BAB 5

6.5K 145 0
                                    

SELEPAS menghabiskan dua pusingan larian di taman itu, Kyra melabuhkan duduk di atas bangku batu yang disediakan. Nafasnya berombak menahan penat. Dah lama tak beriadah macam ni.

Ini pun dia keluar berjogging sebab merajuk dengan mama dan papa. Sibuk paksa orang kahwin.

Sedang berehat rehat sambil meneguk air yang dibawanya, Kyra mengelamun memikirkan seseorang yang sudah lama tidak didengar khabar berita nya. Seseorang yang sangat dia rindui. Satu satunya lelaki yang mampu membuatnya jatuh hati.

FLASHBACK

"Penat lah Harif. Berhenti lah dulu." Kyra memberhentikan lariannya lalu duduk di atas bangku batu yang disediakan diikuti Harif dari belakang.

"Hahahah stamina awak makin berkurang eh sekarang?" Soal Harif pada tunangannya itu.

Kyra meneguk air mineral yang dibawanya lalu mempelawa Harif. Harif hanya menggeleng tanda tidak mahu.

"Ye lah, awak pun tahu saya jogging ni kalau ada awak je. Kalau tak ada, tak ada masa saya nak keluar berjogging." Balas Kyra. Wajah pucat Harif di sebelahnya dipandang. Dia pelik sejak dua menjak ni, kalau buat aktiviti lasak sikit Harif mudah penat dan dia selalu pakai topi.

Harif hanya tersenyum tawar.

"Kalau saya tak ada, awak tak jogging lah?"

Kyra menggeleng kan kepalanya untuk menjawab persoalan Harif.

"Habis tu macam mana nak sihat kalau awak terperuk je dalam rumah? Kerja pun tak." Balas Harif pula.

"Sebab tu lah awak kena selalu ada dengan saya supaya saya boleh jogging everyday." Balas Kyra dengan ceria. Kalau dia dengan Harif, dia sentiasa gembira jadi rasa letih jogging pun tak menganggu dirinya.

"People come and go Kyra. Awak tak boleh bergantung harap pada orang sentiasa."

Kyra mengerutkan keningnya.

"Awak cakap macam nak tinggal saya je." Kyra memuncungkan bibirnya. Rasa sedih pulak bila Harif cakap macam tu.

"Bukan tu maksud saya. Saya cuma taknak awak hancur Kyra. Bila awak bergantung harap pada seseorang lebih dari segalanya, awak akan rasa kehilangan yang sangat dahsyat bila orang tu terpaksa pergi demi kebaikan." Ujar Harif dengan maksud yang sangat mendalam sampai Kyra pun sukar untuk mengerti.

"Saya tak faham lah apa awak cakap, dah lah jom sambung jogging." Balas Kyra sambil menarik tangan Harif untuk bangun dari bangku batu tersebut.

END FLASHBACK

Adakah itu maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh Harif? Adakah Harif sudah memberi petunjuk dari awal yang dia bakal pergi ke tempat yang tidak diketahui oleh Kyra.

"Kyra Airyna? Is that you?"

Lamunan Kyra terhenti apabila terdengar suara orang yang menegurnya. Kyra mendongak memandang gerangan yang baru menegur nya. Siap panggil nama penuh pulak tu.

"Harif?" Kyra terkedu sebaik sahaja pandangan nya menyapa raut wajah gerangan tersebut. Insan yang sangat dirinduinya kini berada di depan mata. Insan yang membuatkan dia termimpi siang dan malam. Ini bukan mimpi kan?

"Kyra, saya dah lama cari awak." Mata Kyra sudah berkaca kaca. Ingin sahaja dipeluk insan yang berada di depannya ini tapi dia masih tahu batasannya.

"Awak pergi mana? Sampai hati awak tinggalkan saya macam tu je." Bergetar suara Kyra semasa mengeluarkan kata kata. Perasaannya bercampur baur.

Sudah hampir 2 tahun dia tidak berjumpa dengan Harif yang merupakan tunangannya yang tiba tiba hilang entah ke mana tanpa meninggalkan pesan. Tiba tiba hari ini muncul di depannya, dia perlukan penjelasan.

Dan disebabkan kehilangan Harif juga lah, mama dan papa berkeras untuk mengahwinkan dirinya supaya dia tidak lagi menunggu kehadiran Harif.

"Saya akan jelaskan."

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now