-1-

3.6K 399 119
                                    

"Jimin!!" suara lantang Kim Yurin itu bergema memecahkan sunyi rumah. Dia mengepal penumbuk. Panas betul hatinya sekarang.

Silap-silap muka Jimin juga yang makan buku limanya.

"Sekejap!" sahut Jimin yang berada di dapur. Terkocoh-kocoh dia mencapai tongkatnya yang berada berdekatan itu lalu menuju ke bilik Yurin di tingkat atas.

"Kenapa Yurin?" soal Jimin yang baru tiba di hadapan pintu bilik Yurin yang terbuka.

Selangkah demi selangkah dia mengheret kaki ke dalam bilik Yurin.

Cadar katil dibaling kasar tepat ke muka Jimin lalu jatuh menyembah lantai. Jimin tersentak namun cepat-cepat dia sembunyikan riak wajahnya.

"Aku suruh kau tukar cadar warna biru kan? Ni pink! Aku tak suka pink! Dahla tu, orang panggil pun lambat nak sampai! Lembab!!" sembur Yurin tidak bertapis. Bila hati dah panas, apa pun dia tak fikir.

Cadar yang berada di lantai itu lambat-lambat diambil oleh Jimin kerana dia perlu menunduk dan menggagau sekelilingnya terlebih dahulu.

"Tengok tu! Ish payahla suruh orang buta ni!" kain cadar disepak kearah tangan Jimin. Jimin menguntum senyum apabila tangannya berjaya memegang kembali kain cadar tadi.

"Maafkan Jimin, Yurin. Saya cuma ikut apa yang awak suruh. Awak yang suruh saya ambil kain cadar ni dalam almari." terang Jimin sambil bangun berdiri menghadap Yurin.

Yurin mengetap bibir. Makin geram pula dia dibuatnya.

"Hah banyak pula cakap!" kepala Jimin dicengkam dengan tangan kanannya sehingga Jimin terasa sedikit perit.

"Kau dengar sini baik-baik. Kau pergi tukar cadar ni. Aku nak mandi. Lepas mandi kalau aku nampak cadar tu tak tukar, siap kau." rengus Yurin lalu mencampakkan kain cadar biru kepada Jimin sekaligus menolak kepalanya.

Park Jimin, anak kepada driver dan maid dirumah keluarga Kim. Jimin seorang yang buta. Jimin dan keluarganya tinggal bersama keluarga Kim atas rasa tanggungjawab Tuan Kim terhadap mereka sekeluarga. Tuan dan Puan Kim melayan mereka sekeluarga dengan sangat baik. Soal makan, minum, pakaian malah persekolahan Jimin juga ditanggung oleh mereka.

Cuma satu, Jimin amat dibenci oleh Yurin. Anak kedua dari tiga adik-beradik. Berbeza dengan adik perempuannya Yujin, Yurin memperlakukan Jimin tidak ubah seperti seorang kuli. Ini kerana dia tidak berpuas hati apabila Jimin dijadikan anak angkat oleh mummy dan daddynya. Fikirnya Jimin akan merampas kekayaan keluarga mereka. Mummy dan daddynya selalu melebihkan Jimin dari dirinya.

Oh terlupa. Jimin bukannya orang baik pun.

Apa yang Jimin buat, tak pernah baik di mata Yurin. Walapun satu dunia menyebelahi Jimin tapi Yurin tetap dengan pendiriannya.

Sekali dia dah bencikan seseorang itu, sampai mati pun dia tetap benci!

Jimin memegang tongkatnya. Perlahan dia kearah katil Yurin. Bertahun tinggal di sana, Jimin sudah biasa dengan jalan di rumah itu. Tilam di katil disentuh perlahan-lahan. Sedaya mungkin dia cuba memasang cadar pada tilam Yurin. Sukar baginya kerana penglihatan yang terbatas.

Tak lama kemudian Jimin selesai memasang cadar dan mula bergegas ke dapur. Sudahla ditinggalkan tadi begitu saja.

Yurin yang berjalan keluar dari bilik mandi sambil tangannya mengelap rambut yang basah. Matanya kini tertumpu pada cadar di katil.

"Apa ni senget." Yurin mencampakkan tuala pada katilnya lantas duduk di kerusi bertentangan meja solek.

Rimas tatkala terlihat cadar katil yang dipasang senget.

"Well what did you expect from a blind guy?" gumam Yurin yang mengutuk Jimin.

Rambut panjang miliknya disisir rapi. Kim Yurin sememangnya seorang yang memiliki rupa paras yang sangat cantik bagai bidadari. Tengokla mummynya juga terlihat muda macam baru umur 20! Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?

Gadis kacukan Jepun ni amat manis dipandang. Namun sayang seribu kali sayang, adab sudah tiada dalam kamus dirinya. Oh bukan, dia cuma begitu apabila bersama Jimin.

Jimin, satu-satunya manusia yang Yurin benci sepenuh hati.

Kenapa?

Biarla ia menjadi rahsia dahulu. Benci betul bila terkenang.

Jimin, hari ni aku lepaskan kau. Esok kan masih ada? Tak best la kalau tiap-tiap hari aku dera kau. Kang mati, siapa pula nak jadi mainan aku?

Sabar Park Jimin, neraka sedang menanti.

————————

❝Happy birthday si comel saya, Jung Hoseok💜❞

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now