-33-

1.3K 200 29
                                    

Jimin duduk termenung seorang diri di ruang tamu rumah banglo mewah yang didiaminya itu. Fikirannya melayang jauh. Dia terlalu asyik memikirkan Yurin.

Di mana gadis itu berada sekarang? Sudahlah tiada khabar sejak kelmarin. Sejak kelmarin sehinggalah ke pagi, Yurin masih belum pulang. Apakah dia baik-baik sahaja? Harap-harap begitulah.

Bunyi ketukan dan loceng pintu menamatkan lamunan Jimin. Kalut dia bangun dari duduk. Dia berharap yang Yurin sudah pulang.

"Jimin?" tegur suara itu tatkala wajah Jimin yang terpancul di muka pintu.

"Y-Yoshio? Masuklah dulu." pelawa Jimin yang sedikit hampa namun dia tidak mahu menonjolkan perasaannya di hadapan tetamu.

Yoshio dan Jimin, kedua-keduanya melabuhkan punggung di atas sofa. Mata Yoshio ralit memandang sekeliling. Terasa sunyi betul suasana rumah itu.

"Bila kau sampai Korea? Mak ayah kau ikut sekali ke? Balik bukannya nak beritahu dulu." soal Jimin. Jujurnya dia bersyukur kerana Yoshio ada di sisinya sekarang.

"Baru semalam. Mak ayah aku masih di hotel, petang nanti baru mereka datang sini. Mana mummy dan daddy, Jimin?" giliran Yoshio pula bertanya. Maklumlah dari tadi sunyi sepi saja rumah ini. Macam tiada penghuni.

"Mummy dan daddy ada urusan kerja dekat UK. Katanya on the way balik dah tu. Mungkin petang ni atau pagi esok mereka sampai. Eh kau nak minum apa? Aku buatkan." baru saja Jimin mahu bangun, awal-awal lagi tangan Yoshio sudah menghalang.

"Tak payah susah-susah Jimin. Aku haus, aku pergi ambil sendiri nanti. Oh ya, mana Yurin?" Yoshio mengukir senyuman. Rindu betul dia dengan gadis yang sudah dianggap adik sendiri.

"Yurin pergi jumpa kawan." bohong Jimin. Kalau Yoshio tahu yang Yurin tidak pulang sejak kelmarin, mahu riuh satu Korea.

"Ahh. Haa! Aku ada benda penting nak beritahu kau." nada Yoshio bertukar serius. Jimin mula menumpukan perhatian sambil membetulkan kedudukannya.

"Aku nak kau dan Yurin jauhkan diri daripada lelaki yang bernama Seungcheol tu." ujar Yoshio.

Dahi Jimin bercantum. Dia kehairanan. Kenapa pula?

"Kenapa?" soal Jimin dengan rasa ingin tahu yang tinggi.

"Dia tu psycho. Dia larikan diri dari hospital mental di area Hiroshima. Ada masalah mental budak tu. Puncanya dia kena dera dengan ayahnya yang menyebabkan dia trauma sekaligus buatkan dia tak waras." terang Yoshio dengan teliti tanpa meninggalkan satu pun maklumat yang dia dapat, hasil penyelidikannya.

Jimin menelan air liur sendiri. Adakah Seungcheol punca Yurin tidak pulang hingga sekarang?

"Macam pula boleh sesat datang Korea?"

"Biasalah kaya. Kalau ada duit, semua benda boleh settle. Dia tinggal di sini sebagai orang baru. Lakonan dia buatkan semua orang fikir yang dia tu normal. Aku mula selidik pasal dia sejak hari aku ada perlawanan bola sepak di sekolah korang. Aku perasan, tiap kali aku berjalan dengan Yurin, budak tu akan perhatikan kami dari jauh. Tak lebih tepat lagi, dia perhatikan Yurin." tambah Yoshio lagi.

"Aku suruh orang-orang ayah aku untuk selidik pasal dia. Dan aku dapat tahu semuanya. Aku terkejut pada awalnya sebab aku ingatkan dia cuma stalker murahan sama seperti lelaki lain. Rupanya Choi Seungcheol lebih bahaya daripada yang aku sangka."

"Yoshio.." Jimin mencelah. Jantungnya seolah mahu pecah.

"Yurin keluar jumpa dia petang kelmarin tapi masih belum balik lagi sampai sekarang." beritahu Jimin. Yoshio sudah terkesima.

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now