BAB 11

5.1K 118 6
                                    

NAZRIEF terburu buru membuka pintu kereta sebaik sahaja sampai ke perkarangan rumah. Dia menarik nafas lega apabila terlihat kasut Kyra yang elok terletak di depan pintu rumah. Dia harus memujuk Kyra sebelum melarat pula rajuknya.

Nazrief masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik mereka di atas.

Tok! Tok! Tok! Nazrief mengetuk pintu bilik mereka. Tetapi tidak ada jawapan.

Nazrief membuat keputusan untuk membuka pintu bilik perlahan lahan. Dia melihat Kyra tidur membelakangi pintu bilik. Kyra yang mendengar bunyi pintu dibuka terus berpura pura untuk tidur. Mata dipejam rapat.

"Saya tahu awak tak tidur Kyra." Tegur Nazrief sambil melabuhkan duduk di birai katil.

Kyra hanya menyepikan diri.

"Kyra bangunlah. Saya nak explain apa yang jadi." Pujuk Nazrief perlahan.

Kyra masih lagi diam tidak menyahut mahupun bergerak.

Nazrief yang geram melihat Kyra yang terus terusan diam terus mengalihkan badan Kyra menghadapnya. Kyra bangun perlahan lahan dengan muka masam.

Nazrief tersenyum melihat muka Kyra yang sudah cemberut itu.

"Yang tadi tu, awak janganlah fikir bukan bukan. Kakak awak cuma nak tergelincir. Saya tarik lah tangan dia takkan nak biar dia masuk kolam ikan. Itu kan kakak ipar saya." Nazrief menceritakan perkara sebenar yang berlaku.

"Perlu ke sampai nak peluk?" Tanya Kyra pula. Mukanya masih tidak berubah.

"Mana ada saya peluk. Saya tahan dari jatuh je. Posisi awak berdiri je nampak macam peluk." Kyra hanya diam mendengar jawapan Nazrief. Entah nak percaya ke tidak.

"Senyumlah sikit." Kata Nazrief apabila melihat masih tiada senyuman di wajah kesayangannya itu.

"Tak nak." Kyra memuncungkan mulutnya.

Nazrief manarik pipi Kyra sedikit supaya tersenyum.

"Isteri saya ni kalau merajuk susah betul nak pujuk." Kata Nazrief.

"Kalau awak buat benda pelik macam tu sekali lagi, saya takkan maafkan awak dah." Balas Kyra pula. Hatinya dipujuk untuk berfikiran positif. Mungkin betul apa yang dikatakan Nazrief tadi. Takkan dia nak biar kakak masuk kolam pulak.

"Ye, promise tak buat dah." Kyra mengukir senyuman nipis. Nazrief lega. Nasib lah Kyra tak merajuk lebih lebih.

"Nak pergi mana?" Tanya Kyra apabila Nazrief menarik tangannya tiba tiba.

"Pergi bawah lah. Saya lapar. Tadi tak sempat nak makan dekat rumah mama, awak merajuk." Adu Nazrief. Perutnya dipegang tanda dia sedang lapar.

"Yelah yelah. Jom." Kyra turun dari katil. Kesian pula dekat suaminya itu, disebabkan nak pujuk dia, tak sempat makan Nazrief dibuatnya.

Lalu mereka turun beriringan ke bawah.

Sedang Kyra menemani Nazrief makan di dapur telefon Kyra berbunyi.

Ting! Menandakan mesej masuk.

Kyra membuka phonenya lalu ke aplikasi whatsapp. Dia melihat mesej yang diterima daripada nombor yang tidak dikenali.

Unknown: Hai!

Kyra: Siapa ni?

Unknown: Haikal.

Kyra: Haikal? Abang Nazrief?

Haikal: Yup, kenapa tak suka ke? Saya nak kenal kenal je. Tak salah kan nak kenal dengan adik ipar sendiri.

Kyra: Tak lah, cuma mana awak dapat nombor saya ni?

Haikal: Naz bagi

Kyra: Ouh okay lah, saya ada hal.

Haikal: Alright, ada masa kita berbual lagi.

Kyra menutup phonenya lalu menghadap Nazrief yang sudah selesai makan.

"Awak, kejap lagi awak pergi ruang tamu. Saya ada benda nak cakap." Kata Kyra bernada serius.

"Okay." Balas Nazrief pelik. Dah kenapa bini aku ni. Serius semacam je gayanya.

Selesai mengemas dapur, Nazrief menuju ke ruang tamu. Dia melihat Kyra sedang duduk di atas sofa dengan muka serius seperti tengah memikirkan sesuatu.

"Kenapa ni?" Tanya Nazrief sambil memegang tangan Kyra lalu duduk di sebelahnya. Kyra membiarkan Nazrief memegang tangan nya.

"Awak bagi nombor saya dekat abang awak ke?" Tanya Kyra straight to the point. Tiada dalih.

"Ye, kenapa?" Tanya Nazrief pelik. Salah ke dia bagi? Abang ipar Kyra juga kan.

"Saya tak sukalah awak sesuka hati bagi nombor saya dekat orang." Luah Kyra. Lagi lagi orang macam abang iparnya itu. Semacam je dia tengok. Macam ada agenda lain.

"Alah, orang tu abang ipar awak juga. Apa salahnya, abang saya nak kenal kenal awak je." Ujar Nazrief polos.

"Saya tetap tak suka" Ujar Kyra menegaskan prinsipnya.

"Okay okay. Saya minta maaf ye." Nazrief menyusun sepuluh jarinya di depan Kyra.

"Lain kali jangan buat lagi." Kyra memberi amaran.

"Baik my princess." Nazrief membuat tabik hormat.

"Awak..." Panggil Nazrief meleret. Tv di depan sudah dihiraukan nya. Wajah Kyra di sebelah ditatap.

"Kenapa?" Balas Kyra sambil matanya fokus memandang televisyen.

"Boleh tak kita tukar nama panggilan?"

"Tukar nama panggilan?"

"Macam awak panggil saya abang. Saya panggil awak sayang ke?" Cadang Nazrief. Matanya dikelip penuh pengharapan agar Kyra menerima cadangannya.

"Huh? Tak nak lah. Kenapa kena panggil macam tu pulak?" Kyra membuat muka geli geleman.

"Yelah, kita kan dah kahwin tapi panggilan kita tak mesra pun. Saya ada dengar kalau nak pupuk kasih sayang mulakan dengan panggilan." Ujar Nazrief cuba menyakinkan isterinya itu.

Serta merta ingatan Kyra mengimbas panggilannya bersama Harif. Tak ada pun panggilan yang terlalu mesra di antara mereka tapi masing masing yakin dengan perasaan masing masing jadi panggilan tak penting pun bagi dirinya untuk pupuk kasih sayang.

"So, macam mana? Awak nak panggil saya apa?" Tanya Nazrief mematikan lamunan panjang Kyra.

"Hmmmm..." Kyra blank. Tiada satu pun nama panggilan yang muncul di fikirannya ketika itu.

"Saya abang. Awak sayang. Okay?" Ujar Nazrief memberi pendapat apabila melihat isterinya itu seakan akan blur.

"Hmmm... Ikut suka awak lah." Balas Kyra. Jika itu yang dimahukan oleh Nazrief, dia ikut je.

"Yess..." Kyra memandang Nazrief pelik. Seronok pulak Nazrief ni. Panggilan je pun.

VOTE🎀
COMMENT 🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now