-18-

1.2K 229 25
                                    

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut tubuh Yurin yang sedang menghayun buaian perlahan. Tiba-tiba terasa rindu pula nak main benda alah ni.

"Nah. For you." aiskrim kon berperisa vanilla dihulurkan pada Yurin. Apabila hulurannya disambut terus Yoshio menghenyekkan punggung ke atas buaian di sebelah Yurin.

"Akhirnya boleh juga kita lepak." ujar Yoshio sambil menjilat aiskrim yang berada dalam genggaman tangan.

Yurin mengangguk setuju.

"Apa yang berlaku kelmarin?" nah soalan maut meluncur laju daripada mulut Yoshio.

Yurin tersentak hebat. Ingatkan Yoshio sudah lupa akan hal kelmarin. Atau tidak mahu ambil tahu.

"M-maksud abang?" Yurin menyoal balik. Cuba berdalih.

"Jangan cuba nak tipu abang, Yurin. Useless." selamba Yoshio berkata namun cukup untuk menusuk hati perempuan Yurin.

Yurin tertunduk. Betul kata Yoshio tu, tak guna kalau nak menipu dia.

"Jimin punya pasal." terluah juga kebenaran dari mulut gadis itu. Seperti yang Yoshio jangka. Mesti ada kena mengena dengan Jimin.

Yoshio mengeluh. Yurin sudah memandangnya dengan wajah serba salah.

"Bila korang nak berbaik? Silap. Bila Yurin yang nak berbaik dengan Jimin?" wajah putih Yurin ditatapnya dengan pandangan kecewa.

Tipulah kalau dia kata dia tidak tahu masalah diantara Jimin dan Yurin. Macam-macam nasihat yang dia beri. Satu pun tak jalan. Puncanya hanya satu, ego.

"Tak penat ke buat Jimin macam tu? Tak cukup lagi ke seksa dia?" sedas hamburan dilemparkan pada Yurin. Pelupuk matanya mula terasa basah.

Kenapa benda ini juga yang hendak dibincangkan?

"Abang tak ada di tempat Yurin. Abang tak tahu apa rasanya bila Jimin buat macam tu!" marah Yurin dalam tangis. Ingatkan keluar dating dengan Yoshio dapat tenangkan fikirannya. Dia salah.

Makin kusut adalah!

"Abang tahu. Tapi sampai bila Yurin nak buat dia macam tu? Abang takut Yurin lebih terluka nanti." tangannya diletakkan di atas kepala Yurin lalu diusapnya lembut berkali-kali.

Gadis itu diam tidak berkutik. Fikirannya melayang dibawa angin. Mungkin ada betulnya cakap Yoshio tu. Mungkinkah?

"Abang rasa macam mana? Patut ke Yurin cuba berbaik dengan dia?" Yurin merenung dalam anak mata coklat milik Yoshio. Mencari kebenaran dan keikhlasan disitu.

Dia ragu-ragu. Kalau dia bagi peluang sekali lagi untuk Jimin, adakah peristiwa hitam itu akan terulang lagi? Mampukah dia percayakan Jimin macam dulu? Mampukah dia?

"Belajar lah maafkan dia. Perlahan-lahan menerima dia. Tapi jangan sakiti diri sendiri pula. Abang tak nak Yurin sakit macam dulu lagi. Cukup lah sekali itu saja." Yoshio mengukir senyuman di bibirnya. Berharap agar kata-katanya dapat melembutkan hati Yurin.

Ego tak bawa ke mana pun. Tersimpan kisah disebalik peristiwa hitam dahulu. Kisah yang menjadi rahsia hingga kini. Kisah yang hanya diketahui beberapa orang dalam keluarga mereka.

Sumpah Yoshio trauma! Dia masih teringat peristiwa yang berlaku dulu. Yoshio tidak sanggup melihat Yurin semasa dia sakit dulu. Cukup lah hanya sekali saja. Peritnya pengalaman itu hanya Tuhan saja yang tahu. Hampir hilang separuh nyawanya.

"Yurin cuba."

Betul. Dia mahu mencuba. Dia mahu mulakan hidup baru. Tutup kisah lama. Bina kebahagiaan baru.

Namun..

Mampukah?

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now