BAB 36

5.9K 132 4
                                    

KYRA merendamkan kakinya ke dalam kolam di rumah Harif. Dia teringatkan kejadian petang tadi di shopping mall. Dia tak faham kenapa tiba tiba perangai bekas suaminya itu boleh berubah. Macam terdesak sangat aja gayanya.

Tak dinafikan Kyra masih mempunyai perasaan pada lelaki itu tapi dia tak ingin mengulangi silap yang sama. Ianya terlalu sakit untuk diulangi.

"Hai." Teguran Harif mematikan lamunan Kyra.

"Hai.."

"Kenapa tak tidur lagi?" Harif mengambil tempat di sebelah Kyra.

"Tak boleh tidur. Keluar ambik angin kejap." Jawab Kyra pendek.

Harif hanya menganggukkan kepalanya mendengar jawapan Kyra.

"Harif.."

"Ye, kenapa?" Harif memalingkan wajahnya memandang Kyra. Tak jemu sungguh dia memandang wajah itu.

"Awak tak rasa tergangggu ke kalau saya duduk sini? Tak rasa beban ke?" Tanya Kyra risau kalau kalau dia menyusahkan Harif sepanjang dia berada di sini.

"Kyra, buat pengetahuan awak, saya langsung tak rasa terganggu or beban malah saya rasa happy sangat bila awak duduk sini. Setiap hari hari saya cukup bermakna bila ada awak. Saya selalu impikan saat macam ni dari dulu lagi." Kata Harif sambil memandang wajah Kyra dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

"Mustahil awak tak rasa beban langsung. Saya datang sini secara mengejut, sehelai sepinggang. Lepas tu, semua awak yang kena tanggung. Saya ni memang beban bagi awak kan? Saya ni memang menyu.." Belum sempat Kyra habis cakap Harif meletakkan jarinya di bibir Kyra.

"Shhh.. Jangan cakap macam tu." Kata Harif sambil merenung mata Kyra sedalam dalamnya. Sejujurnya Harif sangat merindui waktu waktu mesranya bersama Kyra dulu.

Kyra mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tahu cara pandangan Harif itu seperti mahu Kyra kembali kepadanya. Tapi Kyra tidak bersedia, jadi dia tidak mahu memberikan harapan palsu kepada Harif.

"Okaylah, saya dah mengantuk.. Saya masuk tidur dulu." Kata Kyra lalu bangun tapi entah macam mana Kyra tergelincir dan jatuh ke dalam kolam.

"Tolong! Saya tak pandai berenang!" Jerit Kyra meminta tolong. Dapat dirasakan air mula memasuki hidung dan mulutnya.

Harif panik.

Semakin lama Kyra rasa dia semakin tenggelam ke dasar kolam.

Harif tanpa membuang masa terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Kyra.

Harif menarik Kyra ke tebing. Dia berasa sangat risau. Takut apa apa yang buruk berlaku pada Kyra.

Harif membaringkan Kyra di atas lantai. Harif panik. Dia tidak tahu mahu melakukan apa. Dia tidak tahu menahu dalam hal ini.

Harif segera meletakkan kedua belah tangannya di dada Kyra dan menekan berulang kali namun tiada yang berubah.

Tiada cara lain lagi kalau itu pun tak berjaya. Tapi dia agak serba salah untuk melakukannya.

Harif menarik nafas panjang. Nyawa Kyra lebih penting. Lalu dia perlahan lahan mendekatkan bibirnya dan bibir Kyra.

Semakin dekat jantung Harif berdegup kencang. Tidak pernah dia sedekat ini dengan Kyra. Belum sempat bibirnya bertemu bibir Kyra satu suara menghalang.

"Woi! Kau nak buat apa tu!?" Suara Nazrief kedengaran. Di rumah dia berasa tidak senang hati melihat Kyra dan Harif di shopping mall berdua duaan lalu mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Harif.

"Kau jangan salah faham. Aku nak selamatkan nyawa Kyra. Dia jatuh kolam dan tak sedarkan diri." Terang Harif.

Nazrief meluru ke arah Harif.

"Biar aku yang buat. Kata Nazrief mengambil tempat Harif.

Harif hanya mengangguk membenarkan. Tidak guna bertengkar Kyra sudah nyawa nyawa ikan.

Selepas membuat CPR, tiada respon juga. Mereka berdua kembali panik. Harif sudah mengeluarkan telefonnya untuk menelefon ambulans namun belum sempat nombor didail. Kyra terbatuk batuk dan mengeluarkan air dari mulutnya.

Kyra tersedar dan terus memeluk Nazrief dengan erat. Nazrief membalas pelukan Kyra sambil mengusap ngusap kepalanya perlahan.

Kyra menangis ketakutan. Dia berasa trauma. Dia merasakan matanya berpinar pinar dan dia pun tidak sedarkan diri di dalam pelukan Nazrief.

Nazrief dan Harif panik.

"Biar aku bawak dia naik atas. Kau pergi tukar baju yang basah tu." Arah Nazrief.

Harif mengangguk cuma. Nazrief mengendong Kyra naik ke bilik di tingkat atas.

Nazrief meletakkan Kyra di atas katil. Dia terpaku buat seketika apabila melihat bentuk tubuh Kyra yang terlihat apabila baju yang basah melekat di tubuhnya. Tapi, dia cepat cepat ber ighstifar. Dia kembali sedar yang kyra bukanlah isterinya lagi.

Selepas menukar pakaiannya, Harif kembali ke bilik Kyra untuk memeriksa keadaannya. Dilihatnya Nazrief sedang menatap wajah Kyra.

"Ehem ehem.." Harif berdehem untuk menyedarkan Nazrief yang sedang mengelamun.

Nazrief menuju ke arah Harif.

"Thank you bro! Sebab selamatkan Kyra." Nazrief menepuk bahu Harif perlahan. Bersyukur juga ada Harif. Tidak lah jadi apa apa yang buruk kepada Kyra.

"Tak ada hal lah." Balas Harif.

"Macam mana dia boleh duduk sini?" Tanya Nazrief mula mengorek rahsia.

"Dia stay sini  sementara. Family dia halau dia dari rumah." Ujar Harif sambil memandang Kyra dengan pandangan kasih.

"Kenapa?" Nazrief terkejut mendengar berita itu.

"Panjang ceritanya. Nantilah aku ceritakan." Ujar Harif. Dia perlukan kebenaran Kyra untuk menceritakan kepada Nazrief.

"Ni sekarang siapa yang nak tukarkan baju Kyra. Mana boleh dibiarkan macam tu nanti demam." Ujar Harif risau.

Nazrief dan Harif saling berpandangan.

"Kau tolong lah call Amani ke Raisya ke? Mintak datang sini tukarkan baju Kyra. Takkan kita pulak yang nak tukarkan." Ujar Harif.

Nazrief mengangguk faham. Dia mengambil keputusan untuk menelefon Amani saja kerana Raisya sudah bersuami agak rumit kalau call tengah tengah malam buta ni.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now