BAB 24

5.1K 114 4
                                    

KERETA Nazrief memasuki garaj rumah banglo dua tingkat itu. Jam sudah pun menunjukkan pukul 10 malam.

"Abang nak Kyra tolong ke?" Tanya Kyra kepada Nazrief yang sedang mengendong pelbagai beg kertas di tangannya.

"Tak payah lah bukan banyak sangat pun." Perli Nazrief.

"Eh abang jangan nak perli perli Kyra. Abang yang bagi green light Kyra on je lah." Balas Kyra.

Nazrief tersenyum cuma. Sengaja dia mahu mengusik Kyra. Nazrief dan Kyra beriringan masuk ke dalam rumah.

"Hisk..hisk.." Terdengar suara Alia menangis teresak esak dari dalam rumah.

"Abang dengar tak? Itukan suara Alia. Kenapa dia menangis tu?" Tanya Kyra pelik. Tak ada angin, tak ada ribut kenapa pula perempuan tu menangis?.

"Kyra pergilah tengok dulu. Abang nak hantar barang barang ni kat atas." Ujar Nazrief sambil membawa naik barang barang yang dibeli mereka ke atas.

Kyra segera menuju ke bilik Amani. Dilihatnya Alia menangis teresak esak sambil ditemani Amani di sisi.

"Kak, kenapa ni? Ada benda jadi ke?" Soal Kyra dengan kening berkerut.

"Kenapa ni?" Sampuk Nazrief setelah menghantar barang barang belian mereka. Dia memeluk tubuh di samping Kyra sambil memerhatikan Alia yang menangis teresak esak.

"Haish! Serba salah pulak nak cakap." Ujar Amani. Kyra musykil. Macam ada benda yang tak kena je. Lama kelamaan Kyra sedar ini semua satu rancangan Alia dan Amani.

"Tadi masa kita orang nak balik tu, ingat nak ambil grab lepastu tiba tiba kawan Kyra yang Harif tu dia ajak kami tumpang. Masa nak naik kereta tu, akak nampak Harif pegang pinggang Alia. Tapi Harif cakap Alia nak terjatuh sebab tu lah dia nak tolong." Terang Amani sambil mengerling Alia di sisi.

"Tipu! I tak rasa nak jatuh pun! Dia yang sengaja nak ambil kesempatan." Rengek Alia. Mukanya yang basah dengan air mata di tayang pada Nazrief meminta simpati.

"Saya kenal Harif tu macam mana. Jangan ingat awak boleh burukkan dia sesuka hati." Marah Kyra. Suka hati je nak tuduh Harif macam tu.

"Yang Kyra nak backup dia sangat ni kenapa?" Tanya Nazrief pula. Dia mula berasa cemburu apabila Kyra seolah olah mahu mempertahankan Harif. Terbayang bayang pula adegan tangan Kyra yang bersentuhan dengan tangan Harif.

"Sebab Kyra kenal dia. Dia tak macam tu, silap silap Alia lagi teruk dari dia." Bidas Kyra kepada Alia yang masih lagi teresak esak. Membulat besar mata Alia mendengar kata kata Kyra.

Belum sempat Nazrief membalas Alia menyampuk.

"Takpelah. Mungkin Kyra ingat I ni saja buat buat cerita." Kata Alia lalu berlari keluar diikuti Amani. Esakannya makin kuat kedengaran.

Kyra hanya diam menahan amarahnya. Kyra ingin keluar dari bilik itu tetapi Nazrief memegang tangannya.

"Nak pergi mana?" Tanya Nazrief.

"Kyra nak jumpa Harif." Ujar Kyra terus terang.

"Bukan Kyra yang patut jumpa dia. Abang yang patut jumpa dia." Ujar Nazrief dengan muka bengis.

"Abang jumpa dia abang nak buat apa? Nak pukul dia? Abang jangn buat pasal nanti abang yang tidur lokap." Kata Kyra agak risau dengan tindakan yang bakal dilakukan oleh Nazrief.

Nazrief hanya diam tidak membalas.

"Kyra pergi dulu."

"Abang tak izinkan Kyra keluar! Ingat kyra, syurga di bawah tapak kaki suami." Kata Nazrief lalu melangkah pergi meninggalkan Kyra sendirian.

Kyra mengeluh berat. Dia perlukan penjelasan dari Harif. Dia yakin Harif tak akan buat perkara sebegitu rupa.



"HARIF ambil saya dekat bus stop depan taman rumah saya. Ada benda nak bincang." Ujar Kyra dengan suara berbisik.

"Okay, see you Kyra." Kyra segera menamatkan panggilan sebelum Nazrief tersedar.

Nazrief yang sedang nyenyak tertidur dipandang sepi.

'Sorry abang, Kyra kena juga buktikan Harif tak salah.'

Kyra mengambil handbagnya lalu melangkah keluar dari rumah dengan senyap. Tanpa dia sedari, langkahnya diperhatikan oleh dua orang manusia yang busuk hati.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now