!! Mana towel aku?! Aku lupa ke nak ambik?" Kyra gelisah di dalam bilik air. Macam mana lah dia boleh lupa.

Kyra merapatkan telinganya ke pintu. Sunyi. Mungkin Nazrief sudah turun ke bawah.

Kyra membuka pintu bilik air sedikit. Lalu keluar perlahan lahan.

Dia melihat ke penyidai.

"Aik!! Mana towel aku. Bukan ker semalam kat situ." Kyra memandang ke kanan dan melihat Nazrief berdiri di sebalik pintu bilik air dengan towel tersidai di bahu.

Nazrief tersenyum sinis.

Kyra berlari ke Nazrief dan merampas towel nya lalu menuju ke bilik air semula. Namun Nazrief dapat mengejarnya dan menerobos masuk ke dalam bilik air bersama Kyra.

Nazrief membuka shower lalu mereka kebasahan di bawah shower.

"Eii!! Awak keluar sekarang." Arah Kyra lalu menutup bajunya yang sudah basah.

Nazrief tersenyum. Bukan selalu dia nak mengusik Kyra.

"Apa salahnya saya mandi dengan awak pun. Kita suami isteri kan?" Tanya Nazrief sambil mengangkat ngangkat sebelah keningnya.

Kyra diam sebelum membuka pintu bilik air dan menolak Nazrief keluar dari bilik air.

Nazrief mengalah dan keluar dari bilik air. Tak mau usik lebih lebih, nanti merajuk susah pula dia.

Di dalam bilik air, Kyra mengeluh lalu sambung mandiannya.

KYRA melangkah turun dari tangga. Pandangannya disapa oleh Nazrief yang sedang kusyuk menonton televisyen.

Langkah kaki yang ingin ke dapur dilencongkan ke ruang tamu untuk menyertai Nazrief. Nazrief yang perasan akan kehadiran Kyra mula menggamit isterinya untuk duduk di sebelah.

Kyra tidak menolak dan terus melabuhkan duduk di sofa bersebelahan Nazrief. Nazrief tanpa amaran memeluk bahu Kyra di sebelahnya.

"Ish! Awak ni lepaslah. Rimaslah. Dah lah tak mandi,busuk tahu tak!" Kata Kyra sambil menepis tangan Nazrief dan menutup hidungnya buat buat macam tak tahan bau badan Nazrief padahal dia cuma kekok.

"Hah yeke? Mana ada bau." Ujar Nazrief tidak berpuas hati. Badan sendiri dihidu sedikit. Taj bau apa pun.

"Awak memang lah tak bau sebab tu badan awak. Saya yang bau. Dah pergi mandi. Kejap lagi saya masak turun makan." Arah Kyra. Badan Nazrief ditolak tolaknya supaya turun dari sofa.

Nazrief mengecilkan matanya merenung Kyra tanda tak puas hati dengan tindakan isterinya itu. Mentang mentang lah dia dah mandi.

"Lepas mandi, saya tuntut peluk tadi." Ujar Nazrief sebelum meninggalkan Kyra yang menutup mulut menahan tawa. Padan muka.

Kyra tanpa berlengah menutup televisyen lalu menuju ke dapur untuk memasak. Nanti kebulur pula mereka berdua kalau dia tak masak.

"Emm... Apa aku nak masak eh?" Tanya Kyra kepada dirinya sendirian.

Setelah mendapat idea, Kyra meneruskan aktivitinya.

Sedang Kyra fokus dengan masakannya, Nazrief datang lalu memeluk Kyra dari belakang sambil meletakkan dagunya di bahu Kyra.

Terperanjat Kyra dibuatnya sampai terlepas senduk yang dipegang. Tubuhnya serta merta mengeras. Deru nafas Nazrief dapat dirasa pada batang lehernya.

"Awak masak apa ni? Sedapnya bau." Puji Nazrief. Aroma masakan Kyra dihirupnya.

"Awak ni tiba tiba je. Terkejut saya." Balas Kyra. Wajah Nazrief yang berada di sebelah dikerling sekilas.

"Sorry, saya cuma datang nak tuntut hutang tadi je." Ujar Nazrief sambil tersengih sengih.

"Masak apa ni?"

"Masak simple je. Kuey teow goreng." Balas Kyra dengan suara yang agak bergetar. Walaupun gementar, yang peliknya dia tak terasa pula nak menolak Nazrief yang sedang memeluknya. Rasa selesa pun ada.

"Awak. Tadi mama saya call dia suruh kita datang rumah. Awak pun tak pernah datang rumah saya kan. Adik beradik saya pun awak tak kenal lagi." Ujar Nazrief. Yelah mana nak kenalnya. Waktu wedding haritu, abangnya Haikal tidak berada di sini. Hanya ada adiknya iaitu Amirul. Ini mungkin semua ahli keluarga sudah ada di rumah sebab tu mama jemput mereka datang.

"Ouh.. So, bila kita nak pergi?" Tanya Kyra pula dengan senang hati. Keluarga mertuanya sangat baik jadi dia rasa seronok pula ingin berjumpa keluarga barunya itu.

"Err.. Kalau boleh lepas breakfast ni kita pergilah. Boleh?" Tanya Nazrief. Dia tak bagi kata putus lagi kepada Puan Dayana dek kerana mahu menanyakan jawapan Kyra dahulu.

"Okaylah kalau macam tu. Dah awak pergi duduk depan. Jangan kacau saya nak masak." Kyra meleraikan pelukan Nazrief di pinggangnya. Lama lama mau tercabut jantungnya nanti akibat gementar. Nazrief mencebik tapi masih mengikut arahan Kyra dan melangkah ke ruang tamu.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now