BAB 23

4.3K 120 4
                                    

KYRA terkejut mendengar pintu yang dibuka dengan kasar. Nazrief, Amani dan Alia berjalan masuk ke dalam bilik itu dengan seorang pekerja perempuan yang mengambil komputer Nazrief sebentar tadi.

Kyra terus bangun dari sofa yang didudukinya. Dia sudah berasa tidak sedap hati apabila melihat riak wajah mereka masing masing ketat sahaja.

"Apa yang Kyra dah buat?!" Tengking Nazrief. Wajah Kyra ditatap tajam.

"Buat apa?" Kyra terpinga pinga. Dia buat apa? Dari tadi dia duduk sini tiba tiba kena marah?

"Abang dah cakap jangan bukak komputer abang kan?!" Tengking Nazrief lagi. Nada suaranya masih tidak berubah. Alia di belakang Nazrief hanya senyum sumbing melihat Kyra ditengking sebegitu rupa.

"Mana ada Kyra bukak." Nafi Kyra. Yelah, dia dari tadi duduk situ bukak apanya.

"Lain kali kalau tak tahu. Jangan pandai pandai. Dah susahkan orang lain! Sekarang ni nak meeting bahan takde. Semua dokumen dalam komputer ni dah terpadam." Sampuk Amani.

Kyra tersenyum sinis mendengar jawapan Amani. Dia sudah dapat mengagak yang semua ini kerja Amani dan Alia untuk buat dia dan Nazrief bergaduh.

"Kyra boleh senyum?" Nazrief semakin membara. Dalam saat saat genting seperti ini boleh pula Kyra tersenyum.

"Habistu? Abang nak Kyra buat apa? Menangis? Menangis atas kesalahan yang Kyra tak buat?" Soal Kyra bertubi tubi. Sakit pula hati dia dengan Nazrief ni, tak reti nak siasat terus nak salah salahkan orang.

"Kyra ada main komputer ni kan?"

"Kyra bukak sekejap je tadi. Lepas tu, Kyra duduk dekat sofa ni. Tak lama lepas tu, dia pula ambil komputer ni. Manalah Kyra tahu." Ujar Kyra selamba sambil menuding ke arah pekerja perempuan itu.

"Farah cakap masa dia nak ambil komputer ni Kyra masih main dengan komputer ni." Ujar Nazrief.

"Betul Encik Nazrief. Waktu saya nak ambil komputer tu, Puan Kyra masih main komputer tu." Kyra terbeliak biji mata apabila mendengar kata kata Farah. Buta ke apa dia ni?

"Eh farah! Kau jangan pandai pandai nak tuduh aku eh?!" Kyra yang bengang terus ke arah Farah dan merampas komputer di tangan Farah dengan kuat. Sampai nak terjatuh Farah dibuatnya.

"Dah lah Kyra pergi balik. Lain kali je beli barang. Abang ada banyak kerja kena selesaikan." Ujar Nazrief sambil mengurut dahinya. Pening kepala dia bila semua dokumen hilang.

Kyra tidak mengendahkan perkataan yang keluar dari mulut suaminya. Dia segera mengambil pendrive yang terletak di atas meja lalu dicucuk ke komputer.

Flashback

Kyra menutup komputer Nazrief yang terbuka lalu bangun untuk duduk di sofa akan tetapi dia terlanggar bucu meja menyebabkan pendrive di atas meja terjatuh.

"Eh! Pendrive!" Kata Kyra sambil mengutip pendrive tersebut lalu membelek beleknya.

"30 GB, banyak ni boleh simpan macam macam." Bisik Kyra seorang diri.

Dia kembali menuju ke arah komputer dan membuka lalu menyimpan segala dokumen penting dalam komputer itu di dalam pendrive. Dia saja buat begitu untuk prepare. Mana lah tahu, Nazrief kehilangan semua dokumen itu. Ada juga spare.

Flashback End

"Pendrive ni beli untuk pakai. Bukan untuk buat pekasam. Kyra dah save kan segala dokumen penting abang dalam ni. So, kalau dokumen tu hilang tak jadi apa apa sebab Kyra dah save dalam ni." Ujar Kyra menerangkan kepada mereka semua.

Sebaik saja mencucuk pendrive itu,semua dokumen keluar di screen komputer satu persatu.

"Sekarang dah ada kan? Okay selamat bekerja." Kyra terus berlalu pergi sebaik sahaja habis berkata kata.

"Kyra!" Jerit Nazrief seraya berlari mengejar Kyra. Kyra terus berjalan tanpa menghiraukan Nazrief yang sedang memanggilnya di belakang.

"Kyra! Stop! Kyra!" Nazrief mencapai tangan Kyra.

Kyra merentap tangannya dari genggaman Nazrief lalu meneruskan perjalanan.

"Tak apa lah! Kyra dah tak sayangkan abang! Kalau abang mati pun Kyra tak kisah kan?" Kata Nazrief lalu menyorok dari Kyra di sebalik tiang.

Kyra terhenti lalu berpaling. Dilihatnya Nazrief sudah tiada. Dia mencari cari kelibat Nazrief namun masih tidak kelihatan.

"Tak apa lah! Abang nak tinggalkan Kyra kan? Kalau Kyra mati pun abang tak kisah." Balas Kyra lalu berlari menuruni tangga dan pergi ke tempat parkir kereta. Dia pula mahu mengenakan Nazrief.

Nazrief keluar dari tempat persembunyian. Dilihatnya Kyra sudah tiada. Dia menuruni tangga dan mencari Kyra di sebalik kereta kereta yang ada. Nazrief sudah risau.

Dia mengeluarkan telefonnya. Belum sempat dia hendak menelefon Kyra, Kyra muncul di sebalik sebuah kereta.

"Abang!" Kyra menepuk bahu Nazrief dari belakang.

"Ya allah! Abang ingatkan Kyra dah hilang. Risau abang." Kata Nazrief sambil memeluk Kyra erat.

"Haha! Ingat abang je ke boleh merajuk Kyra pun boleh!" Kyra meleraikan pelukan erat suaminya.

"Abang minta maaf okay? Abang runsing sangat tadi sebab semua dokumen abang hilang, Farah pula cakap sayang yang main komputer abang." Terang Nazrief. Tangan Kyra digenggam erat. Dia rasa sangat bersalah.

"Hmm nasib abang ni suami Kyra. Dah lah, jom beli barang. Dah lewat ni." Kyra terus menarik tangan Nazrief. Lagipun dia tahu ianya bukan salah Nazrief.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now