BAB 18

4.8K 130 4
                                    

PAGI pagi lagi Alia sudah bangun untuk menyediakan sarapan buat Nazrief. Macam dia pula isteri Nazrief yang sebenar. Rajin betul.

Nazrief yang sudah bersiap untuk pergi ke kerja disapa Alia di meja makan.

"Hai Naz! Marilah makan." Alia menggamit Nazrief dengan mesra.

Nazrief mengerling jam di tangannya lalu menuju ke arah Alia. Sempat lagi dia nak breakfast.

"Thanks, mana Amani? Tanya Nazrief sambil mencapai sandwich dan mengambil secawan kopi yang disediakan oleh Alia.

"Amani tengah mandi. Mana Kyra? Mesti dia tak bangun lagi kan? Apalah dia tu, sepatutnya kalau dah jadi isteri tu buatlah makan suami. Kalau you kahwin dengan i dulu mesti tak macam ni." Kata Alia panjang lebar. Ini lah peluangnya nak memburuk burukkan Kyra sebab dia hanya berdua duaan dengan Nazrief.

"Nope, don't make an assumption. I know my wife better. I tak suka you cakap buruk tentang Kyra. I yang suruh dia rehat dekat atas, dia tak sihat." Bidas Nazrief. Tersentak Alia mendengarnya.

"Sorry lah, I bukannya nak burukkan Kyra. You jangan salah faham." Ujar Alia cuba menenangkan suasana kembali. Silap borak pula.

"Nevermind, you bila nak jumpa rumah? Lambat lagi ke? I bukan nak halau but you know right I dah kahwin. We want a privacy."

"Errr kawan I tengah cari lagi rumah sewa. Sorry lah kalau you rasa I menyusahkan you. I.." belum sempat Alia menghabiskan ayatnya, Nazrief sudah bangun dari kerusi dan mengambil briefcase nya.

"Nanti kita borak lain, I dah lambat."

"Mak Ijah! Nanti tolong bawakan makanan ke atas. Puan Kyra tak sihat." Nazrief sempat meninggalkan pesanan kepada pembantu rumah baru mereka iaitu Mak Ijah.

Sebaik sahaja Nazrief pergi ke tempat kerja, Kyra keluar dari bilik dan menuju ke bawah perlahan lahan. Kyra turun ke bawah dan menuju ke dapur. Alia yang baru habis makan menuju ke singki untuk membasuh tangan.

Pak! Pinggan nasi Alia jatuh ke lantai apabila terlanggar Kyra yang juga menuju ke dapur.

Kyra pula terjelepuk jatuh di depan Alia.

"Hey! Kau ni kan lain kali jalan pakai mata bukan pakai lutut!" Jerkah Alia di depan Kyra. Terkeluar perangai sebenarnya di hadapan Kyra.

"Ya allah! Puan tak apa apa ke?" Mak Ijah yang ternampak kejadian itu segera menolong Kyra untuk bangun.

Kyra pula berasap mendengar kata kata Alia. Dah tunjuk perangai sebenar dah perempuan ni.

"Hey! Lebih baik jalan pakai lutut dari pakai mata!" Jerkah Kyra pula.

"Kenapa pulak?"

"Kau tengok bulu mata kau tu, dah macam ekor ayam aku tengok. Kau nampak orang ke dengan ekor ayam dekat mata kau tu?" Balas Kyra geram.

"Kurang ajar punya perempuan!" Sebiji penampar dilepaskan ke muka Kyra.

Kyra memegang pipinya yang agak pijar terkena tamparan Alia. 'Perempuan ni dah melampau.' Desis hati Kyra.

Lalu dengan geram Kyra pula melepaskan tamparannya ke muka Alia. Puas hati dia. Ingat dia tak ada tangan ke nak membalas. Alia ingin menampar Kyra buat kali kedua tetapi satu tangan menghalangnya sebelum sempat dia membalas.

Dia mendongak kepala memandang siapa yang berani menghalangnya. Nazrief! Nazrief melepaskan cengkaman nya dari tangan Alia.

"Naz! Tengok dia ni! Dia tampar I!" Adu Alia sambil memeluk lengan Nazrief. Semakin melampau perangai nya.

Nazrief memandang pipi isterinya yang merah. Kyra terus berlari ke atas dengan perasaan marah. Nazrief segera menolak Alia yang menempel padanya dan mengejar Kyra.

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now