BAB 20

4.7K 117 2
                                    

KERETA kyra memasuki garaj rumah banglo 3 tingkat itu. Kelihatan honda Civic milik Nazrief terparkir elok di garaj. Kyra sudah berdebar debar. Dia balik dengan cepat kerana Mak Ijah menelefonnya mengatakan Nazrief marah dia apabila mengetahui dia tidak berada di rumah.

Dia berjalan memasuki rumah. Dia terus menuju ke biliknya tanpa menyapa Amani ataupun Alia. Semasa dia dalam perjalanan ke bilik tadi dia terserempak dengan Alia dan juga Amani. Mereka tersenyum sinis.

Kyra menarik nafas dalam dalam dan menghembuskan perlahan lahan sebelum membuka pintu bilik tidurnya.

Sebaik sahaja Kyra membuka pintu bilik, dia melihat Nazrief sedang tidur di atas katil.

Kyra berasa lega. Biarlah Nazrief tidur dahulu. Nanti kalau bangun mesti dah sejuk sikit. Kyra mencapai tuala untuk mandi. Belum sempat dia menuju ke bilik air seseorang memanggilnya.

"Pergi mana?" Tanya Nazrief.

"Err.." Kyra segera berpatah balik dan duduk di sebelah Nazrief.

"Abang tanya ni.." Kata Nazrief dengan nada biasa tetapi mempunyai ketegasan.

"Mesti abang penat kan? Biar Kyra urut abang." Kyra mengendahkan pertanyaan Nazrief dan mula mengurut bahu suaminya itu.

"Kyra pergi mana sebenarnya? Susah sangat ke nak cakap?" Soal Nazrief lagi.

"Kyra jumpa abang Haikal." Jawab Kyra pendek.

"Kyra dah berani nak keluar tanpa bagitahu abang. Abang balik jauh jauh ingat ada lah isteri nak sambut. Tapi tak ada." Ujar Nazrief kecewa dengan sikap Kyra yang baginya tidak menghormati dirinya. Tak pernah lagi sebelum ni Kyra keluar tanpa meminta izin darinya.

"Kyra minta maaf. Abang tak bagitahu pun nak balik harini. Kalau tak, Kyra akan duduk rumah je tunggu abang balik." Jawab Kyra mempertahankan dirinya.

"Ouh, jadi kalau abang pergi kerja atau mana mana Kyra boleh keluar sesuka hati lah? Sampai hati Kyra tipu abang." Ujar Nazrief lagi.

"Abang jangan tuduh Kyra macam tu boleh tak? Kyra tak pernah langsung keluar dari rumah tanpa izin abang. Harini je first time Kyra keluar tanpa beritahu abang. Itupun sebab abang Haikal cakap tak payahe bagitahu abang sebab dia nak jumpa sekejap je." Ujar Kyra. Bagi dia tak layak dia dituduh sebegitu rupa hanya kerana satu kesalahan nya.

"Kyra tak tahu hukum ke?" Soalan Nazrief membuatkan Kyra naik angin. Buat macam dia ni tak tahu pasal hukum pula.

"Abang ingat Kyra ni jahil sangat ke sampai tak tahu hukum? Kyra keluar rumah tanpa izin abang apa sebab Kyra bosan tahu tak. Abang pergi kerja pagi pagi buta balik lewat malam langsung tak ada masa untuk Kyra. Bila Kyra ajak abang berbual sikit, abang cakap letih. Hari minggu pun abang nak pergi kerja. Abang buat Kyra ni macam patung bernyawa dalam rumah ni! Bila Kyra minta izin nak keluar, abang tanya macam macam dan akhirnya abang tak izinkan Kyra keluar. Abang hanya perlukan Kyra waktu abang tidur je! Kyra penatlah abang!" Kyra menarik nafas dalam dalam selepas meluahkan segala yang terbuku di hati. Selama ini dia hanya bersabar dengan perangai Nazrief yang semakin hari semakin berubah. Nazrief sudah tidak seperti dahulu.

"So apa yang Kyra nak abang buat?" Soal Nazrief. Dia rasa bersalah terhadap isterinya itu tapi apa yang dia boleh buat? Egonya mengatasi segalanya.

Kyra terkaku mendengar jawapan Nazrief. Dia punyalah luahkan isi hatinya panjang lebar. Itu je balasannya?

"Tak apalah. Kata kata Kyra tak penting pun buat abang." Ujar Kyra kecewa dengan jawapan Nazrief.

Belum sempat dia masuk ke dalam bilik air, pelukan Nazrief menghentikan langkahnya.

"Abang boleh teman Kyra keluar tapi kalau nak bagi Kyra keluar sorang sorang abang tak pasti." Ujar Nazrief.

"Apa apa je abang. Abang terlalu cemburu sampai jadi macam ni." Ujar Kyra masih lagi kecewa lalu terus masuk ke dalam bilik air.

Nazrief mengeluh perlahan sambil mengurut kepalanya yang sedikit pening. Salah ke apa yang dia buat?

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Onde as histórias ganham vida. Descobre agora